MINTA UMNO DAN PERKASA BANTU MEREKA INI,,,,,
Peniaga bimbang gerai berusia 23 tahun akan diroboh
ALOR SETAR, KHAMIS, 23 Februari, 2012: Kira-kira 30 peniaga di Taman PKNK di sini menyuarakan kebimbangan apabila Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mahu mengambil tindakan meroboh gerai mereka yang berusia 23 tahun pada bila-bila masa.
Wakil peniaga Amir Zulkifli, 52, berkata penguatkuasa MBAS memberikan notis meminta mereka merobohkan khemah yang dipasang di gerai mereka pada 16 Februari lalu dan meminta peniaga menggunakan roda tiga dan payung mengikut lesen yang dipohon.
Amir berkata, penggunaan roda tiga seperti penjaja tidak lagi sesuai berikutan peredaran masa dan faktor cuaca yang tidak menentu selain turut menyusahkan peniaga untuk mengangkut dan memunggah barang apabila selesai berniaga.
"Saya mohon kepada MBAS supaya tidak merobohkan gerai kami dan mencari satu tindakan alternatif bagi membolehkan kami berniaga di kawasan ini seperti biasa," katanya ketika ditemui di sini, lewat petang semalam.
Amir berkata, rata-rata peniaga yang tinggal di sekitar kawasan ini hanya bergantung kepada hasil perniagaan itu untuk menyara kehidupan keluarga sejak 23 tahun lalu. - BERNAMA
lagi banyak dirobohkan lagi bagus...senang BN nak menang..he he he
BalasHapus