KENAPA KPS KATA PR(PEMURTAD RAKYAT) SEBAGAI PR(PEMUNAFIK RAKYAT) ? JOM BACA TULISAN KITA GEMPUR.COM.....DI BAWAH
Isu kenaikkan elaun Ahli Parlimen yang dicadangkan Perdana Menteri mendapat sambutan hangat Gay Tua dan kroni untuk menunjukkan bahawa mereka ini lebih mementingkan keperitan kehidupan rakyat. Gay Tua mempersoalkan kenapa perlu dinaikkan elaun Ahli Parlimen dalam keadaan rakyat hidup dalam
Perdana Menteri dalam ucapan belanjawan mengatakan bahawa kerajaan bercadang mengkaji semula elaun dan kemudahan ahli Parlimen kerana menyedari tanggungjawab, tugas serta beban kerja mereka semakin bertambah.Cadangn tersebut mendapat bantahan daripada pembangkang yang mengeluarkan kenyataan bahawa mereka menolak cadangan tersebut.Apa yang lebih menarik jawapan balas Datuk Seri Noh Omar bahawa pembangkang sebenarnya bersikap hipokrit seperti yang disiarkan di blog beliau klik sini ada betulnya. Pembangkang sebenarnya ketandusan isu serta terdesak untuk menagih simpati rakyat perlu kita faham sepenuhnya.
Datuk Seri Noh Omar merujuk kepada keputusan kerajaan negeri Selangor didalam mesyuarat Dewan Negeri Selangor yang ke-12, penggal keempat mesyuarat pertama pada 31 Mac lalu ada menyebut mengenai kenaikan elaun ADUN negeri tersebut daripada RM4,112.79 kepada RM6,000. Ini secara jelas menunjukkan bahawa pembangkang sebenarnya hipokrit dalam apa jua keputusan yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional. Bagi mereka keputusan kerajaan Barisan Nasional tidak akan memberi keuntungan kepada rakyat tetapi memberi keuntungan kepada diri sendiri.
Ini adalah bukti sikap hipokrit pembangkang hasil asuhan Gay Tua yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia. Exco Selangor pada 25 Mac 2011 telah bersetuju untuk menaikkan elaun saraan kepada setiap Adun negeri Selangor. Kenaikkan bermula pada 1.1.2011 dan ini bermakna bayaran dibuat secara "back dated". Jumlah keseluruhan peruntukan yang diperlukan disebabkan kenaikkan elaun tersebut adalah sebanyak RM 1.1 juta. Cadangan ini telah dibuat oleh Exco YB Rodziah yang mewakili barisan Exco Selangor dan cadangan beliau telah disokong oleh seorang lagi Exco iaitu YB Dr Halimah Ali. Dari mana datangnya peruntukan tambahan yang diperlukan? Adakah dari duit rakyat? Adakah dari peruntukan yang diberikan kerajaan Barisan Nasional yang patut disalurkan untuk kebajikan rakyat Selangor? Bukanlah lebih elok peruntukan tersebut disalurkan kepada ibu tunggal, anak-anak yatim atapun pelajar yang memerlukan pembiayaan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.
Menteri Besar DAP beranggapan bahawa ianya sesuai memandangkan keadaan ekonomi dan tugas-tugas yang diberikan dan walaupun beranggapan jumlah tersebut agak kecil jika dibanding dengan Singapura dan beberapa negara yang lain. Cukup baik jawapan daripada Menteri Besar. Maklumlah keputusan itu juga memberi faedah kepada beliau sendiri.
Apa yang dikesalkan adalah sikap cepat melatah kerajaan BN dalam menjawap segala isu yang dibangkitkan oleh pembangkang. Penasihat Perdana Menteri perlu membuat lebih ulang kaji dalam setiap isu. Ruginya Barisan Nasional dalam isu ini adalah apabila mereka menarik balik cadangan tersebut tanpa perbahasan dan rakyat secara automatik melihat pembangkang telah berjaya memperbodohkan kepimpinan Perdana Menteri. Siapa yang rugi?
Sikap hipokrit pembangkang bukan sekadar menipu rakyat tetapi mereka pandai berlakon dalam mendapatkan simpati rakyat. Adakah layak pemimpin-pemimpin bersikap hipokrit seperti ini terus diangkat sebagai pemimpin? Fikirkan Bersama!!
Tidak ada komentar:
Posting Komentar