Tampilkan postingan dengan label PERDANA MENTERI MALAYSIA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label PERDANA MENTERI MALAYSIA. Tampilkan semua postingan

Rabu, 15 Mei 2013

LUAHAN HATI SETIAUSAHA POLITIK AZIZAN RAZAK YANG WAJIB DIBACA DAN DIKONGSI

KPS ADALAH 'HARD CORE' BARISAN NASIONAL. TETAPI SESUATU YANG TELAH MENARIK KPS MENGENAI PAS KEDAH. LUAHAN HATI SECARA TERANG DAN TERBUKA SETIAUSAHA POLITIK AZIZAN RAZAK(MB KEDAH BAWAH PAS). BELIAU SECARA TERBUKA TELAH MELUAHKAN ISI HATI BELIAU DAN AZIZAN RAZAK APABILA PAS KEDAH MENGALAMI PERGOLAKKAN YANG MAHA DASYAT. TETAPI SEPERTI BIASA DAN CERAMAH PARTI PAS ATAU PEMBANGKANG MEREKA BERLAKON BAHAWA MEREKA HEBAT DENGAN PENUH RIAK DAN TAKSUB. TETAPI PEKUNG ITU TIDAK MAMPU LAGI DITAMPUNG DALAM HATI DAN JIWA SETIAUSAHA POLITIK AZIZAN RAZAK INI. MAKA DILUAHKAN OLEHNYA SECARA TERANGAN DI DALAM BLOG BELIAU SENDIRI. MALAH LEBIH MENARIK IALAH BELIAU MENYIFATKAN MB MUKRIZ(MB KEDAH BARU BAWAH UMNO) SEBAGAI ANAK DAN AYAH DENGAN AZIZAN RAZAK. TETAPI DALAM PENULISAN INI JUGA BELIAU MERAKAMKAN BAHAWA ADA ORANG PAS SENDIRI YANG MEMAKI HAMUN AZIZAN RAZAK. BOLEH JATUH AIR MATA BILA BACA TULISAN ORANG YANG PALING RAPAT DAN YANG PALING DIPERCAYAI OLEH AZIZAN RAZAK INI. SEMOGA USTAZ AZIZAN LEKAS SEMBUH. MAKA, KPS BERMURAH HATI MEMBERIKAN RUANG SEBUAH KANDUNGAN PENUH DARI BLOG PEMBANGKANG DITAYANGKAN DALAM BLOG KPS TANDA EDIT SEDIKITPUN. ANDA BACA SENDIRI TULISAN SETIAUSAHA POLITIK AZIZAN RAZAK DI BAWAH......BOLEH JATUH AIR MATA.....WALAU SESIAPA PUN KITA.....KITA KAN 1MALAYSIA. :)
Aku Dan Ustaz Azizan: Catatan Kehilangan
Aku menemani Ustaz Azizan di KMC setelah beberapa hari tak bertemu kerana urusan kempen pilihanraya. Beberapa kali dia berpesan kepada rakan-rakan untuk menghubungi aku yang agak sibuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pengarah MTD DUN Jeneri (aku adalah Timbalan Pengarah 1 sebelumnya, terpaksa memangku pengarah yang dilantik sebagai wakil calon). Kami hanya berhubung melalui telefon. Dia foward beberapa sms dan nombor telefon yang memaki hamunnya sebelum dan selepas calon-calon dimuktamadkan. Aku ber istighfar dan meminta dia terus bersabar. Dia sudah buat yang terbaik untuk negeri, rakyat Kedah dan parti. Tak ada apa perlu dikesalkan.
Beberapa kali dia merungut... "Depa tak mau dengar cakap kita dah. Susunan dan cadangan kita diredah tanpa merujuk kepada kita lagi. Semua orang boleh membuat keputusan untuk PAS Kedah. Kita di Perhubungan Negeri sudah tak ada kuasa apa- apa. Pesuruhjaya ada ramai di Kedah ni". Saya hanya mendengar dan menyelami keresahannya. Seorang Pesuruhjaya tanpa kuasa di saat keputusan-keputusan besar perlu dilakukan.
Ramai orang lama PAS Kedah datang dengan rombongan mereka dari kawasan -kawasan untuk memohon dikekalkan atau diganti calon-calon tertentu dengan alasan yang tersendiri, Ustaz Azizan sudah letih melayani. Katanya" Hampa kata hampa, yang aku cadang pun depa buang, depa langgaq ikut suka depa, nak suruh aku pertahan hak hampa cadang lagu mana. Hampa pi lah ke pejabat agong, aku sudah tak buleh buat apa-apa."
Setelah keputusan PRU diumumkan, barulah saya berkesempatan bertemu dengannya, itupun dia sudah di KMC, mengadu sakit kaki dan demam. Kali pertama mengunjunginya pada Isnin, dia sedang menjalani prosedur rawatan di ICU, saya pulang jam 6 petang, setelah menunggu 2 jam. Salur darah di kakinya tersumbat.
Esoknya, saya dimaklumkan oleh anaknya Mohamad Rafie, ayahnya mungkin dirujuk ke IJN dengan kondisi kesihatannya yang tidak didedahkan. Saya masuk menemui Azizan di ICU KMC jam 2 petang, dia mengalirkan air mata setelah saya mencium tangannya yang sedang terbaring. Saya tak mampu menahan lelehan airmata yang makin laju. "Sik macam mana dah? Aku tau hang pulun nak bagi menang jugak, tapi ni semua takdir Allah. Kita terlepas satu beban yang sangat besar. Hang bayangkan kalau kita menang, dan aku ada dalam wad, tentu kacau bilau lebih besaq daripada awal 2012 hari tu". "Tak pa lah Ustaz, tok sah dok pikiaq pasai politik lagi, kita berubat bagi lega dulu". Aku jawab perlahan memujuknya.
"Kaki aku kebas, tak rasa apa-apa. Hang angkat aku sat, aku nak pi bilik ayaq". Sejak beberapa bulan terakhir, terutama ketika dia mengadu tentang calon-calon PAS Kedah, tekanan dalaman parti, sikap rakan-rakan parti, caci maki melalui SMS yang diterimanya, saya sering sebak dan buntu. Apa lagi yang tak kena, apa salah aku apa dosa kita... Dia merungut. Tak ada siapa mai habaq dosa apa yang aku buat, main hentam jauh- jauh saja. Mai lah cakap depan aku, apa salah aku. La ni semua pi panjat tangga Pejabat Agong, kita di negeri dah tak laku. Biaq depa jawablah.
Beberapa kali dia menyatakan pada waktu ini PAS memiliki terlalu ramai pencatur politik ( munawarah al-siasiyah) dan kita ketandusan Al-Murabituun dalam jemaah. Saya hanya mendengar dan membayangkan masa depan parti yang kian mencabar. "Hang talipon bagitau Cikgu Pa, tanya dia aku nak lepas jawatan Pesuruhjaya, minta pandangan dia, nak letak la ni ka atau lepas muktamar"?
MB Kedah yang baru, Dato' Mukhriz sampai jam 3.00 petang. Saya melihat dan mendengar perbualan mereka, seperti seorang bapa bercakap dengan anaknya, tapi penuh hormat dan sopan. Ustaz Azizan meminta dua perkara untuk diberi perhatian atas kerja kerasnya selama 5 tahun, diteruskan. " Saya nak minta tolong pada Dato' dua perkara, pertama tentang KUIN dan kedua tolong teruskan pembinaan Ma'ahad Tahfiz Sains Pulau Tuba. Semua bajet untuk itu sudah diluluskan". Dia masih sempat bergurau tentang beberapa perkara. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, MB Kedah itu bersalam dengan aku dan berpesan. "Jaga Ustaz elok-elok".
Saya mengiringi Azizan ke General Hospital Pulau Pinang jam 3.30 petang hari selasa 7 Mei 2013. Bersama saya anaknya Mohamad Rafie dan rakan lamanya Saudara Mazlan. Sampai sana jam 5 petang, terus ke unit kecemasan. Azizan masih sedar dan berbual. Dia berpesan beberapa kali supaya terus bekerja memajukan PAS. Dia masih bertanya beberapa orang calon yang menang dan yang tewas, termasuk Ustaz Afnan Hamimi Taib Azamuddin di Kepala Batas.
Dia haus dan dahaga. Saya meminta cawan dan straw, dia minum beberapa kali. Dia menjadi cemas dan memanggil saya apabila doktor memaklumkan kakinya tidak dapat diselamatkan lagi. Dia berpesan beberapa kali, "Hang jangan bagi depa potong kaki aku". Saya berjanji akan mencari ikhtiar lain. "Jom kita balik, naik kereta pun tak pa lah". Katanya beberapa kali.
Jam 7.30 malam, Ustaz Ali dari Alor Setar telah menunggu di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. Ada seorang pakar yang merawat kesan diabetis yang lebih parah, tak perlu di potong. Saya bercadang membawanya ke sana. Ustaz Ali pernah dirawat di situ. Saya menghubungi ambulan daripada St John Ambulan, untuk membawa dia keluar, atas alasan nak pulang ke KMC, tetapi nak singgah di Bukit Minyak. Ambulan yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan hanya boleh datang jam 8.30, saya menunggu tidak sabar lagi. Saya keluarkan wang di mesin RM3 ribu untuk kos ambulan dan rawatannya di Bukit Minyak.
Doktor tidak membenarkan saya mengambil risiko besar untuk membawanya keluar kerana takanan jantungnya tidak stabil. Beberapa kali saya berbincang dengan Tok Puan Faekah untuk mengambil risiko itu, tetapi kondisi terakhir Ustaz Azizan tidak membolehkan kami membawanya keluar. Kena tunggu jantungnya stabil baru kita bawa dia keluar. Saya dan Tok Puan Faekah (saya panggil Kak) akur.
Saya mengambil beberapa keping gambar bahagian kaki Ustaz Azizan dan memecut bersama Mazlan ke Bukit Minyak. Doktor Kumar memberi keyakinan bahawa keadaan seperti itu masih boleh dirawat tanpa pemotongan. Hanya bahagian hujung jari ibu kakinya perlu dibuang. "As long he still conciuos and you can bring him here, his leg can be safe, no need to cut it off". Dia menunjukkan beberapa gambar dalam simpanannya yang lebih parah, kaki yang hitam, isi yang tumbuh kembali selepas rawatan di situ. Saya dan Mazlan lega dan gembira. Saya sudah temui penyelesaian alternaif, amanah Ustaz akan tertunai. Saya membuat temujanji untuk membawa Ustaz Azizan ke klinik itu seawal mungkin, sebaik sahaja dia membuka kliniknya jam 2.00 petang.
Saya kembali kepada Ustaz Azizan, memberi keyakinan kepadanya bahawa kakinya boleh diselamatkan. Dia tersenyum. "Jom kita pi la ni". Dia cuba bangun. Saya dan Kak Faekah menerangkan nasihat doktor yang sedang menstabilkan jantungnya. "Kita pi esok jam 2.00 petang. Ustaz tidoq dulu bagi jantung stabil, jam 12.00 tengahari esok saya akan mai dan bawa Ustaz keluar. Ambulan saya sudah panggil, depa dah ready untuk esok."
"Kalau macam tu, hang balik lah dulu, aku nak tidoq, kita jumpa esok". Kata Ustaz Azizan. Saya menunggu hingga semua anak menantunya datang. Mereka masih berbual dengan Ustaz Azizan, dan dipesan macam-macam perkara sewaktu saya bergerak pulang untuk mengambil pakaian. Jam 3 pagi saya sampai di rumah.
Jam 5.30 pagi, Kak Faekah menelefon tiga kali memaklumkan Ustaz tenat dan koma. Saya bertanya beberapa kali, betulkah berita ni, sapa yang bagitau Kak? Ahmad (anak Ustaz Azizan yang menunggu di wad) yang telepon bagitau, Kak dok bersiap nak pi la ni. Jawab Kak Faekah. "Ahmad tau ka tenat ka nazak tu macam mana, dia reti ka Kak?" Doktor yang bagitau dia.... Mendengar itu saya bingkas mencapai seluar, bergegas ke Pulau Pinang dengan Mazlan dan Shahril Rizal, bekas pengiring Ustaz yang diarahkan kembali melapor diri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah. Dia tidak diperlukan lagi di Pejabat Menteri Besar kerana sudah ada yang bersiap menggantikannya. Katanya dari Bukit Aman.
Saya masih berdoa Ustaz akan sedar dan mampu dibawa keluar jam 12 tengahari nanti. Di wad CCU, ustaz sedang dibantu dengan alat bantuan pernafasan, lebam hitam di kaki kanannya sudah melarat ke sebelah kiri, melepasi lututnya, terlalu pantas dan luar biasa. Kakinya sejuk. Dia bernafas menerusi mulutnya saja. Saya terus berdoa, membaca Yaasin dan membisikkan talqin. Dia seperti mendengar dan mengajuk. Kelopak matanya berkedip-kedip.
Saya memaklumkan kepada pimpinan dan kawan-kawan dalam PAS Kedah kondisi semasa Ustaz Azizan. Jam 10.30 pagi panggilan mula masuk meminta pengesahan, benarkah Ustaz Azizan sudah tiada? Ada sebaran sms dan tulisan di blog ke seluruh negara bahawa ustaz sudah meninggal. Dari jam 10.30 hingga jam 1.00, telefon saya tidak berhenti berdering, saling bertindih panggilan yang masuk. Jawapan saya ringkas dan cepat. "Ustaz masih hidup, tetapi sedang koma, berita kematian itu palsu".
Jam 2.00 saya ke surau, solat Zohor dalam fikiran yang bercelaru. Ustaz tak dapat di bawa ke Bukit Minyak, walaupun semua persiapan telah dibuat. Berita palsu ini pula sengaja dimainkan. Saya membayangkan perasaan anak-anak dan isteri-isterinya. Saya solat dengan En Zahari, Pegawai Daerah Yan. Dia mendahului saya saya satu rakaat. Saya masukkan handphone yang hampir habis bateri itu ke dalam beg sandang, sesudah berwuduk. Saya sandarkan beg itu di tiang di belakang saf saya, dan memulakan solat jamak dan qasar.
Saya berpaling ke belakang sesudah berdoa. Beg sudah tiada. Saya meraba poket, alhamdulillah, dompet yang tidak berduit masih ada, semua duit ada dalam beg, termasuk bekalan yang saya siapkan untuk ambulan dan rawatan di Bukit Minyak. Saya buntu dan mati kutu. Handphone saya ada dalam beg itu. Saya mengingati apa lagi yang ada. Aduhhh! iPad, pendrive, charger, parfume, pisau belati, buku cek, bil-bil, dan banyak lagi.
Saya memaklumkan kepada Ustaz Hafiz Nordin yang kebetulan ada di situ, dia cuba mendail nombor saya, tiada jawapan. Dia memanggil kawannya di syarikat telekomunikasi untuk menamatkan talian saya, semua urusan itu selesai di tanggnya.
Saya ke hulu ke hilir, mencari dalam tong sampah, belakang surau, dalam longkang dan tempat-tempat tersembunyi. Tiada!
Hingga malam itu, saya tidak dapat update keadaan semasa Astaz Azizan. Ada sedikit masa terluang, saya ke maxis, ambil simcard baru dan sain kontrak baru untuk dapatkan telefon yang lebih murah.
Saya update di facebook tentang kehilangan itu, ramai yang simpati dan berdoa. Sejak hilang pada hari Rabu, saya tak terfikirkan apa-apa tentang beg itu. Duit dan semua isi beg sudah ditakdirkan menjadi rezeki pencuri. Saya berdoa supaya dia memulangkan apa yang dia tidak perlukan. Saya halalkan apa yang sudah diambil dan dibelanjakan. Kalau dipulangkan handphone dan iPad saya itupun sudah satu rahmat besar buat saya.
Ketika membawa dua anak kecil ustaz ke Chowrasta membeli pakaian dan keperluan diri, saya menerima panggilan daripada seorang wanita. "Adakah encik kehilangan iPad?" Ya! Saya menjawab." Saya terkedu, seperti tak percaya bila mendengar beg saya ada padanya. Saya menunggu di Balai Polis Lebuh Keramat, hingga dia datang bersama ibunya. " Panjang ceritanya Encik, adakah encik mahu report polis kes ini?" Saya kata tak perlulah, asalkan saya dapat balik iPad saya.
Saya belanja mereka minum. Beg itu dicuri oleh seorang pemuda penagih dadah, seorang anak muda 27 tahun yang dipelihara oleh ibu tirinya. Ayahnya berkahwin dua, isteri pertama ayahnya memelihara dua anak angkat dengan penuh kasih sayang, tetapi menjadi penagih dadah. Ibu peliharaanya itu jatuh sakit dan tak mampu lagi mengawal anak belanya itu. Dia anak isteri kedua ayahnya, tetapi sesekali dikunjungi oleh 'abangnya' itu meminta wang atau menumpang tidur. Pada tengahari hari rabu, 'abangnya' datang meninggalkan sebuah beg berwarna coklat, katanya beg itu milik kawannya.
Dia kurang percaya dan mula memeriksa beg itu, dia menelefon saya dengan maklumat yang diperolehi dari iPad saya. Handphone dan wang tunai sudah lesap, tetapi saya tetap bersyukur. Saya menghubungi ibu pemuda itu yang sedang sakit, nombor telepon saya ambil dari anak tirinya. Saya memaklumkan hal anaknya mencuri beg dan saya sudah mendapatkannya semula. Saya ucapkan terima kasih dan memberi sedikit nasihat. Saya ingin bertemu Mohd Nasrul Bin Daud!
Saya pulang ke rumah selepas 5 hari di Penang. Anak saya demam dan isteri saya masih di klinik, sakit perut. Ustaz Azizan masih terlantar, anak-anaknya, isteri-isterinya saya sudah aturkan penempatan dan pergerakan mereka. Moga semuanya bersabar. Kita jumpa esok!

Selasa, 07 Mei 2013

PM MALAYSIA YANG MENDAPAT MANDAT BARU SERTA MB SERTA KM UMNO YANG BARU

PM NAJIB MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI PM.....TAPI YANG SELALU BUAT LATIHAN SETIAP KALI CERAMAH ADALAH PAK NUAR,,,,PM KE-7...KONONNYA LAH.... NEGERI PALING HUJUNG DI SEMENANJUNG MALAYSIA YAKNI PERLIS JUGA MENDAPAT MB BARU IAITU MB AZLAN MAN...... DI NEGERI BERJIRAN DENGAN KEDAH PULA, MUKRIZ MAHATHIR PASTINYA AKAN BERJAYA MENGEKALKAN KEDAH LAMA DI BAWAH BARISAN NASIONAL.... DI MELAKA PULA IDRIS HARUN DIANGKAT SEBAGAI KETUA MENTERI MELAKA YANG KE-10 ..... KHALED NORDIN PULA ANTARA YANG DISEBUT-SEBUT BAKAL MENTERI BERSAR JOHOR YANG BARU.....TAHNIAH..... PAK NUAR TERUS KEMPUNAN..... DI BAWAH HANYA SATIRA POLITIK......

Rabu, 03 April 2013

11.30 PAGI....3 APRIL BERSAMAAN 12 JAMADILAWAL PARLIMEN MALAYSIA TERBUBAR

SELAMA 4 TAHUN GENAP HARI INI BERADA DI BAWAH PEMERINTAHAN PM NAJIB. KPS SECARA PERIBADI MERASA BANGGA DAN BERSYUKUR ATAS KURNIAAN ALLAH KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA PM NAJIB SEORANG PM YANG TERBAIK YANG PERNAH MUNCUL DI DUNIA. KPS TERHARU KERANA MEMPERTAHANKAN ORANG YANG HEBAT INI WALAUPUN ADA KETIKA DALAM KEADAAN BERSEORANGAN. TERINGAT ZAMAN KETIKA BELAJAQ DULU, KADANG-KADANG KPS KESEORANGAN BERDEPAN 30 LEBIH DITAMBAH DENGAN PENSYARAH MENYERANG, TETAPI KPS ISTIQOMAH MEMBERI HUJAH, DALAM FB SERTA DUNIA NYATA AMAT BERAT BERPERANG, TETAPI INI BAGI KPS MERUPAKAN JALAN TERBAIK..... KINI.....BEBERAPA KETIKA LAGI UNTUK MENJANGKAU 11.30 PAGI,,,,HARI RABU BERSAMAAN 12 JAMADIL AWAL 1434 HIJRAH, PM AKAN MENGUMUMKAN PEMBUBARAN PARLIMEN MALAYSIA.....IN SYA ALLAH KEJAYAAN MAJORITI 2/3 MILIK UMNO/BN DISAMPING KEDAH DAN SELANGOR DALAM SENARAI TERATAS UNTUK DITAWAN DISAMPING KALAU KENA PADA GAYA KELANTAN TURUT BOLEH DIPEROLEH OLEH BARISAN NASIONAL.

Jumat, 25 Januari 2013

PAS AMAL DENGKI KASTA TERTINGGI

MARAH BENAR SI 'KEPALA' DEWAN PEMUDA PAS PUSAT INI. SAMPAI MENGHAMBURKAN PENULISAN YANG SANGAT DURJANA SEPERTI DI ATAS. TAPI KITA SEMUA PAKAT-PAKAT TAU YANG DIA BUKAN MARAH KAT NAJIB TAPI SEBENARNYA DIA MARAH KAT USTAZ NASHA.
TAPI PENTING UNTUK KPS SAMPAIKAN KEPADA SEMUA PEMBACA SEKALIAN. BUKAN SAHAJA 'KEPALA' DEWAN ULAMA' PAS YANG CEMBURU DENGAN INTIMNYA KERAJAAN MALAYSIA DI BAWAH KEPIMPINAN NAJIB DENGAN KERAJAAN HAMAS DI GAZA, KEDAPATAN JUGA BEBERAPA BLOG PARA PENTAKSUB PAS PUN TURUT SAMA CEMBURU DENGAN SITUASI INI. SEPERTI DI BAWAH....
TAPI KALAU BLOG DI ATAS PAS TAK AKAN MENGAKU ITU BLOGER PIHAK MEREKA WAL HAL SECARA TERANG DAN JELAS MENYOKONG MEREKA. SIAP BUAT SIDANG AKHBAR LAGI BLOG INI BUKAN DI PIHAK MEREKA. TAK PA....TAK PA.....TAPI KALAU DI BAWAH LAGU MANA PULAK????? BLOG SEORANG LELAKI LEMBUT GELI-GELI@MILO SUAM....
BLOGER MILO SUAM SIARKAN LAPORAN BERITA YANG MENUNJUKKAN PRESIDEN PALESTIN DARI FATAH DI TEBING BARAT MENEMPELAK LAWATAN NAJIB KE GAZA. WOI MILO SUAM, BUKAN KA PUAK HANG PA DULU YANG TAK IKTIRAF FATAH DI TEBING BARAT TAPI HANG PA CUMA IKTIRAF HAMAS, AWAT JADI TERBALIK PULAK KALI NI??????
GAMBAR DI ATAS DILETAKKAN OLEH MILO SUAM KONONNYA NAJIB MENCAMPURI URUSAN DALAMAN PALESTIN....WOI MILA SUAM KEPARAT...SUDAH TERANG LAGI BERSULUH HAMAS DI GAZA DAN FATAH DI PALESTIN ADALAH DUA KERAJAAN YANG BERBEZA. KETIKA DI TEBING BARAT AMAN....TETAPI KERAJAAN HAMAS DI GAZA DISERANG SETIAP HARI OLEH ZIONIS LAKNATULLAH.
JELAS MELALUI LAPORAN DI ATAS BAHAWA MALAYSIA MENAWARKAN DIRI MENJADI ORANG TENGAH BUKANNYA SEBAGAI PIHAK YANG INGIN MENANGGUK DI AIR KERUH. LIHAT SAHAJA BAGAI MANA MALAYSIA BERJAYA DI SELATAN FILIPINA DENGA TERTUBUHNYA WILAYAH AUTONOMI BANGSA MORO. BAGAIMANA DI SELATAN THAI PERANAN MALAYSIA DAN JANGAN LUPA DI ACHEH YANG SEKARANG TURUT MENDAPAT TARAF AUTONOMI. JADI PERSOALAN KPS, KENAPA HARUS DENGKI HIERAKI TERTINGGI ATAS USAHA PM NAJIB INI????? APAKAH PR MENYOKONG ZIONIS??????

Selasa, 22 Januari 2013

PM NAJIB TEPATI KATA-KATA IMAM MASJID AL-AQSA

GAZA 22 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijangka tiba di sini hari ini akan mencatatkan sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama yang menjejakkan kaki di bumi Palestin. Beliau yang melakukan lawatan kemanusiaan akan mengadakan pertemuan dengan anggota Kabinet dan Ahli Parlimen Hamas. Najib juga akan menerima Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Al -Aqsa. Turut serta dalam lawatan itu ialah isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor. - UTUSAN
PENTING DICATAT, REGIM ZIONIS HANYA AKAN MENJAMIN KESELAMATAN PEMIMPIN NEGARA YANG MEMPUNYAI HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN ISRAEL. NEGARA MALAYSIA TIDAK MEMPUNYAI HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN ISRAEL SEPERTI MESIR. MAKA, PM NAJIB BESERTA ISTERI BERSAMA DENGAN KONVOI MEREKA TERDEDAH KEPADA SERANGAN 'MENGKHINZIR BUTA' ZIONIS LAKNATULLAH. TETAPI PM KITA BERJIWA BESAR DAN TETAP JUGA KE GAZA DENGAN HANYA DIKAWAL OLEH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA....
SEBELUM INI IMAM MASJID AL-AQSA PERNAH MENYEBUT DALAM PROGRAM "FIQH MENTAATI PEMIMPIN" YANG DIANJURKAN MALAYSIA BAHAWA MALAYSIA ADALAH BARISAN HADAPAN DALAM MEMBELA NASIB PALESTIN. MALAH DATO' AZEEZ PRESIDEN KELAB PUTERA 1MALAYSIA JUGA DILANTIK SENDIRI OLEH PERDANA MENTERI HAMAS SERTA KABINET HAMAS SEBAGAI DUTA KEHORMAT BAGI PIHAK PALESTIN.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KAU SELAMATKANLAH PERJALANAN PERGI DAN BALIK PERDANA MENTERI KAMI YANG TERCINTA, KAU PERMUDAHKAN SEGALANYA, KAU HADIRKANLAH SENYUMAN KEPADA SAUDARA KAMI DI PALESTIN, SEMOGA MALAYSIA TERUS AMAN DAN MAKMUR, AMIN.....

Jumat, 28 Desember 2012

REBET TELEFON PINTAR, SEBUAH JANJI DITEPATI

Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan. Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/. Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan hari Khamis. Mohamed Sharil berkata belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan. "Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas. - bernama
TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN 'JANJI DITEPATI' MENDENGAR DENYUT NADI RAKYAT PELBAGAI LAPISAN. WALAUPUN PR MENGKRITIK BAJET 2013 INI, TETAPI HARUS DIINGATI, MEREKA JUGA AKAN 'REMBAT' SEGALA INSENTIF MELALUI LABA YANG MENGALIR MENERUSI BAJET 2013. PARA PENTAKSUB PEMBANGKANG AKAN KATA BAHAWA KERAJAAN BARISAN NASIONAL KERAJAAN ZALIM. TETAPI BILA DIAJUKAN PERSOALAN BAHAWA SEMUA YANG MEREKA KECAPI HARI INI ADALAH USAHA KERAS KERAJAAN BARISAN NASIONAL, MAKA MEREKA(PEMBANGKANG) AKAN KATA ITU TANGGUNGJAWAB KERAJAAN PEMERINTAH. WAHAI PARA PENTAKSUB PEMBANGKANG SEKALIAN, KALAU ITU TANGUNGJAWAB KERAJAAN, ANDA SENDIRI AKUI KERAJAAN TELAH LAKSANAKAN TANGGUNGJAWABNYA. MAKA ADALAH BARISAN NASIONAL KERAJAAN YANG BERTANGGUNGJAWAB. APA PULA TANGGUNGJAWAB ANDA? APAKAH TANGGUNGJAWAB ANDA MEMAKI KERAJAAN????/FIKIR DAN RENUNGKAN......

Minggu, 19 Agustus 2012

RUMAH TERBUKA PERDANA MENTERI DAN MENTERI KABINET ESOK SEMPENA AIDILFITRI

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersama anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri pada hari raya pertama di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya mulai 10.30 pagi hingga 4 petang. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini, orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan secara percuma bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sebanyak 16 bas disediakan dari 10.30 pagi hingga 6 petang di empat lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Park and Ride Presint 1, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Orang ramai disaran menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang terdapat di empat lokasi itu pada setiap 15 minit . Menurut kenyataan itu lagi, Najib yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan, Pahang akan mengadakan rumah terbuka di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan pada 26 Ogos bersamaan Ahad mulai 10 pagi hingga 2 petang. – BERNAMA

Rabu, 08 Agustus 2012

LAGI INSENTIF DARI KERAJAAN MALAYSIA

Najib lancar `1Malaysia Privilege Card'
PUTRAJAYA, SELASA, 07 Ogos, 2012: Sebagai menghargai sumbangan jasa serta bakti anggota polis dan tentera, kerajaan memperkenal satu lagi inisiatif terbaru bagi meringankan beban mereka dengan melancarkan kad '1Malaysia Privilege Card' khusus buat 241,000 anggota dan pegawai kedua-dua pasukan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan 6 (NBOS 6) itu membolehkan pemegang kad berkenaan mendapat diskaun antara lima dan 25 peratus daripada harga produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh kira-kira 20 syarikat yang mengambil bahagian. Beliau berkata, ia bertujuan memberi manfaat kepada warga Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia, yang dirujuk beliau sebagai kumpulan "Wira Yang Tidak Didendang", sebagai lanjutan kepada strategi NBOS 6, yang berkisar kepada kerjasama unik antara pelbagai jabatan serta agensi kerajaan yang diperkenalkan Malaysia, khusus untuk manfaat rakyat dan negara. "Mudah-mudahan kad ini dapat digunakan untuk menambah lagi kuasa membeli atau 'pendapatan boleh guna' rakyat," katanya semasa berucap pada majlis pelancaran kad itu serta portal 1Malaysia Privilege Card www.1mprivilege.my di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini. Turut hadir di majlis pelancaran itu ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - BERNAMA

Jumat, 03 Agustus 2012

KUBU PAS DITAWAN BN DI BULAN RAMADHAN DI NEGERI SEMBILAN

MAKLUMAT DARI BLOGER HEBAT MY HOME SOIL PASTI MEMBUAT PAS KANCING GIGI. SUDAH LA CHE GU BARD, KHINZIR SABUNG PAS SEAKAN-AKAN LESU DAN TAK BERMAYA UNTUK MENENTANG KHAIRY JAMALUDDIN DI REMBAU PADA PRU-13, KINI SATU-SATUNYA DUN YANG DIKUASAI OLEH PAS DI NEGERI SEMBILAN IAITU PAROI KIAN MERASAI GELOMBANG BIRU. YANG TERBARU IALAH SAMBUTAN LUAR BIASA BERBUKA PUASA BERSAMA PERDANA MENTERI. LIHAT GAMBAR YANG BLOGER BERKENAAN SEDIAKAN. DI ANGGARKAN 10 RIBU MENYERTAI BERBUKA PUASA BERSAMA PM DI PAROI.....

Minggu, 29 Juli 2012

PM NAJIB TERUS BUAT ANWAR MEROYAN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dianggap sebagai pemimpin keenam paling popular di dunia oleh sebuah firma perhubungan awam dan komunikasi antarabangsa yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat iaitu Burson-Marsteller. Menurut kaji selidik Twiplomacy yang telah dijalankan oleh firma nombor satu dunia itu, Najib merupakan antara pemimpin dunia yang aktif menggunakan akaun Twitter secara tulen. Jelas kaji selidik tersebut, Perdana Menteri ketika ini mempunyai lebih 750,000 pengikut dan jumlah itu bertambah setiap hari. "Ini sekali gus menjadikan beliau (Najib) sebagai pemimpin negara yang paling popular di Asia di laman Twitter iaitu satu dalam 37 (per kapita) dan juga dengan selesa menduduki dalam ranking 10 pemimpin paling popular di dunia. "Tidak dinafikan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama merupakan pemimpin paling popular dunia, namun Najib juga merupakan antara pemimpin yang tidak kurang popularnya dalam kalangan rakyat," kata Twiplomacy. Kata Twiplomacy, kedudukan akaun Twitter Najib pula boleh dirumuskan sebagai nombor dua paling aktif di Asia dan ke-17 di dunia berbanding akaun-akaun ketua kerajaan dan institusi lain. "Perdana Menteri Malaysia ini juga dianggap antara pemimpin terawal yang berjaya menyesuaikan diri dengan penggunaan Twitter, ini juga merupakan contoh terbaik yang menampilkan betapa maju serta kehadapan pemikiran masyarakat di Malaysia," katanya. Baru-baru ini Universiti Oxford turut mengeluarkan kenyataan kaji selidik mereka yang menunjukkan Malaysia menguasai kedudukan ketiga paling tinggi penggunaan Twitter secara meluas berbanding negara-negara barat.

Kamis, 26 Juli 2012

BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM DAN PESARA OLEH BARISAN NASIONAL

Kuala Lumpur — Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak hari ini telah mengumumkan semua penjawat awam dan pesara kerajaan akan diberikan Bonus Aidilfitri. Bonus tersebut berjumlah setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Perdana Menteri turut mengumumkan bayaran khas berjumlah RM500 utk pesara kerajaan. Bayaran bonus ini akan diberikan kepada penerima pada 9 0gos 2012. Bonus ini adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara. Diharapkan pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri Bonus ini melibatkan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2.2 bilion dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan. – SUARA GENERASI BARU

Sabtu, 21 Juli 2012

PERUTUSAN SEMPENA KEDATANGAN RAMADHAN DARI PERDANA MENTERI DATO' SERI NAJIB

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam 1Malaysia.
Alhamdulillah puji syukur ke hadrat Allah SWT. kerana di atas taufik dan inayah-Nya dapat kita meraikan bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini dalam keadaan penuh keberkatan dan kerahmatan. Bulan Ramadhan adalah merupakan bulan kemuliaan dan penuh keberkatan yang dikurniakan Allah SWT kepada umat Islam untuk di ambil peluang bagi meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dengan pelbagai ganjaran pahala yang berlipat-kali ganda. Ibadat puasa yang dilakukan dengan penuh kesempurnaan, sudah pasti mampu mengawal segala kemaksiatan dunia dan dapat mendidik jiwa menjadi lebih tenang dan seterusnya membentuk diri menjadi seorang hamba yang bertakwa kepada Allah SWT. Sesungguhnya bulan Ramadhan ini adalah bulan perjuangan menentang hawa nafsu. Harus diingatkan di bulan yang mulia ini kita perlu menginsafi diri dengan membantu para fakir miskin, anak-anak yatim dan orang yang kurang bernasib baik daripada kita. Perbuatan membazir haruslah dielakkan. Sikap suka bersedekah mestilah dipupuk. Zakat fitrah pula janganlah dilupakan. Menyedari akan kemuliaan bulan ini, saya menyeru agar semua umat Islam di Malaysia menguatkan lagi perpaduan ummah kerana harus diingat perpaduan dan penyatuan umat merupakan asas kekuatan umat Islam pada masa hadapan. Inspirasi perpaduan daripada peristiwa Perang Badar yang berlaku pada 17 Ramadan harus di jadikan pedoman oleh umat Islam seluruhnya. Perpecahan umat Islam akibat perbezaan dan ideologi politik merupakan salah satu faktor yang boleh melemahkan kekuatan Islam di dalam negara ini. Yakinilah bahawa kemenangan dan kejayaan itu hanya akan datang apabila terciptanya perpaduan di antara yang memimpin dengan yang dipimpin. Ingatlah sesungguhnya musuh-musuh Islam sentiasa berusaha untuk memecah-belahkan umat Islam, mereka sedar kekuatan Islam selama ini banyak bergantung kepada perpaduan yang terbina erat. Justeru, bersama-samalah kita mengenepikan perbezaan pendapat dan ideologi politik demi perpaduan ummah yang akan membawa seluruh umat Islam di Malaysia ini ke suatu dimensi baru yang lebih baik pada masa yang mendatang. Akhir kalam janganlah kita lupa untuk mencari kerahmatan di malam Lailatulqadar yang mempunyai ganjaran kebaikan bersamaan seribu bulan. dan rahmat keampunan daripada Allah SWT. Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa. Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sabtu, 09 Juni 2012

PM MAI KULIM

WALAUPUN KPS TIDAK SEMPAT UNTUK BERSAMA RAKYAT DI SEKITAR KULIM DAN PADANG SERAI MENDENGAR UCAPAN PERDANA MENTERI, KPS TETAP HADIR PADA PAGI SEMALAM DI HI-TECH. SEMASA KPS SEDANG KERJA DAPAT DISAKSIKAN BAHAWA RAMAI YANG SEMBANG DI SANA SINI TERUJA DENGAN KEDATANGAN PERDANA MENTERI MALAH RAMAI JUGA DENGAN BANGGA MEMAKAI BAJU OREN YANG MERUPAKAN BAJU JELAJAH JANJI DITEPATI.

Selasa, 29 Mei 2012

LAGI FITNAH KE ATAS DATO' SERI NAJIB KANTOI

Assalamualaikum.. Mengenai posting yang PM menegur Imam Muda .. Itu adalah dari PAGE PALSU PM bagi mengeliru rakyat dan memburukkan PM.. Ini adalah PAGE rasmi PM... http://www.facebook.com/najibrazak MOHON DISEBARKAN..
SUMBER: Pejuang Agama Bangsa Negara II

Rabu, 16 Mei 2012

NAJIB BURUAN INTERPOL....FITNAH TERBARU FUCKatan TERHADAP NAJIB

BLOGER CUCU TOK SELAMPIT MENDEDAHKAN BAHAWA JUAK-JUAK FUCKataN MEMFITNAH PM NAJIB DENGAN FITNAH TERBARU....PM JADI BURUAN INTERPOL........
Ini ditambah dengan kenyataan daripada pemilik Facebook berkenaan seperti berikut: "SILA SEBARKAN MAKLUMAT RAHSIA INI. Admin harap sila baca sampai habis seluruh artikel ini. Ini dari orang dalam di MOF sendiri. Negara Malaysia bakal digadai oleh PEMERINTAH yang berkuasa sekarang, admin tidak pasti ianya benar atau tidak!"