Sabtu, 04 Agustus 2012

POK NIK GOYANG TELOQ...RAKYAT TERABAI

KOTA BHARU – “Kalau khusus pasal masalah di Pasir Mas itu wallahu a’lam, kalau tempat tertentu itu tidak kerja saya, itu kerja pihak dan pegawai yang berkenaan yang jaga tempat itu bertanggungjawab.” Itu reaksi ‘biasa’ Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika ditanya mengenai krisis air yang melanda daerah Pasir Mas sejak kira-kira lima hari lalu selepas kuliah mingguannya di depan Pejabat Pas Kelantan di sini hari ini. Malah Nik Abdul Aziz juga tidak mahu ambil pusing mengenai ancaman saman yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali terhadap kerajaan Pas Kelantan dan Air Kelantan Sdn Bhd sekiranya masalah air masih belum selesai. “Itu dia punya pasal (saman), kita sudah ikhtiar habis- habisan untuk jaga air dan kita sekarang buat jawatankuasa khusus bagi tiap-tiap jajahan, ada jawatankusa masing-masing. “Ikhtiar kita habis-habisan, baki lagi mungkin kerana tidak cukup kakitangan, itu nanti kita tengoklah keadaan,” katanya, Daripada kenyataan ini amat jelas menunjukkan bahawa Nik Abdul Aziz tidak ambil peduli tentang masalah yang dihadapi oleh rakyat. Biarpun mempunyai pegawai dan kakitangan sewajarnya Musyidul Am Pas itu ambil tahu apa yang berlaku dan berusaha untuk mencari jalan yang terbaik untuk menyelesaikannya. Sekiranya perkembangan politik tanah air Nik Aziz boleh ambil tahu jadi apa salahnya masalah rakyat juga diambil tahu. Jangan terlalu sibuk berpolitik sehingga rakyat terus diabaikan. Memang benar fenomena alam adalah faktor penyebab krisis air di Pasir Mas tetapi sekiranyan Nik Aziz dan pegawai cekap mengurus, mereka boleh merancang lebih awal dan masalah ini sudah tentunya dapat diselesaikan. -SUMBER SEBUAH BLOG PRO KERAJAAN PEMERINTAH
SEBELUM INI MB BESAQ KEDAH DIRESAPI SINDROM 'SERBA TAK TAU' KINI BERJANGKIT PULA KEPADA POK NIK THE LEGEND DI KELANTAN. KPS PUN PELIK, SEMUA ORANG DOK BINCANG BENDA NI TAK KAN NIK AZIZ TAK TAU KOT? KA POK NIK SAJA BUAT TAK TAU. PEGH,,,,KALAU KITA SUSURI SIRAH ISLAM, ADA SATU KISAH. SAIDINA UMAR SUATU HARI MENYAMAR SEBAGAI ORANG KEBANYAKKAN UNTUK MENYAKSIKAN KEADAAN RAKYAT JELATA. DAN SAIDINA UMAR SAMPAI KE SEBUAH RUMAH ANG TERDAPAT SEORANG TUA. SAIDINA UMAR BERTANYA HALNYA KEPADA ORANG TUA TERSEBUT. WANITA TUA TERSEBUT MEMAKLUMKAN DIA TIDAK ADA MAKANAN. SAIDINA UMAR BERKATA MUNGKIN KHALIFAH TIDAK TAHU MASALAH IBU, SEBAB TERLALU JAUH DARI PUSAT PEMERINTAHAN. WANITA TUA TERSEBUT BERKATA, DIA KHALIFAH KENAPA DIA TIDAK TAHU, BUKANKAH ALLAH SUDAH MENGAMANAHKAN DIA AKAN HAL RAKYATNYA...MAKA SAIDINA UMAR PUN MENGANGKUT MAKANAN KE RUMAH WANITA TERSEBUT MALAM ITU JUGA. PERSOALANNYA KEPADA POK NIK....AWAT POK NIK SERBA TAK TAU, KALAU DAH TAK LARAT PENCEN LA. BUKAN KPS NAK PERLEKEH, DALAM PAS KELANTAN BERLUNGGOK LAGI YANG LAYAK GANTI POK NIK. GAMAK NAK LAGI BAIK, BAGI UMNO GANTI PAS DI KELANTAN.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar