PAS MULA BERSUARA. YANG MENDAHULUI SENARAI IALAH PEMUDA PAS. KEMUDIAN NIK AZIZ DISAMPING MEREKA-MEREKA YANG LAIN. KPS BELUM DENGAQ HABAQ LAGI DARI ,MAT SABU. JELAS PAS BERMUFARAKAH DARI KHALIPAH JALANAN MEREKA...AMBIGA SI PEMURTAD UMAT.
TAPI.....KPS SEDIKIT KECEWA APABILA MENDAPAT TAHU PEMUDA PAS MEMBATALKAN DEMO MENENTANG SESUALITI MERDEKA. ADA MAKLUMAT MENYATAKAN, PEMUDA PAS MENDAPAT TEKANAN DARI PAS PUSAT. KALAU BEERSHIT 2.0 SUDAH DIHALANG POLIS TETAP DITERUSKAN, INIKAN PULA PROGRAM SONGSANG INI. SEMOGA PEMUDA PAS TETAP BUAT DEMO JUGAK. TAPI KPS DAPAT TAU DAP DAN PAK NUAR CUBA MAIN 'PLAYSAFE'... KPS BUKAN SAHAJA MEMBANTAH PERKARA INI(SEKSUALITI MERDEKA) TETAPI KPS JUGA MEMBANTAH AMBIGA. SYUKUR PAS BERSAMA KPS DALAM PERKARA INI. KPS TIDAK SEPERTI PAS MENGANGKAT AMBIGA SEBAGAI KHALIFAH DI JALANAN. TAPI MASIH ADA TITIK PERTEMUAN DALAM BEBERAPA PERKARA...ALHAMDULILLAH...
KUALA LUMPUR 3 Nov. – Dewan Muslimat Pas hari ini membantah sekeras-kerasnya Program Seksualiti Merdeka 2011 yang dianjurkan bagi mendapatkan hak kebebasan individu dalam isu pergaulan seksual di dalam negara.
Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Mohd Yusof berkata, program yang bertujuan untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini tidak patut diadakan.
"Walaupun kita mahukan kebebasan untuk berhimpun, perlu ada garis panduan yang tidak melampaui tabii di negara yang agama rasminya adalah agama Islam,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan gaya kehidupan Barat yang memperjuangkan hak kebebasan hubungan sama jenis.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mahu tindakan segera diambil oleh pihak bertanggungjawab dalam hal itu.
Program yang dianjurkan buat kali keempat itu berlangsung di Galeri Annexe, Pasar Seni bermula Selasa lepas sehingga 13 November ini dan dilaporkan akan dirasmikan oleh Penganjur Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan. – Bernama
Tidak ada komentar:
Posting Komentar