Sabtu, 15 Oktober 2011

KALAU DI INDON ADA 'PELESIT'.....DI MALAYSIA ADA APA ?

LASKAR MERAH PUTIH......

PM SURUH CARI SAPA 'PELESIT' YANG NAK REGANGKAN HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA?????
TAPI DIMALAYSIA BUKAN PELESET YANG MAHU MENGHANCURKAN HUBUNGAN MALAYSIA-INDONESIA KERANA PELESET DI MALAYSIA SEKARANG ADALAH BERNILAI KOMERSIAL TERUTAMA DALAM FILEM.

TAPI DI MALAYSIA YANG INGIN MERENGGANGKAN HUBUNGAN KE DUA NEGARA ADALAH PELIWAT...

KERETA PON MAHU DISENTAPNYA.........



AKARTA 14 Okt. – Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Laksamana Agus Suhartono (gambar) hari ini menegaskan di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) bahawa tiada wilayah negara itu di Camar Bulan dan Tanjung Datu, Kalimantan Barat diambil oleh Malaysia seperti yang didakwa baru-baru ini.

Menurutnya, perbatasan Kalimantan Barat dikawal oleh anggota TNI seperti mana perjanjian yang dicapai antara Indonesia dengan Malaysia dan kesemua pos penjagaan dilengkapi data koordinat untuk setiap penanda sempadan.

Beliau memberitahu, anggota TNI sering mengadakan rondaan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di wilayah perbatasan itu.

“Kalau pada masa rondaan ditemui penanda pada kedudukan berbeza, secara bersama ia akan dikembalikan ke koordinatnya,” katanya pada sesi perjumpaan dengar pendapat dengan Suruhanjaya I, DPR di sini.

Isu sempadan Malaysia-Indonesia ditimbulkan oleh Timbalan Ketua Suruhanjaya I DPR, TB Hasanuddin dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang mendakwa kononnya wilayah Camar Bulan seluas hampir 1,500 hektar dan wilayah Tanjung Datu seluas 800 meter garis pantai telah diambil oleh Malaysia secara haram.

Suhartono berkata, sebelum ini Panglima Daerah Tentera XII Tanjungpura, Mejar Jeneral, Geerhan Lantara telah melakukan tinjauan ke kawasan yang didakwa berlaku pencerobohan dan hasilnya didapati perkara itu tidak berlaku.

Pemimpin TNI itu seterusnya menempelak laporan media tempatan berhubung isu sempadan wilayah itu yang dikatakan memberi kesan psikologi kepada anggota TNI.

Menurut beliau, laporan media cetak dan elektronik tempatan seperti menafikan peranan dan tanggungjawab pasukan keselamatan yang mengawal wilayah perbatasan itu.

“Laporan media (tempatan) seolah-olah mengecilkan tugas dan menidakkan peranan perajurit TNI di kedua-dua kawasan itu. Perajurit tentunya dapat merasakan mereka seperti tidak menjalankan tugas dengan baik berdasarkan laporan media,” jelas Suhartono. – Utusan

Tidak ada komentar:

Posting Komentar