Sabtu, 08 Oktober 2011

JAWAPAN YANG PALING INDAH.....HEBAT PERDEBATAN TERSEBUT


COPY DARI SEBUAH BLOG MESRA KERAJAAN.....BEST CERITA NI.....


Kenapa Umat Islam Sembah Ka'abah? [Sila Share]

Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……

Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
...
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.

Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?

Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi ….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti ….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….

Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?

Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?

Missionary : Awak tak ada jawapan ?

Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya dapati awak kurang siuman.

Missionary : Mengapa awak caka begitu ?

Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I love you mom” …

Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.

Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.

Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?

Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?

Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95 tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95 tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..

Merah padam muka Missionary menahan marah.

Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….

Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.

Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?

Pendakwah : Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH. Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.

Begitu juga dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95 walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.

Kemudian Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru …. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse …. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada segala persoalan berbanding agamanya ……Renung-Renungkan Lah Selamat Beramal

JOM LAYAN LAGU NI....

2 komentar:

  1. Sepatutnya brother missionary tu balas balik

    "kalau agama awak ini betul sepatutnya kamu tak hempas harta orang lain ke lantai walaupun dengan niat kamu untuk berdakwah dan wang kamu RM1500 tak akan sama nilainya dengan nilai handphone saya walaupun nilai sebernar handphone saya itu cuma RM300. Dan ingatlah Rasul kamu Muhammad anak kepada Abdullah boleh meminta malaikat Gabriel dengan izin Tuhan kamu menghempaskan gunung Uhud ke atas penduduk Taif ketika Rasul kamu dilempar batu oleh penduduk Taif sewaktu Rasul kamu berdakwah di sana. Tetapi di atas kemurahan dan bijaksana Rasul kamu beliau tidak memilih berbuat demikian dan sterusnya kemudian agama kamu Islam berkembang di atasnya sehingga ke seluruh dunia sampai lah ke daerah nusantara Melayu dan ke nenek moyang kamu sendiri yang dahulunya menganut agama Hindu dan animisme dan akhirnya kamu juga sendiri ialah umat Islam.. Bersyukurlah kepada Tuhan kamu kerana kamu orang ISlam dan tidak perlu berlaku angkuh dan sombong walaupun kamu merasakan kamu benar"

    Pada saya sebagai orang Islam merasa sungguh malu (jika cerita ini benar) atas sikap pendakwah ISlam di atas kerana banyak cara lain yang lebih berhikmah lemah lembut dan bijaksana walaupun diajukan dengan soalan-soalan "hendak mengena dan sindiran" oleh missionary tadi.

    BalasHapus
  2. saya secara peribadi sudah menbaca hujahan tuan. Pertama sekali saya berterima kasih kepada tuan/puan kerana memberi respon kepada 'posting' dalam blog saya yang tidak seberapa ini.

    kita pernah mendengar ada seorang yang menjawab 3 soalan iaitu..

    1) syaitan dicipta dari api, kenapa kena bakar dari api juga...tak sakit la syaitan itu.
    2) semua yang berlaku adalah kehendakkan ALLAH sama ada baik atau buruk. kenapa kita perlu tanggung pula ?
    3)soalan ketiga saya lupa.....(mungkin tuan/puan boleh membantu saya mencari jawapan)

    soalan dijawab dengan cara memukul kepala orang tersebut.

    ini sekadar pendapat saya...saya menghormati jawapan tuan kita lebih perlu berdakwah dengan cara penuh berhikmah dan lebih lembut.

    semoga tuan teruskan lagi memberi pendapat di penulisan saya yang seterusnya


    3)

    BalasHapus