SEMAKIN MENJADI-JADI DI SELANGOR......APAKAH INI ALLAH NAK TUNJUKKAN APABILA PAKATAN PEMBANGKANG MEMERINTAH. DARI ISU KUIL, ARAK, PUSAT PELACURAN, PENCERAMAH TAK BERTAULIAH HINGGALAH YANG TERBARU AKIDAH UMAT ISLAM DIGADAIKAN. SEMOGA ALLAH KEMBALIKAN SELANGOR KEPADA BARISAN NASIONAL PRU-13 KELAK....
Bogel 2.0 bakal terjadi jika janji tidak ditunai
KUALA LUMPUR – Gerakan Reformasi Malaysia (Reformis) tidak teragak-agak untuk melancarkan Bogel 2.0 sekiranya pihak bertanggungjawab tidak menunaikan janji mereka dalam masa terdekat ini.
Setiausahanya, Norzairi Jantan mendakwa, pihaknya dijanjikan dana RM100,000 setahun, tetapi masih belum mendapatnya walaupun dua tahun sudah berlalu.
Menurutnya, beberapa kali perjumpaan dibuat bersama pihak bertanggungjawab di Selangor bagi membincangkan perkara itu.
“Kita dijanjikan dana untuk membantu golongan reformasi dan meneruskan gerakan ini tetapi sebaliknya kita terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri setiap kali mengadakan reformasi.
“Kebanyakan kita hanyalah peniaga kecil dan terpedaya dengan janji mereka yang mahu membantu tetapi pengorbanan kita hanya sia-sia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau mendakwa, pihak berkenaan memberi pelbagai alasan setiap kali mereka mahu menuntut janji tersebut, malah sengaja melambatkan prosedur untuk menyalurkan dana.
Norzairi berkata, pihaknya dimaklumkan, dana tersebut sudah disalurkan kepada salah sebuah pertubuhan bukan kerajaan pertengahan tahun ini.
“Kita kesal dengan tindakan mereka yang seperti memperbodohkan golongan reformis yang banyak berkorban untuk mereka.
“Kita mahukan mereka menunaikan janji dan tidak akan teragak-agak untuk mengadakan reformasi Bogel 2.0 sekiranya janji itu tidak ditunaikan,” katanya.
KPS: SEMAKIN BANYAK TERGADAI APABILA PR(PEMURTAD RAKYAT) MEMERINTAH SELANGOR
Tidak ada komentar:
Posting Komentar