Kamis, 23 Februari 2012

PKR KELUAR PARTI SERTAI UMNO DI PERLIS





48 ahli PKR sertai UMNO

ARAU 22 Feb. - Sebanyak 48 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak nekad keluar dari parti berkenaan apabila secara rasminya menyerahkan borang untuk menjadi ahli UMNO di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang, malam tadi.

Mereka adalah antara 102 ahli baharu yang menyertai UMNO DUN Tambun Tulang pada satu majlis yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Seri Gelam, Tambun Tulang dekat sini.

Borang menjadi ahli UMNO diserahkan oleh enam bekas ahli PKR Ranting Tambun Tulang, Behor Mempelam, Alor Ara 2, Kepala 10, Changkat Lada, Seri Gelam dan Long Boh.

Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menerima penyerahan borang tersebut.

Shahidan berkata, 198 lagi ahli baharu UMNO, termasuk anggota PKR dan Pas akan menyerahkan borang sebagai ahli parti berkenaan pada majlis yang bakal dianjurkan secara berperingkat-peringkat.

Katanya, sudah tiba masanya ahli PKR dan Pas meninggalkan parti tersebut untuk menyertai UMNO yang ternyata telah berjaya membuktikan kemampuan memerintah negara dengan baik selama ini.

"UMNO Tambun Tulang mengalu-alukan ahli baharu bagi menambahkan lagi kekuatan yang telah sedia ada," katanya.

Selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, katanya, beliau juga akan terus memastikan DUN Tambun Tulang menjadi 'kubu terkuat' UMNO di negeri ini.

1 komentar: