Tampilkan postingan dengan label PRO ASPIRASI. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label PRO ASPIRASI. Tampilkan semua postingan

Rabu, 26 September 2012

PENYAKIT PR SELANGOR JANGKITI PRO-M UPSI

TANJONG MALIM, 22 September - Enam mahasiswa pro-M yang dibatalkan pencalonan mereka semalam bertindak membuat laporan polis berhubung pembatalan borang pencalonan mereka semalam dengan mendakwa wujud penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh pihak HEP ke atas mereka. Menurut laporan blog UPSIkini, selain wujudnya penyelewengan dan salah guna kuasa oleh pihak HEP. Kumpulan 'Pro-Aspirasi Mahasiswa' turut ketandusan calon kerana rata-rata daripada calonnya terdiri dari pelajar diploma. Pihak UPSIdaily cuba mendapatkan pengesahan di atas dakwaan yang ditimbulkan oleh Mohd Shukri dari Fakulti Sains Kemanusiaan dan lima calon pro-M yang lain kononnya tindakan membatalkan pencalonan mereka adalah salah dari sudut Peraturan-Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2012 merupakan satu hujah yang tidak tepat. Hasil semakan peraturan pemilihan yang dibuat oleh pihak UPSIDaily, jelas tertera di bawah Peraturan Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Tahun 2012 perkara 18 (6) yang mengatakan
Borang Penamaan calon yang tidak diisi dengan lengkap dan betul adalah TIDAK SAH.
Ini bermakna setiap calon yang ingin bertanding dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar untuk Tahun 2012 wajib mengisi setiap ruang termasuk ruangan manifesto. Perkara ini jelas berbeza dengan borang pencalonan untuk sesi 2011 yang mana dalam ruangan manifesto pihak pentadbiran UPSI tidak mewajibkan bahagian tersebut diisi dan diletakkan dengan perkataan (JIKA ADA). Seorang pelajar Muhammad Zafri Zabidin dari Fakulti Pengurusan Ekonomi berkata, "mereka pada awalnya tidak berniat untuk membuat bantahan ke atas calon Pro-M, sebaliknya bantahan dimulakan selepas mereka melihat calon Pro-M mula mengambil borang bantahan, dari sinilah kami bertindak-balas dengan mengemukakan bantahan ke atas calon-calon mereka yang tidak melengkapkan borang penamaan di ruangan manifesto." "Mereka menuduh pihak HEP sengaja membatalkan pencalonan mereka dan wujud unsur penyelewengan, jika begitu bolehkah saya pula menuduh pihak HEP juga terlibat dalam membantu calon Pro-M iaitu Wan Nur Atiqah yang memenangi kerusi Fakulti Sains dan Matematik selepas calon kami gagal mengemukakan bantahan kerana pada waktu tersebut beliau berada dalam kelas?". "Dengan bertindak membuat laporan polis tanpa meneliti perkara 18 peraturan pemilihan, menunjukkan kepada mahasiswa UPSI yang lain bahawa pelajar pro-M terlalu naif dari segi perundangan, kerana gagal membaca dan membezakan di antara borang penamaan tahun 2011 dan 2012". tambahnya lagi. Kampus UPSI hari ini mula dihiasi dengan poster kempen daripada calon-calon Pro-M, manakala calon 'We Love UPSI' dikatakan dalam proses menaikkan poster-poster calon mereka petang ini. Sesi Pemilihan Perwakilan Pelajar tahun 2012 menyaksikan 29 kerusi dipertandingan di UPSI yang mana 22 daripada jumlah tersebut telah dimenangi oleh pihak 'We Love UPSI' dan 1 dimenangi oleh calon Pro-M, baki 6 kerusi akan diketahui menjelang 25 September akan datang. -UPSIDaily
NAMPAKNYA PENYAKIT PR SELANGOR BERJANGKIT KEPADA PRO-M UPSI

Selasa, 27 Maret 2012

KEMPEN "1NYAWA 1RINGGIT"

INI KPS AMBIL DARI WALL SEORANG SAHABAT DI UPSI...PRO ASPIRASI...KALAU PRO ADAM ADLI MANA MAU BUAT KERJA.....JOM TENGOK APA YANG PRO ASPIRASI CUBA BUAT...KEMPEN RM 1 SELAMATKAN 1NYAWA.....





Azli Md Ali
Seorang pelajar semester 4 disahkan menghidap Kanser Payudara. Malangnya, pembedahan gagal dilakukan kerana kedudukan ekonomi keluarga pelajar tersebut tidak mengizinkan. Sehubungan itu, pihak MPP UPSI bercadang menganjurkan derma dgn tema '1 Ringgit, 1 Nyawa'. InsyaAllah kami memerlukan semua pelajar untuk menderma RM1 sahaja untuk menyelamatkan seorang sahabat kita.


KPS : SEMOGA BERJAYA SAHABAT

Jumat, 03 Februari 2012

GOLONGAN MAHASISWA SIAP SEDIA MENGALAHKAN MAHABANGSAT PRO ADAM ADLI





Sekumpulan aktivis mahasiswa 'prokerajaan' hari ini mengumumkan akan menganjurkan program jelajah ke seluruh negara bagi membetulkan tanggapan terhadap mahasiswa yang menurutnya dianggap suka berdemonstrasi dan huru-hara di kampus.

Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (ASPIRASI) Mohd Shahar Abdullah berkata, selain bertemu masyarakat di seluruh pelosok negara, pihaknya bersama 18 NGO lagi akan turut melawat 25 institut pengajian tinggi.

"Kita mahu juarai isu setempat secara terperinci dan mengangkatnya. Era 'mahasiswa menggugat' sudah berakhir.

"Kita kena kemuka isu dan mengenalpasti serta turut serta bersama masyarakat," katanya graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Katanya, fasa pertama "gerakan" mereka akan bermula dengan program turun padang pada 6 Februari selama dua minggu untuk bertemu masyarakat.

Ia seterusnya akan diikuti dengan jelajah kampus dari 26 hingga 3 Mac sebelum mengadakan program himpunan besar bersama perdana menteri pada bulan sama, tambahnya lagi.

Sepanjang program itu, mereka juga akan mendapatkan maklum balas daripada bawah untuk disampaikan kepada Datuk Seri Najib Razak yang tarikh sebenarnya pada Mac ini belum ditentukan.

'Kita lihat penerimaannya nanti'

Aktivis dan kumpulan mahasiswa yang dianggap antikerajaan sebelum ini banyak mengadakan program di seluruh negara, antaranya bagi menuntut kebebasan akademik dan pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Ditanya sama program yang dinamakan “Aman Kampus” itu bertujuan membalas kelantangan kumpulan mahasiswa yang dilihat antikerajaan, Mohd Shahar berkata kumpulan itu sebenarnya tidak kuat.

“Mereka hanya monoriti kecil. Cumanya mereka pandai menggunakan media. Itu saja,” katanya yang turut menafikan mempunyai agenda politik pemerintah menjelang pilihan raya.

Malah, katanya lagi, kumpulan lain seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) (atas) bukan pertubuhan berdaftar seperti pihaknya.

“Mereka ini tidak berdaftar, haram. Saya pun tak faham apa yang orang suka sangat. Kami berdaftar. Bila kita masuk universiti nanti, kita lihat penerimaan (mereka pada siapa),” katanya.

Gerakan Aman Kampus yang diterajui ASPIRASi dianggotai 19 NGO, termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Kelab Graduan 1Malaysia, Kelab Che Det dan Majlis Gabungan NGO Malaysia.-Malaysiakini

Rabu, 21 Desember 2011

PRO-ASPIRASI MENERAJANG 'EGO' SMM DAN BEBAS


PERHIMPUNAN PRO-ASPIRASI LEBIH BERAPI...SMM DAN SATU LAGI KUMPULAN SEBELUM NI KATA DEPA 500 ORANG TAPI YANG MALAYSIAKINI BOK KELUAR ADA KOT DALAM 50 SAJA. TAPI PRO-ASPIRASI MEMANG RAMAI DAN TIDAK MENURUNKAN SEBARANG BENDERA ATAU SESIAPA ANTARA MEREKA TIDAK JUGA HAMPIR DITUMBUK SEPERTI ADAM ADLI.


PUTRAJAYA, 21 Dis ? Lebih 1000 mahasiswa dari pelbagai institut pengajian tinggi hari ini berhimpun di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengecam tindakan segelintir mahasiswa terutama penuntut Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu lalu.

Kumpulan mahasiswa tersebut berhimpun sebagai tindakan balas terhadap sekelompok kecil kumpulan yang kononnya mewakili mahasiswa berarak ke Ibu Pejabat UMNO Sabtu lalu dengan bertindak biadap menurunkan bendera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Pada perhimpunan di Putrajaya di sini kumpulan mahasiswa tersebut telah menyerahkan dua memorandum iaitu pertama membantah tindakan kurang ajar Adam Adli dan keduanya mendesak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan.

Wakil mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Azhar Daniel ketika ditemui pada perhimpunan tersebut berkata pihak berharap agar Kementerian Pengajian Tinggi dapat menggubal akta-akta baru yang boleh membendung agar perkara seperti yang ditimbulkan oleh sekelompok kecil mahasiswa terutama tindakan biadap Adam Adli tidak berulang lagi.

Beliau juga berharap agar tindakan tegas dikenakan terhadap Adam agar tidak memalukan nama mahasiswa lain.

?Biarlah Adam terus berpolitik tetapi tidak membawa nama mahasiswa. Apa yang dilakukan oleh Adam adalah tindakan biadap dan tidak menggambarkan pandangan mahasiswa keseluruhannya?, katanya kepada UMNO-Online.

Beliau juga mendakwa pembangkang telah banyak menaburkan wang kepada mahasiswa dalam usaha memperbodohkan mahasiswa demi kepentingan politik sempit pembangkang.

Sementara itu wakil mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Mohd Farhan Abu Talib pula menjelaskan tindakan Adam bukanlah menggambarkan suara pelajar UPSI kerana majoriti pelajar UPSI sentiasa memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri dan kerajaan apatah lagi kerajaan sentiasa membantu pelajar-pelajar IPT.

?Apa yang berlaku adalah tindakan peribadi Adam dan tidak ada kena mengena dengan UPSI. UPSI sendiri telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat adakah benar apa yang berlaku ada kena mengenai dengan Adam dan sekiranya benar tindakan sewajarnya akan diambil?, katanya.

Memorandum kumpulan mahasiswa tersebut telah diterima oleh Setiasuaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Mohamad Khairi Malik. -MediaUMNO


GAMBAR DARI BLOG DOUBLE - Y













HIMPUNAN AMAN MAHASISWA DAN EX-SISWA SOKONG PM @NajibRazak 21/12/2011 2.00pm !!!


Salam ASPIRASI

Jemputan ke Himpunan Aman Sokong PM

Tarikh : 21 Disember 2011 (Rabu)
Masa : 2.00petang
Lokasi : di hadapan bangunan KPT Putrajaya

Mahasiswa dan Alumni di semua IPT seluruh Malaysia dijemput untuk menunjukkan sokongan kepada YAB DS Najib sebagai PM Malaysia bagi terus memimpin negara ini disebabkan mahasiswa BEBAS telah memalukan nama baik pemimpin no 1 negara. Mari bersama tunjukkan bahawa kita lebih ramai yang mahukan YAB DS Najib terus meneraju negara.

Jumpa disana....


KPS: JOM KITA BUKTIKAN....PEMBANGKANG SEMBANG LEBIH...TAPI KITA SEMBANG DAN KITA BUAT...AYUH SEMUA....


KEPADA PEMBANGKANG...PARA MAHASISWA KATAKAN INI KEPADA ANDA....