Selasa, 21 Agustus 2012

MCA KEDAH SOKONG HUDUD KARPAL TERUS HINA HUDUD

ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu. Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam. "Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam. Itt Chew berkata, dalam keadaan sekarang, Pas yang memperjuangkan pelaksanaan hudud sejak penubuhannya, harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu berterusan menolak hudud. "Pas mesti buat keputusan yang lebih baik dengan meninggalkan PR. Selagi bersama PR, Pas tidak akan berjaya melaksanakan hudud," katanya. Dalam situasi begini, kata Itt Chew, Pas harus menyertai Umno dan BN untuk membina sebuah negara Islam yang lengkap. "MCA Kedah akan setuju jika Pas ingin menjalin kerjasama dengan Umno untuk meneruskan perjuangan Pas. Pas harus menerima setiap polisi yang ditetapkan parti dan tidak meletakkan sebarang syarat. "Saya melihat gabungan Umno dan Pas adalah satu tindakan yang baik demi masa depan rakyat dan negara," katanya. Beberapa hari lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh melaksanakan hudud jika Pas sedia bergandingan dengan parti itu untuk membangunkan sebuah negara Islam. Menurutnya, Umno amat mengalu-alukan kerjasama Pas jika ia berpisah dari PR. "Pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam," katanya. Sebelum itu, anggota Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa menyatakan sudah sampai masa bagi parti itu menimbang kedudukannya dalam PR berikutan penolakan berterusan oleh DAP terutama pengerusinya, Karpal Singh terhadap undang-undang hudud
KENYATAAN PENGERUSI MCA KEDAH DALAM SINAR HARIAN EDISI UTARA HARI INI MEMBUATKAN PENCERAMAH DAN PEMUKA-PEMUKA PAS MENJADI 'HISTERIA'.....PENGERUSI MCA KEDAH BUKAN SETAKAT MENYOKONG HUDUD MALAH MENASIHATI PAS SUPAYA MEFARAKAH(KELUAR) DARI PR DAN SERTAI UMNO JIKA BERHASRAT UNTUK MELAKSANAKAN HUDUD SERTA NEGARA ISLAM YANG TERBAIK DAN KUAT. INI SEKALIGUS MENOLAK DAKWAAN AHLI PAS SERTA PENCERAMAH-PENCERAMAH POLITIK MEREKA YANG BERLINDUNG DI SEBALIK NAMA TAZKIRAH DI MASJID-MASJID DAN SURAU-SURAU BAHAWA MCA TOLAK HUDUD DAP SOKONG HUDUD. BEBERAPA HARI LEPAS JUGA TUN M MEMINTA PAS SERTAI UMNO JIKA BERHASRAT MELAKSANAKAN HUDUD TANPA SYARAT.
SEBALIKNYA DAP MELALUI KENYATAAN KARPAL SINGH MENYATAKAN BELIAU BUKAN ANTI ISLAM TETAPI CUMA ANTI HUDUD. MALAH KARPAL SECARA SINIS MENYATAKAN BAHAWA HUDUD TIDAK BOLEH SELESAIKAN MASALAH JENAYAH SEPERTI ROGOL. INI KERANA KARPAL MENYATAKAN BAHAWA UNTUK JENAYAH ROGOL MEMERLUKAN 4 ORANG SAKSI DAN AGAK MUSTAHIL UNTUK MENGEMUKAKAN 4 ORANG SAKSI DAN PENJENAYAH MUDAH TERLEPAS. APA KOMEN PAS MENGENAI PERKARA INI MASIH BELUM DIKETAHUI...SEBALIKNYA MENDEDAHKAN BAHAWA PAS MENIPU BAHAWA DAP MENERIMA HUDUD SEPERTI MANA DALAM CERAMAH MEREKA......
KPS SOKONG PENDAPAT PENGERUSI MCA KEDAH TETAPI HANYA UNTUK ISLAM ITU RALAT. SEMASA ZAMAN RASULULLAH IANYA UNTUK SEMUA RAKYAT. DAN ITU YANG SEPATUTNYA. UNTUK SI KARPAL PULA, AKIBAT TERLALU DILALIKAN DAN DIKELIRUKAN OLEH PAS MAKA DAP TERUTAMA KARPAL SINGH TIDAK TAHU HAKIKAT KESUCIAN ISLAM YANG RELEVAN SEPANJANG ZAMAN. SEPERTI MANA KENYATAAN HAJI HADI MENGENAI 4 ORANG SAKSI ITU ADALAH YANG DINYATAKAN. TETAPI DALAM SEJARAH PELAKSANAAN PERLU DIGUNAKAN PENGAKUAN SI PELAKU SENDIRI UNTUK DIJATUHKAN HUKUMAN. MALAH DALAM AL-QURAN KES NABI YUSOF DAN ZULAIKHA JUGA DISELESAIKAN OLEH BUKAN 4 ORANG SAKSI SEBALIKNYA OLEH KOYAKKAN BAJU DI DEPAN ATAU DI BELAKANG. INI MEMBUKTIKAN ISLAM ITU MUDAH DAN PRAKTIKAL SEPANJANG ZAMAN. MAKA UNTUK PENGETAHUAN KARPAL SINGH, KAEDAH DNA PUN DIBOLEHKAN DALAM ISLAM.........

Tidak ada komentar:

Posting Komentar