Selasa, 04 Oktober 2011

PAS 'MENTAKEDARAH' LAGI.....-REGIM KEDAH SENGSARA

DUIT PUSAT BAGI BUKAN SAHAJA DIGUNAKAN UNTUK KERETA BARU MB ZIZAN TAPI......DEPA 'KEDARAH' HABIS.. HANGPA PUAK PAS MAI JALAN KAT KUBANG ROTAN....BARU HAMPA TAU MACAM MANA....JALAN DI SOMALIA LEBIH ELOK DARI JALAN KUBANG ROTAN....





Kerajaan Pas Kedah anggap tiada isu guna wang peruntukan jalan

ALOR SETAR 3 Okt. - Kerajaan Pas negeri menganggap tindakannya menggunakan sebahagian peruntukan penyelenggaraan jalan raya bagi membayar gaji dan kos pentadbiran negeri tiada isu meskipun dituntut membuat penjelasan kepada rakyat.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi (gambar) berkata, isu berkenaan tidak berbangkit kerana kaedah kerajaan negeri membelanjakan peruntukan berkenaan adalah sama dengan dilakukan semasa Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah.

"Dulu pun kerajaan BN tak menghabiskan sepenuhnya peruntukan itu dan masih berbaki. Jadi tiada isu yang berbangkit, UMNO sengaja nak buat isu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas desakan agar kerajaan negeri memberi penjelasan kepada rakyat Kedah mengenai tindakannya menggunakan sebahagian peruntukan penyelenggaraan jalan raya bagi membayar gaji dan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah semalam dilaporkan berkata, tindakan berkenaan jelas mengkhianati kepentingan rakyat yang berhak mendapat kemudahan jalan raya yang lebih selesa.

Isu penyelenggaraan jalan raya di negeri ini menjadi perhatian apabila ia dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini setelah kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM50 juta sahaja daripada peruntukan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM150 juta.

Ditanya bilakah projek membaik pulih jalan akan dilaksanakan kerana banyak rungutan diterima,

Phahrolrazi berkata, kerajaan negeri menyerahkan kuasa melantik kontraktor kepada jurutera daerah agar projek tersebut dapat dilakukan sebelum akhir tahun ini.

Katanya, agihan tender kontrak membaiki jalan negeri di bawah RM500,000 akan diuruskan oleh jurutera daerah memandangkan lantikan kontraktor belum dilakukan ekoran masalah teknikal.

KPS : HOI PAS.....PUSAT BAGI DUIT SURUH BUAT JALAN ELOK-ELOK, BUKAN SURUH TAMPUNG DENGAN BATU,,,BUKAN DENGAN TANAH....SONGLAP SAJA TAU

Tidak ada komentar:

Posting Komentar