Tampilkan postingan dengan label MCA. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label MCA. Tampilkan semua postingan

Kamis, 25 Oktober 2012

KARPAL ISTIHAR PERANG, TAPI MCA CUMA KELIRU....DAP MEMANG SUNDAL

KALAU KARPAL KATA NAK LAKSANA ISLAM LANGKAH MAYAT DIA DULU YANG BERMAKNA DIA MENGISTIHARKAN PERANG DARAH DENGAN UMAT ISLAM TAPI MCA CAKAP SEPERTI DI ATAS.....

Selasa, 21 Agustus 2012

MCA KEDAH SOKONG HUDUD KARPAL TERUS HINA HUDUD

ALOR SETAR - Ini sesuatu yang amat mengejutkan. Di sebalik kelantangan pucuk pimpinannya membantah sebarang cadangan untuk melaksanakan hudud di negara ini, MCA Kedah tiba-tiba sahaja membuat kenyataan yang menongkah arus - bersetuju - dengan undang-undang Islam itu. Pengerusinya, Datuk Chong Itt Chew berkata, rasionalnya mudah, hudud tidak melibatkan orang bukan Islam. "Sekiranya pelaksanaan undang-undang itu (hudud) membawa kebaikan kepada rakyat dan negara, ia tidak akan jadi masalah termasuk kepada orang bukan Islam. DAP juga tidak patut membantah," katanya di sini, semalam. Itt Chew berkata, dalam keadaan sekarang, Pas yang memperjuangkan pelaksanaan hudud sejak penubuhannya, harus menimbang semula kedudukannya dalam Pakatan Rakyat (PR) apabila DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu berterusan menolak hudud. "Pas mesti buat keputusan yang lebih baik dengan meninggalkan PR. Selagi bersama PR, Pas tidak akan berjaya melaksanakan hudud," katanya. Dalam situasi begini, kata Itt Chew, Pas harus menyertai Umno dan BN untuk membina sebuah negara Islam yang lengkap. "MCA Kedah akan setuju jika Pas ingin menjalin kerjasama dengan Umno untuk meneruskan perjuangan Pas. Pas harus menerima setiap polisi yang ditetapkan parti dan tidak meletakkan sebarang syarat. "Saya melihat gabungan Umno dan Pas adalah satu tindakan yang baik demi masa depan rakyat dan negara," katanya. Beberapa hari lalu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno boleh melaksanakan hudud jika Pas sedia bergandingan dengan parti itu untuk membangunkan sebuah negara Islam. Menurutnya, Umno amat mengalu-alukan kerjasama Pas jika ia berpisah dari PR. "Pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam," katanya. Sebelum itu, anggota Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa menyatakan sudah sampai masa bagi parti itu menimbang kedudukannya dalam PR berikutan penolakan berterusan oleh DAP terutama pengerusinya, Karpal Singh terhadap undang-undang hudud
KENYATAAN PENGERUSI MCA KEDAH DALAM SINAR HARIAN EDISI UTARA HARI INI MEMBUATKAN PENCERAMAH DAN PEMUKA-PEMUKA PAS MENJADI 'HISTERIA'.....PENGERUSI MCA KEDAH BUKAN SETAKAT MENYOKONG HUDUD MALAH MENASIHATI PAS SUPAYA MEFARAKAH(KELUAR) DARI PR DAN SERTAI UMNO JIKA BERHASRAT UNTUK MELAKSANAKAN HUDUD SERTA NEGARA ISLAM YANG TERBAIK DAN KUAT. INI SEKALIGUS MENOLAK DAKWAAN AHLI PAS SERTA PENCERAMAH-PENCERAMAH POLITIK MEREKA YANG BERLINDUNG DI SEBALIK NAMA TAZKIRAH DI MASJID-MASJID DAN SURAU-SURAU BAHAWA MCA TOLAK HUDUD DAP SOKONG HUDUD. BEBERAPA HARI LEPAS JUGA TUN M MEMINTA PAS SERTAI UMNO JIKA BERHASRAT MELAKSANAKAN HUDUD TANPA SYARAT.
SEBALIKNYA DAP MELALUI KENYATAAN KARPAL SINGH MENYATAKAN BELIAU BUKAN ANTI ISLAM TETAPI CUMA ANTI HUDUD. MALAH KARPAL SECARA SINIS MENYATAKAN BAHAWA HUDUD TIDAK BOLEH SELESAIKAN MASALAH JENAYAH SEPERTI ROGOL. INI KERANA KARPAL MENYATAKAN BAHAWA UNTUK JENAYAH ROGOL MEMERLUKAN 4 ORANG SAKSI DAN AGAK MUSTAHIL UNTUK MENGEMUKAKAN 4 ORANG SAKSI DAN PENJENAYAH MUDAH TERLEPAS. APA KOMEN PAS MENGENAI PERKARA INI MASIH BELUM DIKETAHUI...SEBALIKNYA MENDEDAHKAN BAHAWA PAS MENIPU BAHAWA DAP MENERIMA HUDUD SEPERTI MANA DALAM CERAMAH MEREKA......
KPS SOKONG PENDAPAT PENGERUSI MCA KEDAH TETAPI HANYA UNTUK ISLAM ITU RALAT. SEMASA ZAMAN RASULULLAH IANYA UNTUK SEMUA RAKYAT. DAN ITU YANG SEPATUTNYA. UNTUK SI KARPAL PULA, AKIBAT TERLALU DILALIKAN DAN DIKELIRUKAN OLEH PAS MAKA DAP TERUTAMA KARPAL SINGH TIDAK TAHU HAKIKAT KESUCIAN ISLAM YANG RELEVAN SEPANJANG ZAMAN. SEPERTI MANA KENYATAAN HAJI HADI MENGENAI 4 ORANG SAKSI ITU ADALAH YANG DINYATAKAN. TETAPI DALAM SEJARAH PELAKSANAAN PERLU DIGUNAKAN PENGAKUAN SI PELAKU SENDIRI UNTUK DIJATUHKAN HUKUMAN. MALAH DALAM AL-QURAN KES NABI YUSOF DAN ZULAIKHA JUGA DISELESAIKAN OLEH BUKAN 4 ORANG SAKSI SEBALIKNYA OLEH KOYAKKAN BAJU DI DEPAN ATAU DI BELAKANG. INI MEMBUKTIKAN ISLAM ITU MUDAH DAN PRAKTIKAL SEPANJANG ZAMAN. MAKA UNTUK PENGETAHUAN KARPAL SINGH, KAEDAH DNA PUN DIBOLEHKAN DALAM ISLAM.........

Rabu, 15 Februari 2012

KEBENARAN MENYEBELAHI PERKASA DAN IBRAHIM ALI....ULTRA KIASU TERKULAI LAYU



AKHIRNYA IBRAHIM ALI DAN PERKASA TEMUI KEBENARAN SEJATI....Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah PELANGKUNG SI RASIS ULTRA KIASU...JOM BACA


(Sinar Harian 13 Feb 2012)

Tahun Baru Cina yang telah berakhir minggu lalu, mungkin telah meninggalkan ‘kenangan pahit’ buat pertubuhan Perkasa pimpinan Dato’ Ibrahim Ali. Niat murni mereka mengadakan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina telah dipertikaikan dan dipolitikkan. Isu warna paket wang yang diistilah sebagai angpau putih atau lebih tepat disebut, pekkim (paket putih) yang diedarkan ketika mengadakan Rumah Terbuka tersebut, diperbesarkan segelintir orang hina sehingga menjadi masalah negara. Wal hal sebenarnya isu ini amatlah kecil. Tindakan yang jika disengajakan pun, saya tidak nampak di manakah salahnya? Isu hanya berligar di sekitar warna.

Sedangkan niat murni mereka mengadakan majlis tersebut dan niat bersedekah, memberikan wang menggunakan ‘angpau putih’ tersebut angsung tidak dihargai. Saya masih tercari-cari di manakah angpau putih yang dimaksudkan itu, kerana ia tidak wujud dalam erti kata sebenar? Angpau bermakna paket merah, manakala pekpau (pekkim) adalah paket putih, jika digabung dua istilah ini sebagaimana yang dipolitikkan bermakna angpau putih, iaitu paket merah putih. Di manakah paket itu sebenarnya? Rata-rata yang diedarkan adalah paket putih, tidak ada paket merah putih.

Bagi saya yang memahami bahasa Cina, isu ini amat meloyakan dan saya hanya ketawa beruk membacanya. Apa yang jelas, Perkasa sudah terperangkap dalam permainan politik licik ultra kiasu, melalui permohonan maaf terpaksa dilakukan. Saya harap Perkasa lebih berhati-hati pada masa hadapan. Jangan terlalu cepat melatah. Apapun saya tabik kepada Perkasa, sekalipun tidak bersalah tetapi masih memohon maaf. Ini kerja mulia dan budaya yang saya sanjungi.

Bukan seperti ultra kiasu, sah-sah melakukan kesalahan menyinggung dan menghina agama Islam dan raja-raja Melayu, tetapi langsung tidak mahu meminta maaf, malah bongkak dan sombong. Sudahlah begitu, ada yang tidak segan silu meminta anugerah ini dan itu, serta darjah kebesaran dari raja-raja Melayu.

Putih tidaklah melambangkan kesedihan dalam konteks sebenarnya. Jika begitulah keadaan, sudah tentu majlis perkahwinan orang Cina penuh dengan pakaian warna merah, terutama pengantinnya seperti zaman dahulu. Persoalan saya, kenapa sekarang pengantin Cina tidak berpakaian merah ketika hari yang amat bermakna itu? Boleh dikatakan semua pengantin Cina memakai pakaian putih (gaun perempuan) dan hitam (blazer lelaki). Tidakkah itu pakaian berkabung? Kenapa tidak dipertikaikan? Jawapannya mudah, apabila sesuatu itu datang dari barat atau yang melakukannya adalah orang barat, semuanya dianggap baik belaka, walaupun bertentangan dengan budaya sendiri. Tetapi apabila tiba orang Melayu yang melakukannya, bertentangan sedikit dengan cara hidup mereka, semuanya sensitif dan mula diperbesar-besarkan. Politik kurang ajar apakah ini? Kaduk sudah naik junjung, kita terlampau memberi muka kerana undi dan pilihan raya.

Sebagai seorang yang biasa dengan budaya Melayu, sepanjang pengetahuan saya, orang Melayu hanya tahu adat budaya Cina yang bersifat umum sahaja. Misalnya warna merah sebagai tanda kegembiraan. Maka sesuai dipakai ketika Tahun Baru Cina dan tidak sesuai menghadiri upacara kematian. Manakala, warna putih pula adalah warna yang universal, boleh masuk dalam semua majlis. Setakat itulah yang saya boleh baca dalam pemikiran Ibrahim Ali. Putih itu bersih, indah dan menawan. Manalah tahu tiba-tiba dipolitikkan.

Lagipun jika berlakupun kejahilan dalam memahami cara hidup bangsa lain, itu adalah perkara biasa. Adalah tidak menghairankan jika orang Melayu tidak dapat memahami sepenuhnya budaya bangsa minoriti, berbanding dengan bangsa minoriti yang sepatutnya memahami budaya bangsa majoriti, kerana adalah perkara biasa jika budaya majoriti lebih tertonjol berbanding minoriti.

Saya yakin masih ramai di luar sana yang tidak memahami budaya Melayu atau Islam. Misalnya, datang ke rumah orang Islam, menghadiri upacara kematian dan masuk masjid dengan pakaian menjolok mata, seluar dan skirt pendek yang menggiurkan. Tetapi umat Islam tidak bising kerana mereka mengakui dan menginsafi kejahilan orang lain. Memaafkan mereka adalah kerja mulia. Kalau adapun kes-kes yang berlaku, tidaklah diperbesarkan sehingga menjadi masalah negara. Inilah sikap orang Melayu yang saya puji yang sukar untuk dicari dalam bangsa lain.

Jika paket putih itu yang menjadi masalah, sepatutnya orang Cina yang hadir itulah bising. Mungkin sampai ke peringkat memulangkan semula wang dalam paket putih tersebut. Ini tidak, paket putih tetap diambil, sebab yang penting dan berharga bukan paket tersebut tetapi wang yang terkandung. Lagipun paket putih yang paling murah harganya berbanding paket berwarna. Persoalan saya, apakah mungkin timbul isu jika paket tersebut berwarna hijau? Warna hijau juga dikaitkan dengan kesedihan dalam budaya Cina?

Menurut feng shui, sebenarnya warna putih itu melambangkan kemuliaan, kesucian dan kebersihan. Putih selalu dikaitkan dengan logam dan warna keemasan. Justeru, saya amat pelik, kenapa ultra kiasu, termasuk MCA pun turut terikut-ikut rentak ultra kiasu menyerang Ibrahim Ali. Jika mereka manusia berperasaan, sepatutnya mereka memuji Perkasa yang selama ini menunjukkan sikap seolah-olah ‘anti Cina’, walau hakikat sebenarnya tidak. Hanya kerana warna paket wang, maka Perkasa dijadikan objek cacian dan makian. Adakah pemikiran pandir ultra kiasu ini wajar?

Hina sungguh politik pembangkang dan ultra kiasu hari ini. Kalau ya pun hendak menguasai Putrajaya, berpolitiklah secara gentlemen, bukannya menjadi pondan. Parti PAS pun sama, turut menempelak Perkasa. PAS hari ini sudah begitu jauh berubah berbanding dahulu. PAS nampak begitu fleksibel dan terbuka. Dahulu, segala apa yang berkaitan dengan budaya Cina, PAS begitu elergi dan amat berhati-hati. Hari ini, bukan sahaja mereka gemar dan suka dengan tarian singa, naga dan angpau, kalau boleh dengan singa-singa dan naga-naga itu mahu dibawa tidur. Janganlah terlalu over dalam isu-isu sebegini. Tidak semua perayaan atau perkara yang dipraktikkan oleh orang Cina ketika Tahun Baru Cina itu bersifat budaya.

Ada juga perkara yang dikaitkan dengan agama. Berhati-hatilah dengan simbol dan objek tertentu kerana ia ada kaitannya dengan unsur penyembahan. Sebagai orang Cina, saya pun menyambut tahun baru Cina, tetapi saya menjaga batas-batasnya. Ini tidak, saya lihat pemimpin ultra kiasu beragama Islam pun begitu ghairah menyambutnya.

Saya tidak bercadang membela Perkasa, tetapi mengambil sikap bersangka baik daripada bermain politik jijik dan kotor. Warna tidak melambangkan apa-apa. Putih, hitam, merah, hijau, biru dan lain-lain, semua datangnya dari Allah. Adalah salah jika kita kaitkan warna dengan identiti seseorang. Warna putih dan hijau tidak semestinya bersih, jika hati hitam legam.

Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia


http://ridhuantee.blogspot.com/2012/02/politik-warna-angpau-yang-menjijikkan.html

Kamis, 29 Desember 2011

KRISIS MCA ,,,,APA PENDAPAT BN?????




SUMBER: MALAYSIAKINI....

Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Eng berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.

Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.

Senin, 05 Desember 2011

LELAKI SEKS ANCAMAN KEPADA BARISAN NASIONAL ??????????


KALAU ADA CINA VERSI ANWAR IBRAHIM, SOI LEK LAYAK MENYANDANG GELARAN TERSEBUT. SOI LEK SAMA SEPERTI PAK NUAR IAITU KANTOI DALAM AKSI RANJANG MEREKA. CUMA BEZANYA SOI LEK MENAGKU AKAN PERBUATAN BELIAU.

KPS BUKAN HENDAK BERCERITA MENGENAI SOI LEK DAN AKSI LUCAH BELIAU. KPS INGIN MEMBERI SEDIKIT IDEA AGAR BN BERHATI HATI DENGAN MALAUM SEKOQ NI. SOI LEK SELALU SENADA DAN SEIRAMA DENGAN KENYATAAN DAP LAKNATULLAH TERUTAMA DALAM SOAL HUDUD. APAKAH KEPENTINGAN SOI LEK DALAM PERKARA INI. DENGAQ HABAQ SOI LEK INTIN DENGAN DAP. DARI AWAL LAGI KPS HARAP TIONG LAI MAMPU UNTUK MERAMPAS KUASA DAN MENAMATKAN RIWAYAT POLITIK SOI LEK. SOI LEK BANYAK MENDATANGKAN LIABI;ITI KEPADA BARISAN NASIONAL. SOI LEK KALAU MASUK DAP PON BARISAN NASIONAL TAK RUGI SESEN PON.

APAKAH SOI LEK AKAN SEBERANG KE PEMBANGKANG KALAU DIA BERTANDING DAN MENANG DALAM PRU-13???? INI ADA KEBARANGKALIAN. JADI KPS HARAP AGAR KITA BERHATI-HATI DENGAN SOI LEK. INILAH PENGHANCUR BARISAN NASIONAL YANG SEBENAR...BUKAN PEMBANGKANG YANG SEMAIKIN LEMAH SEKARANG....

Forum Hudud Ustaz Fathul Bari Bersama MCA PADA 4-12-2011 DARI SUMBER BLOG ABU AQIF STUDIO

dari blog abu aqif studio....








04/12/2011 - Forum Hudud Ustaz Fathul Bari Bersama MCA


Event: Hudud & Its Implications On Non-Muslim In Malaysia
Location: Wisma MCA
Date: 04/12/2011 - 9:00
Organised by: Institute of Strategic Analysis and Policy Research (INSAP)
Moderator: Mr. Lim Chee Wee, President of the Malaysian Bar Council



Panelists:
1. Professor Dr Chandra Muzaffar
President, International Movement for a Just World (JUST)

2. Mr. Edmund Bon
Lawyer and Campaigner, Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR)

3. Ustaz Hj Mohd Kamal Saidin
Religious Adviser to Menteri Besar of Terengganu

4. Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya
Chairman, Jawatankuasa Kerja Ulama Muda UMNO (ILMU)

Rabu, 23 November 2011

VIDEO ORANG MUDA YANG MEMBUAT PR GOYANG GERUDI KETAKUTAN



KEPADA PEMBANGKANG YANG MASIH MERASA MEGAH KONONNYA ORANG MUDA MEMIHAK MEREKA KPS SARANKAN TENGOK VIDEO DI ATAS. PADA KPS, KALAU DITANYA APAKAH ORANG MUDA MAJORITI MENYOKONG PARTI POLITIK JAWAPAN IKHLAS KPS IALAH ORANG MUDA TIDAK MINAT POLITIK. MEREKA APABILA DITANYA HAL POLITIK AKAN BERKATA SESIAPA PERINTAH PON DEPA SAMA SAJA. TETAPI KALAU DITANYA 'SIDE' MANA PARTI SIASAH YANG MENDAPAT SOKONGAN PADU ORANG MUDA TANPA RAGU-RAGU KPS AKAN BERKATA UMNO/BN. APA YANG MENJADI RUJUKKAN KPS.

1) DARI SEGI KEBANGKITAN FACEBOOKER DAN BLOGER YANG MESRA KERAJAAN PEMERINTAH. MEREKA INI DIKALANGAN ORANG MUDA. SIAPA DAPAT MENYANGKAL HAKIKAT INI. TAPI KALAU PR HUJAHKAN MAHASISWA MENYOKONG MEREKA DENGAN MEMBERI CONTOH DI JALANAN, SOALAN KPS KEPADA MEREKA....TARAF JALANAN SAHAJAKAH POLITIK PEMBANGKANG ? KALAU DIHUJAHKAN BAHAWA MAHASISWA MENYEBELAHI MEREKA...KPS INGIN BERTANYA, MANA LEBIH RAMAI ANTARA MAHASISWA YANG SYIRIK MEMEGANG LILIN ATAU YANG TIDAK MEMEGANG LILIN ?

2) PEMERHATIAN DALAM BEBERAPA PRU TERAKHIR. KEMENANGAN BN DALAM BEBERAPA PRU TERAKHIR ADALAH DARI UNDI ORANG MUDA. PR HANYA MENGGUNAKAN NAMA ORANG MUDA, HAKIKATNYA KALAU BETUL PR UNTUK ORANG MUDA, KENAPA PEMIMPINNYA SUDAH BERKARAT. PAS DENGAN POK NIKNYA. POK NIK PON JAWATAN MUSYIDUL AM PAS BUKAN PERTANDINGAN SETAKAT LANTIKKAN SAJA. DAP....DINASTI LIM BERAKAR UMBI DALAM PARTI TERSEBUT. LIM KIT SIANG BERMULA DARI PAP SEHINGGALAH DAP DAN BELUM MENUNJUKKAN BAHAWA BELIAU MAHU BLAH DARI DUNIA POLITIK. PKR PULA MACAM MANA ? MEMANG INI JUGA PARTI ANAK BERANAK. TAPI TIDAK TERLALU VETEREN SANGATKAH PAK NUAR UNTUK MENJAWAT JAWATAN PM PADA PRU-13 INI. MEMANGLAH 70 TAHUN KALAU MASIH BERTENAGA TIDAK SALAH, TAPI PAK NUAR SENDIRI MENGAKU SAKIT BELAKANG. KALAU SAKIT BELAKANG SAJA TUDAK MENGAPA, TETAPI TURUT MAIN BELAKANG DAN INGIN MENJADI PM MENGIKUT JALAN BELAKANG. JADI APAKAH INI YANG ORANG MUDA MAHUKAN ????

KPS: ANDA SENDIRI NILAIKAN. VIDEO DI AAS MEMBUATKAN PR SEDIKIT GOYANG. AYUH, UMNO/BN ANDA BOLEH RUNTUHKAN TERUS EGO PR SEPERTI MANA HARIMAU MUDA MELANYAP EGO LASKAR GARUDA....

Selasa, 22 November 2011

MENGALAH UNTUK MENANG......APAKAH MCA BERJIWA BESAR ???




PADA HEMAT KPS, ADALAH PERLU MCA BERJIWA BESAR DENGAN MENYERAHKAN KERUSI PARLIMEN WANGSA MAJU KEPADA UMNO. INI BUKAN SOAL RAMPAS ATAU TIDAK TETAPI KEADAAN MENGKEHENDAKI BEGITU. PERSOALANNYA KINI, APAKAH MCA BERJIWA BESAR SEPERTI MIC....KITA NANTIKAN KESUDAHANNYA...



MIC sedia tukar kerusi dengan komponen BN

Parti komponen Barisan Nasional (BN) belum mengadakan perbincangan mengenai pengagihan kerusi untuk pilihan raya umum akan datang, namun MIC telah menyatakan kesediaan untuk bertukar kerusi yang diperuntukkan kepada parti itu dengan parti komponen BN yang lain.

Setiausaha Agung MIC, S Murugesan berkata, sebarang pertukaran kerusi boleh dilaksanakan jika ada persefahaman dan persetujuan dari semua pihak yang berkepentingan.

"Kesediaan beberapa parti komponen BN seperti MIC dan MCA untuk bertukar kerusi menunjukkan sikap fleksibel mereka dan ini merupakan suatu berita yang positif,” katanya semasa ditemu ramah dalam Program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio24 di Kuala Lumpur, semalam.

Pada Pilihan Raya Umum ke-12, 2008, MIC diperuntukkan sembilan kerusi Parlimen dan 19 kerusi kawasan Dewan Undangan Negeri dan telah menang tiga kerusi Parlimen dan tujuh kerusi negeri.

- Bernama

Kamis, 10 November 2011

PERTEMBUNGAN MCA DAN DAPig.........BAGAIMANA KESUDAHAN ?

KUNG FU MCA VS DAP


KUALA LUMPUR 9 Nov. - Setiausaha Kehormat MCA Selangor, Wong Koon Mun hari ini mencabar DAP melaksanakan pengurangan jumlah penjawat awam di Pulau Pinang terlebih dahulu bagi melihat keberkesanannya.

Koon Mun memberitahu, pelaksanaan tersebut perlu dilakukan di negeri-negeri yang mereka tadbir untuk membuktikan bahawa mereka tidak menipu rakyat.

"Pengurangan ini perlu dilakukan di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan bagi melihat keberkesanannya, namun sehingga kini tiada tindakan yang diambil oleh mereka.

"Oleh itu, saya mencabar mereka untuk laksanakan di negeri-negeri yang mereka kuasai dan bukan terus mengelirukan rakyat dengan janji kosong mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas cadangan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua yang parti itu akan mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya memerintah negara.

Menurut Koon Mun, hasrat Tony Pua turut ditolak oleh Pas kerana tiada perbincangan mengenai pengurangan penjawat awam di kalangan pakatan pembangkang dan ini hanyalah pandangan peribadi beliau sendiri.

"Tony Pua pernah berkata Selangor akan mendapat hak ke atas Lebuh Raya Damansara-Puchong bagi meringankan beban rakyat, namun tahun demi tahun tiada apa yang dilakukan.

"Beliau yakinkan rakyat dengan fakta yang salah dengan tujuan untuk menipu rakyat dan sering kali menyalahkan kerajaan Persekutuan," katanya.