Senin, 20 Februari 2012

UBAH KENYATAAN SEMUDAH TUKAR BAJU SELEPAS MANDI




DARI RAKAN FB.......

Nuur Lida Ida
Salah satu tanda dunia di akhir zaman ialah ujudnya ramai para ulama dunia.Siapakah ulama dunia.
Sifat-sifat ulama Dunia

"Ulamak dunia, iaitu ulamak yang jahat. Tujuan mereka dengan ilmunya untuk mendapatkan kesenangan dunia, dan mendapatkan kemegahan dan kedudukan di sisi ahli dunia." (Hidayatul Azkiya ila Thoriqotil Awliya)

... Imam al-Ghazali menyebut dalam kitab Bidayatul Hidayah tentang sifat ulamak dunia atau sifat ulamak suu atau ulamak jahat.

"Dan orang yang ketiga ialah orang yang telah berpengaruh syaitan atasnya. Maka dijadikan ilmunya perantaraan untuk menimbun harta-benda dan berbangga-bangga dengan pengaruh dan jadi mulia dengan sebab banyak pengikut dan menipu ia dengan ilmunya akan segala tipuan, kerana mengharap berhasil segala hajat nya pada dunia."

"Dalam masa yang sama, tersemat dalam hatinya merasa bahawa ia di sisi Allah mempunyai kemuliaan dan kedudukan, kerana dia sudah bergaya dengan gaya ulamak, dan berasmi dengan adat ulamak pada uniform tingkah-laku dan cara berbicara, padahal dia dengan zahir dan batinnya serentak telah melompat kepada dunia belaka."

Maka inilah orang yang termasuk dalam golongan orang yang binasa dan orang kurang akal yang terpedaya. Kerana harapan untuk bertaubat telah putus darinya. Sebab pada sangkaannya dia sudah tergolong di kalangan orang yang baik-baik. Tetapi dia lalai dari memerhatikan firman Allah: "Hai orang yang beriman, mengapa kamu katakan suatu perkara padahal kamu tidak lakukannya?". Dan dia sudah termasuk dalam status yang disabdakan Nabi SAW: "Ada sesuatu yang lebih aku bimbangkan atas kamu lebih dari Dajjal." Maka sahabat bertanya: "Apakah itu, ya Rasulullah?" Sabdanya: "Ulama yang jahat".

POK NIK UBAH KENYATAAN SEMUDAH TUKAR BAJU SELEPAS MANDI


Tidak ada komentar:

Posting Komentar