KENYATAAN DARI BLOG GELOMBANG RAKYAT....
Program Ceramah PAS di Bukit Katil, Melaka pada malam tadi dikejutkan dengan pengumuman bahawa Ketua Pembangkang DUN Melaka, GOH Leong San bakal dinobatkan jawatan Ketua Menteri (KM) Negeri jika Pakatan berjaya menawan Negeri Bersejarah itu. Pengumuman itu telah menyebabkan beberapa penyokong PAS tergamam seketika namun ada juga yang 'batu api' menyambut kenyataan tersebut dengan laungan Takbir. Goh yang juga merupakan ADUN DAP Kesidang merangkap Ketua Pembangkang DUN Melaka didakwa merupakan calon paling layak pada ketika ini kerana punyai potensi dan mampu membawa Melaka ke arah sebuah Negeri Berkebajikan. Turut serta di dalam ceramah terbabit adalah Mat Sabu dan Nizar Jamaluddin. Kedua2 nya turut menyokong tawaran hebat yang diberikan itu. Malah ianya salah satu pendekatan positif dalam meneruskan hubungan persahabatan parti itu bersama DAP. Namun beberapa Pemimpin PAS lain yang hadir tergamam seketika akan perlaksanaan Hukum Hudud yang diperjuangkan PAS Negeri jika berjaya menawan Melaka. Ini bukan persoalan rasis. Bukan rasis walaupun DAP parti yang menggunakan psychology untuk meneruskan misi rasis mereka. Anwar pernah mendakwa bahawa prinsip keadilan tetap dipelihara jika Pakatan menawan Kerajaan Negeri mahupun Pusat. Ianya termasuklah isu perlantikan KM mahupun MB bagi sesebuah Negeri bergantung kepada jumlah majoriti kepadatan Penduduk. Dan penduduk berbangsa Melayu di Negeri ini berjumlah lebih dari 50% manakala Cina sekadar 38%. Kelihatan misi DAP untuk menawan dan menjajah Negeri Melaka dan Johor semakin hampir mencapai sasaran setelah berjaya 'memujuk' beberapa Pemimpin PAS Negeri yang punyai pengaruh untuk meletakkan kuota jawatan KM kepada mereka. Buat masyarakat Negeri Melaka, adakah anda restu tawaran 'hebat' ini?
TETAPI BLOG PRO PEMBANGKANG MULA SPIN KONA MERATA SEPERTI DI BAWAH.....
DAP KM Melaka? BN bermain api
Kita minta Umno-BN menghentikan segera fitnah tersebut, kata pemimpin PAS negeri.
PAS Melaka mendakwa Umno-Barisan Nasional (BN) mula bermain api dan menyebarkan dakyah dengan mengatakan DAP akan menjadi Ketua Menteri Melaka jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13.
“Pemimpin Umno masuk ke kampung-kampung berkempen mengatakan DAP akan jadi Ketua Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah Melaka.
“Ini fitnah kerana Pakatan Rakyat tidak pernah memutuskan akan melantik pemimpin DAP sebagai Ketua Menteri Melaka selepas pilihan raya umum, kata Ketua Penerangan PAS Melaka, Kamaruddin Sidek.
Ujar beliau, “kita minta Umno jangan memainkan isu ini kerana ia sensitif, kita minta mereka menghentikan segera fitnah tersebut.”
Beliau berkata, BN membuat dakyah itu bagi menjauhkan pengundi Melayu menyokong Pakatan Rakyat.
“Fakta bahawa jika Pakatan menang majoriti di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka, wakil rakyat DAP menjadi Ketua Menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka.
Perang saraf
“Ini semua adalah perang saraf Umno-BN,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Melaka mempunyai 28 kerusi Dun dan ketika ini BN menguasai 23 kerusi manakala Pakatan Rakyat lima semuanya oleh DAP. Pakatan
Rakyat memerlukan sekurang-kurangnya 15 kerusi Dun untuk memerintah negeri Melaka.
Pada PRU 2008, DAP bertanding lapan kerusi, PAS 12 dan PKR tujuh kerusi.
Pengarah Pilihan Raya PKR Melaka, Mohamad Yusof Abdullah menegaskan tidak mungkin wakil rakyat DAP menjadi Ketua Menteri Melaka kerana mereka bukan majoriti di kalangan pembangkang.
“Majoriti kerusi adalah Melayu dan sekaligus bermakna Ketua Menteri merupakan orang Melayu walaupun Pakatan Rakyat yang memerintah,” katanya.
sumber...FMT
Read more: http://greenblacks.blogspot.com/2011/08/dap-ketua-menteri-melaka-baru.html#ixzz1cVtrTbdJ
WOI...PAS INGAT RAKYAT BUTA KA ??? TULI KA ?????
DI KEDAH PULAK PAS MENDAKWA AKAN BERKORBAN 3 KERUSI BAGI MENGELAKKAN MEREKA BERTEMBUNG SESAMA SENDIRI DARI PAKATAN. PAS SEMAKIN BACUL NAMPAKNYA...
-SUMBER MUKA DEPAN PAPER SINAR( EDISI UTARA)
PAS elok dikorbankan berbanding terkorban hehe..
BalasHapussalam perjuangan tuan,
saya dah link kan blog tuan dgn blog saya~
SALAM PERJUANGAN TUAN
BalasHapus