Selasa, 28 Februari 2012

SESIAPA YANG TERTANGKAP KHALWAT SILA SALAHKAN UMNO




PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa Umno merupakan dalang yang merancang insiden kes tangkap khalwat yang mengaitkan dirinya bersama isteri orang di Hotel Swiss Garden, Kuantan awal pagi semalam.

Selain Umno, bekas pensyarah kuliyyah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu mendakwa suami wanita berkenaan turut terlibat dalam perancangan untuk menganiaya diri dan karier politik beliau.“Peristiwa yang berlaku mungkin dirancang oleh suami wanita tersebut dan Umno membuat persiapan yang cukup lengkap membabitkan (samseng, polis dan pejabat agama).

Perkara ini kemudiannya dimainkan secara sensasi oleh blogger-blogger Umno.“Laporan akhbar turut berniat jahat dan wujud unsur penganiayaan ke atas saya oleh suami wanita berkenaan.

“Saya tidak fikir kawan-kawan di dalam PKR terlibat.Mereka adalah sahabat seperjuangan saya. Saya akan jawab selanjutnya berhubung hal ini selepas bertemu dengan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) pada petang ini,” katanya kepada FMT.


KPS: LEPAS NI....SAPA-SAPA KENA TANGKAP KHALWAT ANDA SUDAH ADA SKEMA JAWAPAN....ITU SEMUA SALAH UMNO.....

Tidak ada komentar:

Posting Komentar