Senin, 24 Oktober 2011

PM NAJIB MULA BERSUARA......MEMUJI HIMPUNAN SEBAGAI JIHAD MEMPERTAHAN AKIDAH



PM NAJIB MEMUJI HIMPUNAN. PM TURUT MENEGASKAN BAHAWA PERHIMPUNAN DI STADIUM ADALAH LEBIH BAIK DAN TIDAK MENGGANGGU ORANG AWAM. PM NAJIB TURUT MEMBIDAS PEMIMPIN POLITIK ISLAM YANG MENGANGGAP HIMPUNAN MENCETUSKAN KETEGANGAN AGAMA. PERKEMBANGAN INI DISAMBUT BAIK OLEH PEMIMPIN PEMUDA PAS IAITU USTAZ NASRUDDIN NIK ABDUH.



Komen PM mengenai Himpunan Sejuta Umat...

Datuk Seri Najib Tun Razak memuji Himpunan Sejuta Umat yang berlangsung secara aman di dalam Stadium Shah Alam petang Sabtu tidak seperti demo Bersih yang kecoh di jalanan.

"Itulah apa yang saya maksudkan apabila saya tawarkan stadium untuk BERSIH 2.0 berhimpun," katanya ketika diminta mengulas mengenainya dalam sidang akhbar selepas majlis Himpunan Perdana bersama bekas dan pesara polis di PWTC,Kuala Lumpur.

Katanya semasa Himpunan Sejuta Umat tiada siapa yang diganggu,tertekan atau merasa tidak selamat.

Penganjur Bersih telah menolak untuk adakan demo mereka di stadium kerana menuntut nak gunakan juga Stadium Merdeka.

Kerajaan tidak benarkan stadium berkenaan digunakan kerana ia ada simbol sejarah negara sebaliknya meminta mereka adakan demo di dalam stadium lain termasuk Stadium Shah Alam.

Diminta mengulas mengenai isu Dr Aziz Bari ,beliau menjelaskan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa ((UIA) hanya digantung tugas sementara untuk siasatan dan bukan lagi digantung tugas atau dikenakan tindakan disiplin.

Katanya hal ini yang disalahfaham orang.

Beliau harap semua pihak jangan buat andian awal hal berkenaan.

Katanya siasatan itu untuk menentukan apa yang Dr Aziz maksudkan ( pada kenyataan yang didakwa kritik Sultan Selangor mengenai isu pemeriksaan JAIS keatas sebuah gereja di Petaling Jaya).

Menjawab isu blog mendakwa anak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng cabul seorang pelajar perempuan,Najib berkata beliau tidak tahu sangat fakta hal berkenaan.

Namun katanya kedua-dua pihak penyokong kerajaan dan pembangkang harus sama-sama elak dari libatkan isu keluarga untuk meraih kepentingan politik.

Katanya lebih baik tumpu kepada hal-hal dasar ,perbezaan pandangan politik dan kelemahan ahli politik sahaja.-23/10/2011


Tidak ada komentar:

Posting Komentar