Senin, 24 Oktober 2011

SMM MAU BIKIN ONAR????? WOI...MANA MARUAH HANG PA ?






Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang atas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) esok untuk mengadakan demonstrasi.

Rancangan berkenaan bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas pakar undang-undangnya, Professor Abdul Aziz Bari.
SMM juga akan menghantar satu memorandum kepada perdana menteri berhubung isu tersebut, esok, kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab (kanan sekali, duduk) lagi.

"Kita akan minta perdana menteri campur tangan untuk lepaskan Aziz Bari dari tindakan gantung tugas.

"(Kita minta perdana menteri) beri maklum balas terhadap isu ini dan supaya perdana menteri gesa kementerian pengajian tinggi bertegas dalam isu kebebasan akademik.

Ahmad Syukri juga berkata gabungan kumpulan pelajar itu turut merancang untuk membuat satu lagi perhimpunan berhubung isu sama pada November.

Demonstrasi berkenaan merupakan kemuncak kepada kempen "solidariti kebebasan akademik," katanya lagi.

"Kami bertegas dalam hal ini kerana tidak mustahil (penggantungan pensyarah) boleh berlaku di kampus lain," tambahnya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.



SI PENGERUSI SMM NI BUKAN BUDAK UIAM PON, DOK NAK MELINGKUP UIAM ADA LA. SRC(MPP UIAM) TAK BISING PON. SMM ORANG LUAQ. DOK HINGAQ BUAT APA. KPS BUKAN BUDAK UNIVERSITI TAPI KPS TAK BEBAL MACAM MAMAT SMM TU. HIDUNG TAK MACUNG, PERANGAI TAK TAHU MALU ADAB TAK ADA PULAK. BUDAK UIAM SENDIRI YANG BANTAH PUAK-PUAK NI. UIAM BUKAN NAK DEMO PON, PUAK SMM SAJA LEBIH SUDU DARI KUAH. SEDAQ DIRI LA WEI...MANA MARUAH DIRI SMM. DI MANA SMM MASA UNISEL DITEKAN REGIM KHALID IBRAHIM DI SELANGOR ?

1 komentar: