Jumat, 21 Oktober 2011

KERANA PAK NUAR......PKR TERUS RUNTUH....PAK NUAR LIABILITI


APA LAGI PAK NUAR NAK MEROYAN SELEPAS NI. PAK NUAR LIABILITI DALAM PKR. DALAM PR(PEMURTAD RAKYAT) JUGA. MALAH KOYAKKAN PADA PKR SEKARANG INI MAJORITI ADALAH KERANA FAKTOR LIABILITI PAK NUAR....HANYA ORANG BEBAL SAHAJA BERSAMA PAK NUAR


21/10/2011 2:59am


MELAKA 20 Okt. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cawangan Bukit Piatu di sini lumpuh selepas ketuanya, Mohd. Said Abu dan 30 ahli mengisytiharkan keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan pembangkang.

Mohd. Said, 61, berkata, tindakannya dan ahli lain keluar PKR tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, sebaliknya ia dilakukannya dengan rela hati.

"Saya keluar daripada PKR kerana kecewa dengan pucuk pimpinan parti peringkat negeri dan Pusat yang sering memungkiri janji selain gagal memberi perhatian sewajarnya terhadap perjuangan ahli dari kawasan ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis yang berlangsung di sebuah pasar raya di Ayer Keroh di sini yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam semalam.

Menurut Mohd. Said, dia yakin lebih ramai ahli PKR dari cawangan itu yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bachang dan cawangan lain akan keluar daripada parti itu.

"Saya dan rakan-rakan akan kembali semula kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta akan memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan berbakti di bawah kepimpinan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam," katanya.

Sementara itu, Mohd. Ali menyambut baik langkah Mohd. Said dan penyokong lain untuk kembali bersama UMNO yang mempunyai matlamat jelas dalam membela nasib rakyat.

"Berjuang bersama pembangkang tidak membawa kita ke mana-mana, tidak seperti UMNO dan BN yang sentiasa mengutamakan rakyat," katanya. - Utusan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar