MATLAMAT UTAMA perundangan Islam adalah PENCEGAHAN bukannya hukuman .
Ia ditetapkan berdasarkan firman ALLAH “ Jgnlah kamu mendekati zina”.
Firman ni merupakan asas utama dalam melaksanakan perundangan Islam. Lihat sahaja ayat tersebut mengapa ALLAH berfirman JANGANLAH KAMU MENGHAMPIRI ZINA mengapa ALLAH tidak berfirman begini “JANGANLAH KAMU BERZINA”.
Ia menunjukkan bahaw ALLAH mengkehendaki makhluknya mendahulukan usaha PENCEGAHAN bukannya HUKUMAN. Dalam hal ini, pendirian UMNO konsisten. UMNO konsisten menyokong hukum ALLAH. Apa yg utama 3 pra syarat untukk melaksanakan Hudud, seperti Rakyat dalam negara 90% mesti faham Hudud agar tidak berlaku kezaliman, kuasa mahkamah syariah diperkasakan/diperkuatkan melebihi mahkamah2 lain dan amar makruf nahi mungkar dilipatgandakan mestilah cukup terlebih dahulu.
Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Hindarilah hukum selama kamu masih menemui alasan untuk menghindarinya.”(Riwayat Ibn Majah)
Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Tolaklah hukum terhadap Muslimin selama kamu boleh maka jika ada jalan keluar lepaskanlah dia, sebagai seorang imam atau hakim itu jika keliru dalam memberikan ampunan, adalah lebih baik daripada keliru menjatuhkan hukuman.” (Riwayat Tarmidzi).
Adalah amat penting untuk rakyat diberi kefahaman dan penjelasan dahulu serta cukup kepakaran dan prasarana sebelum melaksanakan hukum ini.
3 Jenis Hukuman dalam Islam & adakah ia telah terlaksana di Malaysia :
1. HUDUD-hukuman yg tlh ditetapkan oleh ALLAH dan tidak boleh diubah.
Contohnya;- sebat dan rejam bagi penzina. (Dalam proses perlaksanaan hanya boleh dipraktikkan bila umat Islam berada dalam 1 jemaah dan memperjuangkan amal makruf , nahi mungkar, dan kuasa mahkamah syariah diperkuatkan)
2. QISAS- Hukuman BUNUH bg kesalahan MEMBUNUH, boleh diubah sekiranya mendapat kemaafan dr seluruh ahli keluarga si mati (sudah pun dilaksanakan di mahkamah syariah dan sivil walaupun tidak 100% seperti mana dikehendakin Islam mahukan masih boleh diperbaiki).
3. TAKZIR- Hukuman KESEKSAAN sbg contoh, penjara dan kerja berat dlm tempoh tertentu. (telah juga dilaksanakan samada di mahkamah syariah dan sivil)
Namun kesemua hukuman ini mestilah sesuai dgn KEMASLAHATAN ummah pada zaman dan waktu ia dilaksanakan dgn mengambil kira konsep MASALIH MURSALAH iaitu MENCARI MANFAAT & MENOLAK KEMUDHARATAN. Diatas konsep inilah agama Islam berkembang menurut peredaran zaman. Maka diciptalah berbagai2 peraturan dan undang besesuaian dgn kehendak zaman & tempat.
Mari kta lihat dr sudut sumber rujukan dalam menetapkan hukuman. Dalam Islam ada 5 sumber rujukan hukuman iaitu :
1. Al Quran
2. Hadis dan Sunnah
3. Ijtihad- Kebijaksanaan dan budi bicara umara dan ulama.
4. Ijmak Ulama- Konsensus atau persetujuan ulama2 Muktabar bukan ULARmak politik
5. Qias- Perbandingan ataupun persamaan sebagai contoh hukum HARAM ke atas DADAH yang di Qiaskan dengan hukum ke atas ARAK.
Pernah terjadi semasa pemerintahan Saidina Umar Al Khattab berlakunya musim kemarau yang teruk menyebabkan ramai yang mati kebuluran lalu Saidina Umar menangguhkan dahulu hukuman potong tangan terhadap pencuri berdasarkan kemaslahatan ummah waktu tersebut.
Adakah kita mahu menghukum Saidina Umar sebagai Kafir kerana mengetepikan hukuman ALLAH??? Sementelah lagi Saidina UMar merupakan sahabat yang diJANJIKAN SYURGA. Pernah juga terjadi keadaan di mana perlaksanaan Hudud ditangguhkan oleh panglima agung Islam Salahuddin Al Ayubi. Keadaan ini berlaku apabila beliau menakluk sebuah kota Islam di Sepanyol dari tentera Salib. Ketika itu ramai penganut2 agama Islam di kota tersebut telah murtad kesan dari penjajahan Kristian sebelumnnya. Apabila ditanya olh tentera2 Islam adakah beliau ingin segera melaksanakan hukum ALLAH, Salahuddin menjawab “Giatkan usaha dakwah sehingga iman mereka kembali sempurna kemudian laksanakan “HUDUD”.
Adakah kita nak menghukum panglima agung ini KAFIR juga kerana beliau menangguhkan hukum2 ALLAH???
Berkenaan Hukuman secara takzir yang bermaksud keseksaan takzir seperti mata dibayar mata, hidung dibayar hidung darah dibayar darah. Logiknya boleh ke kat nak mengantikan hidung org lain dengan hidung kita sekiranya berlaku perkelahian sampai putus hidung.
Disinilah fungsi sumber hukum yang ketiga dalam Islam iaitu IJTIHAD. Pemerintah boleh menggunakan kaedah ijtihad ini berkonsepkan kemaslahatan ummah dan juga Masalih Mursalah. Kaedah Ijtihad inilah yang Saidina Umar Al Khattab dan Salahuddin Al Ayubi gunakan dalam perlaksanaan hukuman kerana wujudnya perbezaan dari segi zaman & keadaan semasa ummah.
Ini menunjukkan bahawa Islam itu sesuai pada segenap masa dan tempat. Disinilah keSYUMULAN Islam itu dapat dijaga. Kita tidak mahu yang bukan Islam merasakan perundangan Islam itu zalim dan mereka semakin menjauhkan diri dari Islam.
Semuanya telah disimpulkan oleh ulama2 muktabar terdahulu dengan sempurna dan panjang lebar bersandarkan kepada KeEsaan ALLAH yang mutlak, budi pekerti yang luhur, akal sihat yang bebas dari kejumudan serta kemaslahatan ummah berkonsepkan mencari manfaat dan menolak mudharat.
Seorang ahli perundangan tersohor Islam iaitu Maskawaihi apabila ditanya adakah hukum-hukum syarak tiada menyimpang dari kemaslahatan ummah? Maskawaihi menjawab BENAR kerana kemaslahatan itu melingkupi keselamatan diri, agama dan harta. Ia bermaksud menghukum menurut yg diperintahkan ALLAH bila tidak jelas Illah hukum itu tetapi bila Illah itu tidak ada maka hukum itu pun tidak ada juga.
Analoginya, dewasa ini perbuatan mungkar berlaku terlampau terang2an dan berleluasa. Sebagai contoh perlakuan zina. Adakah kita nak menghukum rejam semua sekali Org Islam Malaysia yang video seksnya terupload secara lambak di media online. Atau adakah kita ingin mengumpul sahaja penzina-penzina ini di suatu tempat dan diletupkan sahaja mereka. Nauzubillah!!!
Aakah tindakan sebegini tidak memberi kesan yang negatif kepada Islam & kerugian pada ummah. Begitu juga dengan IMPLIKASI kepada aktiviti DAKWAH, tidakkkah ianya mnyebabkan non Muslim semakin menjauhi Islam dengan situasi ISLAMOPHOBIA yang di propagandakan oleh Yahudi & mereka yang tidak mahukankan Islam ketika ini.
Umumnya dimanakah peranan Ijtihad & Ijmak Ulama berdasrkan kemaslahatan ummah dlm perundangan Islam? Konsep WASSATIYAH @ kesederhannaan inilah yg sepatutnya dipraktikkan umat Islam Malaysia sekiranya ingin melihat Daulah KHILAFAH kembali tertegak. Konsep inilah jg yg diamalkan oleh Rasulullah dan Khulafa Ar Rasyidin sehiingga bejaya menguasai hampir ¾ dunia suatu masa dahulu.
Maka benarlah kenyataan bhw HUDUD merupakan 0.0001 % dr perundangan Islam. Jgnlah kita terpedaya dengan mereka yang menterjemahkan ayat-ayat Al Quran secara sempit dengan tujuan mendapatkan kuasa hatta sanggup menolak perpaduan sesama Islam dan memecahbelahkan ummah. Hadis Sahih Bukhari & Muslim juga ada menyatakan bahawa Rasululullah pernah bersabda “Barangsiapa yg memecahbelahkan perpaduan ummah ini, PANCUNGAH dia !!!
Wallahua’alam…
SUMBER: MALAYSIAN FANPAGE
Tidak ada komentar:
Posting Komentar