Kamis, 16 Februari 2012

PKR ZIONIS HINA POLIS MALAYSIA


LAGI POLIS DIHINA OLEH PKR.....APAKAH ADA TINDAKKAN?????? WAHAI PIHAK BERKUASA, SELAMATKAN MARUAH POLIS DARI TERUS DIHINA OLEH FUCKatan,,,,,


PETIKAN DARI MALAYSIAKINI.......

Demo 901: 17 nama dalam senarai polis
Abdul Rahim Sabri
1:11PM Feb 15, 2012
Seramai 17 orang, antaranya Pengerusi BERSIH Datuk S Ambiga dan pemimpin pembangkang, dikenalpasti polis terlibat dalam perhimpunan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari lalu, dakwa PKR.

Naib presidennya N Surendran berkata, nama-nama itu disebut dalam laporan polis oleh Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan, yang menyebabkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dipanggil memberi keterangan hari ini.

NONESurendren (gambar kanan, kiri sekali) yang juga seorang peguam berkata polis akan menggunakan Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah yang membolehkan polis "sedia menahan" mereka kerana terlibat dalam perhimpunan haram dan disyaki mengganggu ketenteraman awam.

"Jika kamu melihat perkara itu, dan apa yang berlaku kepada saudara Azmin, jelas kerajaan menggunakan polis untuk menutup mulut pembangkang, mencengkam dengan menggunakan kuasa," dakwa Surendran

"Perkara ini mesti dihentikan dan polis mesti bertindak secara profesional," kata ketika ditemui pemberita selepas menemani Azmin memberi keterangan di Balai Polis Kepong berhubung isu yang sama.

Katanya, antara individu tersebut terdiri daripada pemimpin politik, NGO dan aktivis.

Azmin: Nama saya tiada, tapi dipanggil

Selain Ambiga, mereka antaranya pemimpin kanan PKR, termasuk Tian Chua (naib presiden), Shamsul Iskandar Mat Akin (ketua pemuda) dan Zuraida Kamaruddin (ketua wanita).

Manakala aktivis yang termasuk dalam senarai itu, Hishamuddin Rais, Maria Chin, Badrul Hisham Shaharin, Haris Ibrahim, Wong Chin Huat, Edmond Bond dan E Nalini.

NONEAzmin (gambar kiri, berbaju biru) yang berada di sisi Surendran kemudiannya mencelah:

"Nama saya tidak ada (dalam laporan polis itu) tetapi dipanggil untuk disiasat di bawah Akta Hasutan.

"Ini satu yang pelik, tetapi boleh berlaku dalam siasatan," katanya sambil menambah Pakatan Rakyat akan meneruskan gerak kerja dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa mempersoalkan tindakan polis menyiasatnya, sedangkan perhimpunan itu telah mendapat persetujuan polis sebelum itu.

"Saya tanya kenapa nak siasat lagi, saya pun tak faham... Saya bertanya, ini apa?" katanya sambil mendakwa pegawai penyiasat yang menyoalnya tidak menjawab soalan itu.

Sebaliknya, Azmin mendakwa, dia hanya berkata mendapat arahan daripada pihak atasan.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar