Rabu, 01 Agustus 2012

RAFIZI YANG MAHA DANGKAL......

PKR hari ini mendedahkan bahagian kedua cadangan dasar automotifnya yang melibatkan pelan untuk menghapuskan pemberian permit import (AP) secara berperingkat-peringkat selama tiga tahun sehingga 2015. Pengarah strategi parti itu, Rafizi Ramli berkata, rancangan itu akan menjana RM2.8 bilion dalam pulangan kerajaan bagi mengurangkan kesan pengurangan eksais dan cukai jualan kenderaan yang dianggarkan berjumlah RM8 bilion setahun. PKR juga mencadangkan supaya AP berkenaan dijual secara bidaan tiga peringkat, dengan bidaan permulaan untuk kenderaan efisien tenaga bermula pada RM10,000, kereta biasa pada RM20,000 dan RM30,000 untuk kenderaan berkuasa tinggi. Rafizi berkata, PKR percaya bahawa harga purata untuk setiap AP akan mencecah RM40,000 setiap tahun, yang akan menghasilkan pulangan sebanyak RM2.8 bilion setahun. Kelakar betul lar si Rafizi ni, kalau AP tersebut ditenderkan dan dijual pada harga mencecah rm40,000 adakah ianya akan menurunkan harga kenderaan? Jawapannya tidak kerana jika harga AP mencecah rm40,000 sudah pasti syarikat2 yang terlibat akan naikkan harga jualan kenderaan mereka. Jadi ini bukan penyelesaian masalah tetapi hanya akan menambahkan dan membuat harga jualan kenderaan kereta tersebut meningkat.
Kelakar betul lar si Rafizi ni, kalau AP tersebut ditenderkan dan dijual pada harga mencecah rm40,000 adakah ianya akan menurunkan harga kenderaan? Jawapannya tidak kerana jika harga AP mencecah rm40,000 sudah pasti syarikat2 yang terlibat akan naikkan harga jualan kenderaan mereka. Jadi ini bukan penyelesaian masalah tetapi hanya akan menambahkan dan membuat harga jualan kenderaan kereta tersebut meningkat. Menurut Presiden PEKEMA Dato Zainuddin, harga AP kini yang harus dibayar kepada pihak kerajaan adalah rm10,000 tidak termasuk cukai kenderaan. Maka cadangan budak hingus yang giler nak jadi Calon PRU13 Rafizi ni utk buat tender terbuka AP bukanlah penyelesaian masalah harga kenderaan, malah hanya akan membebankan penguna dan pembeli kerana bila harga AP meningkat rm40,000 sudah pasti ianya juga akan meningkatkan harga kenderaan. Cadangan tersebut hanya merugikan dan membebankan Rakyat, inikah dikatakan kerajaan kebajikan atau kerajaan berjanji? Lain kali kajilah dahulu statement sblom buat kenyataan yang hanya akan nampak kebodohan dirinya hanya kerana nak glamour cepat untuk jadi calon PRU13 nanti.
-SUMBER DARI ARMAND AZHA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar