KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak pernah menolak pelaksanaan hukum hudud sepertimana yang terkandung dalam Islam, sebaliknya menolak hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS. "Saya tolak hudud PAS, saya tidak pernah kata saya tolak hudud Islam. Kita kena bezakan antara dua ini... lain langsung," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri di Institut Jantung Negara (IJN) di sini hari ini. Beliau berkata hukum hudud yang mahu dilaksanakan oleh parti pembangkang itu mirip kepada hukuman yang lebih berat dan tiada di dalam al-Quran. "Saya tidak boleh sokong itu, tidak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, dia tidak Islam. Islam menuntut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Ini tidak adil, orang Islam potong tangan tapi orang bukan Islam kena penjara dua bulan," katanya. Sementara itu, mengenai pilihan raya umum yang dijangka diadakan pada November ini, Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) sudah cukup bersedia untuk menghadapinya. "Jika ditetapkan November, kami akan adakan pada November. Saya fikir BN sudah cukup bersedia, kita selesaikan semuanya dan tumpukanlah perhatian untuk memajukan negara ini," katanya. - BernamaUNTUK LEBIH JELAS....KPS SERTAKAN SURAT TUN M KEPADA NIK AZIZ WALAUPUN BEBERAPA HARI LEPAS KPS MENGELUARKAN SURAT TERSEBUT UNTUK KESEKIAN KALINYA....DI BAWAH SURAT TERSEBUT UNTUK KALI KE BERAPA PUN TAK TAHU DIKELUARKAN OLEH BLOG KPS....
Selasa, 28 Agustus 2012
TOLAK HUDUD PAS, BUKAN HUDUD ISLAM - TUN M
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar