SHAH ALAM - Polis menahan suspek kes bakar teman wanitanya, Nurul Firzanah Mat Zaki,16, sehingga menyebabkan mangsa koma dalam kejadian di kawasan semak berhampiran Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 14 Ogos lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek lelaki berusia 18 tahun itu ditahan bersama seorang rakan wanita di Rumah Panjang Setapak Jaya, awal pagi semalam. "Kedua-dua mereka berjaya ditahan hasil maklumat yang disalurkan oleh orang awam. "Mereka direman selama lima hari bermula tangkapan sehingga 27 Ogos ini bagi membantu siasatan," katanya dipetik menerusi laman facebook miliknya, semalam. Sebelum ini, polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja lelaki, Mohd Amir Mohd Anuar, 18, bagi membantu siasatan kes bakar teman wanitanya.
Jumat, 24 Agustus 2012
THE BAJINGAN KAKI BAKAQ DITAHAN POLIS
AKHIRNYA BAJINGAN 'KAKI BAKAQ' KENA TAHAN JUGAK. MINTA PIHAK BERKUASA BAKAQ ANU MAMAT NI....KASI SEDAQ SIKIT
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar