Selasa, 21 Februari 2012

KELANTAN SEKSA RAKYAT,,,,,MEMANG MENYEKSAKAN

DARI RAKAN FB.....Mohd Nor....

Mohd Noor
Panas Bukti AKSB Tipu Rakyat Kelantan

Mungkin ramai rakyat Kelantan tidak menyedari bahawa mereka ditipu oleh Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd supaya membayar bil lebih tinggi. Ini disebabkan langkah syarikat tersebut menukar meter lama pelanggannya kepada meter yang didapati rosak. Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengeluarkan surat pada 9 Ogos 2010 dan 11 Ogos 2011 kepada AKSB dan ...syarikat yang mendapat kontrak Smart Meter, Selcon Engineering Berhad supaya menghentikan kerja-kerja memasang meter tersebut.

Bagaimana ketika surat tersebut dikeluarkan sudah 80,000 meter tersebut dipasang dirumah-rumah pengguna. Soalnya, bagaimana kedudukan pengguna ini, nampak gayanya AKSB buat bodoh kerana tidak ada sebarang makluman dibuat kepada pengguna sehingga hari ini mengenai kerosakan meter. Mengikut SPAN, Smart Meter tersebut telah menyebabkan bil yang tinggi melebihi kadar penggunaan lazim sesebuah permis dan tiada paparan LCD meter berkemungkinan disebabkan oleh bateri yang tidak tahan lama.

Untik rekod jumlah keseluruhan untuk memasang semua meter tersebut berniali RM11 juta. Yang palin pelik kenapa AKSB meneruskan projek penukaran meter tersebut kerana semua operator air di negara ini menyatakan bahawa teknologi SMART METER tidak sesuai digunakan. Syarikat Air Johor, SAMB, LAP dan JBA Kedah telah membuat uji kaji dan mendapati SMART METER tidak sesuai digunakan.

Teknologi ini sebenarnya digunakan di United Kingdom dengan keadaan cuaca yang sejuk berbanding di Malaysia panas. Kelatekito.net difahamkan sebelum projek tersebut diluluskan Selcon telah membawa Exco, pegawai AKSB dan beberapa pegawai kanan AKSB melancong Australia dan UK. Sudahlah perkhidmatan teruk, air kotor, sekarang tipu rakyat pula. Ini negeri Islam Pas- sumber Kelatekito.net.

Psssstt..Pergi melancung tak rasuah ke? atau Pas hentam rakyat nak cari duit tabung untuk PRU-13..!!

by;
Mohd Noor


Tidak ada komentar:

Posting Komentar