Selasa, 14 Agustus 2012

KING KARPAL TERUS MENYINGA

DALAM PAPER SINAR EDISI UTARA HARI NI ANAK KEPADA BEKAS MENTERI KABINET YANG TELAH MENYERTAI DAP IAITU ZAIRIL MENYATAKAN BAHAWA DAP SEDIA BERMUZAKARAH DENGAN PAS BERKAITAN HUDUD....HARAKAH PUN MASUK MUKA DEPAN.....
TAPI APA JAWAPAN KING KARPAL SEJURUS SELEPAS ITU ???????? DI BAWAH.......
Hakim Negara, Tun Salleh Abas diminta memberikan ‘kuliah’ kepada pemimpin PAS mengenai isu negara Islam dan menjelaskan kepada mereka mengapa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini. Berita Harian melaporkan Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata Salleh sepatutnya memberikan penerangan itu kerana dia adalah individu yang mengeluarkan keputusan bersejarah pada 1988 bahawa Malaysia negara sekular. Katanya, perisytiharan Malaysia negara sekular oleh barisan lima hakim yang diketuai Salleh itu memutuskan negara ini ditadbir undang-undang sekular. “Ia jelas undang-undang sekular dan bukan undang-undang Islam diguna pakai di Malaysia. Kontroversi antara PAS dan DAP mengenai isu negara Islam sudah berlanjutan terlalu lama. “Saya harap demi kepentingan Pakatan Rakyat, pemimpin PAS berhenti daripada mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini. Saya hanya memberi maklum balas ke atas kenyataan mereka. Apa yang mereka perkatakan tidak boleh dibiarkan tanpa sebarang jawapan,” katanya, semalam. Karpal berkata, dia kesal kerana isu negara Islam dibangkitkan ketika ini dengan PAS terus mendakwa akan terus memperjuangkan agenda berkenaan. Katanya, kenyataan itu terus dikeluarkan walaupun Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menyatakan PAS tidak lagi memperjuangkan negara Islam, sebaliknya negara berkebajikan. “Pendirian yang diambil PAS bukan saja tidak mematuhi Perlembagaan, tetapi juga melanggar keputusan Mahkamah Agung yang diputuskan Salleh, yang kini ahli PAS,” katanya

Tidak ada komentar:

Posting Komentar