KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersama anggota jemaah menteri akan mengadakan majlis rumah terbuka Aidilfitri pada hari raya pertama di kediaman rasminya di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya mulai 10.30 pagi hingga 4 petang. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini, orang ramai dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang disediakan secara percuma bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sebanyak 16 bas disediakan dari 10.30 pagi hingga 6 petang di empat lokasi iaitu Putrajaya Sentral, Park and Ride Presint 1, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Orang ramai disaran menggunakan perkhidmatan bas Nadi Putra yang terdapat di empat lokasi itu pada setiap 15 minit . Menurut kenyataan itu lagi, Najib yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan, Pahang akan mengadakan rumah terbuka di Taman Tasik Sultan Abu Bakar, Pekan pada 26 Ogos bersamaan Ahad mulai 10 pagi hingga 2 petang. – BERNAMA
Minggu, 19 Agustus 2012
RUMAH TERBUKA PERDANA MENTERI DAN MENTERI KABINET ESOK SEMPENA AIDILFITRI
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar