Hari ini telah berlaku satu insiden di Hospital Langkawi dimana salah seorang juak Pakatan Rakyat Langkawi yang tidak sedar diri telah memaki hamun salah seorang kakitangan hospital. Inilah manusia yang MKT labelkan sebagai tidak sedar diuntung.
Al-kisahnya begini, beliau adalah seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an. Berasal dari Kelibang. Berkahwin dua. Kesnya bermula semasa beliau menghantar isteri mudanya yang berketurunan Siam untuk bersalin.
Mengikut prosedur biasa hospital, kakitangan tersebut telah meminta surat nikah yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia tetapi beliau menunjukkan surat nikah Songkhla yang diiktiraf oleh Kerajaan Thailand. Disamping itu, beliau juga menunjukkan surat permohonan perakuan nikah dari Pejabat Agama Daerah. Dokumen-dokumen tersebut tidak diterima sebagai bukti perkahwinan mengikut prosedur Hospital Kerajaan.
Yang menariknya, surat permohonan perakuan nikah itu bertarikh 1993. Ini bermakna beliau tidak mengambil surat nikah tersebut di Pejabat Agama Daerah selama 19 tahun lamanya. Tujuannya untuk menggelakan dari dikenakan denda kerana berkahwin diluar kawasan. Jika dah berani berkahwin dua, takkanlah sengkek sangat kot nak bayar denda?
Bagaimana MKT boleh menuduh beliau sebagai salah seoang juak-juak PAS/PKR? Ini adalah MKT kenal siapa mamat ini dan beliau adalah salah seorang ahli yang aktif didalam salah satu parti tak guna ini. Jika inilah nilai-nilai murni yang ditunjukkan oleh juak-juak Pakatan Rakyat, boleh bayangkan atau tidak, bagaimana keadaannya jika Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah Malaysia nanti...?
Rabu, 22 Februari 2012
KAHWIN 2 BERANI.....TAPI NAK BAYAQ DENDE 'SENGKEK'
DARI BLOG MELAYU KEDAH TERAKHIR.....
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar