Minggu, 30 Oktober 2011

PAS BERMAKSUD ANJING DALAM BAHASA CROATIAN- PENDEDAHAN PALING GEMPAK OLEH AAKJ

PENDEDAHAN PALING GEMPAK OLEH AAKJ.......





Pas sering melabelkan perjuangan mereka itu sebagai perjuangan Islam untuk umat Islam, sedangkan Parti Pas hanya berada di Malaysia sahaja dan sudah tentulah nama itu tidak dapat pergi jauh selain bermaksud pas atau passport di beberapa tempat di dunia. Sedangkan apabila perkataan ‘pas’ diterjemahkan ke bangsa asing ia membawa maksud yang amat memalukan.

Contohnya, perkataan pas jika diterjemahkan dalam pelbagai bahasa yang lain. Maknanya adalah seperti berikut:- hanya; (African, Belanda), selepas (Albanian), karat (Azerbaijani, Turkish), langkah (Catalan), anjing (Croatian, Serbian), ghairah ( Latin), tidak (French), tali pinggang (Polish). Selainnya perkatan pas membawa maksud pas atau passport.

Moralnya, apabila kita ingin memberikan nama kepada sesuatu sama ada nama anak, pertubuhan, tempat atau jenama barangan kita perlulah juga melihat maksud nama tersebut mengikut geografi bahasa. Dalam perkembangan dunia global kini, mungkin kita boleh berbangga dengan sebutan yang kita rasakan ianya baik padahal perkataan itu membawa maksud sebaliknya.

Meskipun Pas adalah nama khas tetapi itulah makna yang akan difahami otak penduduk bangsa berkaitan apabila mendengarnya. Atau adakah ini merupakan perkara tersirat yang telah ditentukan. Sebab itulah natijahnya kini; kita melihatperjuangan Pas adalah tidak konsisten atau dalam erti kata lain; lain dicakap lain pula yang dibuat.

Berfikirlah kerana fikir itu pelita hati. Oleh itu, marilah kita sentiasa berdoa dengan berkata; “Ya Allah Ya Tuhan Ku, jadikanlah diriku ini termasuk dalam golongan orang-orang yang beriman”.

Waallah hu alam.

1 komentar:

  1. Inilah kisah tentang PAS

    Lihat ini: http://sh.wikipedia.org/wiki/Pas

    Maka PAS sekarang telah menjadi Parti Anjing Suruhan kerana sanggup jadi 'anjing suruhan' kepada DAP. Lihat sajalah segala kehendak DAP dipenuhi oleh PAS, seperti pemecatan Dr. Hassan bin Ali, mantan Pesuruhjaya PAS Selangor, kerana DAP tak suka Dr. Hassan yang banyak mengganggu urusan DAP seperti isu larangan jualan arak dan judi di Shah Alam, Dr. Hassan adalah yang paling kuat menghehendaki larangan jualan arak dan judi itu walaupun akhirnya larangan itu terpaksa dibatalkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat kerana akur akan kehendak DAP, sebagai balasannya, Dr. Hassan Ali dipecat dari jawawatan Pesuruhjaya PAS Selangor, begitu juga dengan peraturan larangan operasi pusat hiburan di Kedah pada bulan Ramadhan yang lalu, DAP jerkah sikit saja, terus PAS terkencing dalam jubah, akhirnya PAS sebagai 'anjing suruhan' DAP membatalkan larangan itu, lepas itu PAS akan menyalak ke sana ke mari membela DAP sambil menuduh yang bukan-bukan terhadap UMNO, sudah terang lagi bersuluh bahawa PAS adalah 'anjing suruhan' DAP dalam Pakatan Rakyat.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,

    Encik Mohamad.

    BalasHapus