Minggu, 16 Oktober 2011

HISYAMUDDIN SERGAH.....PEMBANGKANG TERKEJUT LALU MELATAH......TAHNIAH KDN........IMPAK MAKSIMA


AIK....DENGAQ HABAQ DAH ADA PEMBANGKANG YANG LEMBUT LUTUT...KANCING GIGI....JANGAN TAKUT....INI CUMA AMARAN DARI CUCU TUN HUSSEIN ONN........TAPI AMARAN YANG MENGEGARKAN PEMBANGKANG...HAHHAHAHAHAHAH...TAHNIAH KDN.....ANDA MAMPU MENCIPTA IMPAK MAKSIMA.....

.Petikan Sinar Harian..

KDN dedah nama

KLUANG - Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mendedahkan ahli keluarga pemimpin pembangkang yang diluluskan permohonan untuk mendapat taraf kewarganegaraan negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, senarai itu didedahkan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung dengan penambahbaikan proses pilihan raya.

“Pembangkang sering membuat dakwaan tidak berasas, kononnya kerajaan memanipulasi pemberian kewarganegaraan untuk menghadapi pilihan raya”

“Senarai (warga pembangkang) itu membuktikan kerajaan tidak pilih bulu dan memberikan kewarganegaraan kepada mereka yang layak menerusi prosedur ketat demi faktor keselamatan,”

Hisham selepas merasmikan Majlis Pelancaran Pengeluaran MyKad 1 Hari di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Kluang, semalam.

Hishammuddin berkata, setakat ini, pihaknya mempunyai fakta bagi menyokong pendedahan tersebut.

Beliau berkata, pendedahan itu dilakukan bagi mengelakkan fitnah, bertujuan memperlekeh kerajaan.

“Kita di pihak benar, tetapi fitnah berulang kali, dibimbangi membuatkan orang percaya,” tegasnya.

Baru-baru ini katanya, pembangkang juga bertindak membisu selepas tohmahan kononnya kerajaan memberi warga Bangladesh taraf kewarganegaraan.

“Apabila siasatan mendapati dalam tempoh tujuh tahun, hanya 30 warga Bangladesh dapat kewarganegaraan,” katanya.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar