SHAH ALAM - Pindaan perlembagaan kepada Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang tindakan melompat parti perlu diperhalusi dan dikaji dengan lebih komprehensif untuk kepentingan semua pihak. Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron berkata, jika mengambil kira sembilan wakil rakyat PKR yang meninggalkan parti itu, ia bukan melompat parti, tetapi mereka menubuhkan satu badan bebas lain kerana tidak berpuas hati dengan pimpinan tertinggi. "Ketika ramai ahli parlimen pembangkang yang meninggalkan parti, kebanyakan dari mereka tidak masuk Umno atau parti komponen Barisan Nasional (BN), tetapi mereka mewujudkan entiti lain. "Berkemungkinan akta ini boleh dipertimbangkan sekiranya ia memberikan faedah kepada semua pihak," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Mengulas cadangan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh yang mahu akta itu dipinda secepat mungkin kerana isu lompat parti sudah terkena batang hidung sendiri. "Karpal memang seorang yang tidak konsisten kerana sentiasa mengeluarkan kenyataan yang menyebelahi kepentingan pembangkang, peribadi dan keluarganya, termasuklah ketika bercakap tentang hukum hudud dengan pandangan yang keterlaluan sehingga menghina agama lain demi kepuasan diri sendiri. Saya sudah tidak yakin kepada apa yang diusulnya," katanya. Sebelum ini, Karpal mahu BN meminda ke atas Artikel 10(1) Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang tindakan melompat parti yang membabitkan wakil rakyat dan berjanji Pakatan Rakyat (PR) akan memberi sokongan kepada Kerajaan Pusat. Beliau turut meminta pimpinan BN untuk mempertimbangkan langkah alternatif kepada keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang membawa usul berkenaan pada sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) November ini. Dimana, Kerajaan Negeri (Pulau Pinang) boleh membawa perkara ini kepada Mahkamah Persekutuan, sebagai pengganti kepada Mahkamah Agung dan mahkamah tertinggi di negara ini, untuk menyemak semula deklarasi 1992 dalam kes Nordin Salleh. Sementara itu, seorang lagi Ahli Majlis Tertinggi Umno, Khairy Jamaluddin berkata, beliau bersetuju meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menghalang tindakan melompat parti sekali gus meminta ia dapat digubal sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13). Ahli Parlimen Rembau itu berkata, cadangan tersebut perlu diusulkan pada sesi parlimen yang akan datang. "Kalau ada wakil rakyat yang nak lompat, dia perlu letak jawatan dahulu dan pilihanraya kecil perlu diadakan. "Calon yang dipilih mestilah atas kehendak diri sendiri dan juga parti yang mereka wakili. Jadi, ia tidak adil untuk mereka memecahkan amanah pengundi yang memilih mereka berdasarkan parti," katanya. Beliau berharap, undang-undang ini boleh menjadi realiti. Menurutnya, beliau berasa risau sekiranya tiada undang-undang atau akta seperti ini, berkemungkinan rakyat akan menyaksikan sekali lagi usaha pihak tertentu untuk mengulangi rancangan 16 September 2008 lalu di mana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu wakil rakyat melompat parti sekaligus menumbangkan kerajaan.~SH
Sabtu, 25 Agustus 2012
PELAMIN ANGAN PAK NUAR BERKECAI
PEGHRRRR....1POLITIK. INILAH DIKATAKAN 1 POLITIK BILA TIDAK KIRA DARI KEM PEMBANGKANG ATAU KERAJAAN BERSATU UNUK MENEMPELAK PAK NUAR DALAM PROJEK 16 SEPTEMBER BELIAU....TAPI YANG PALING MERASAKAN KESAN PASTINYA SAIFUDDIN NASUTION IAITU IKON KATAK SEMALAYSIA ANTARA YANG PALING HEBAT LOMPATAN POLITIKNYA.....
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar