Jumat, 10 Februari 2012

ZIONIS DIHARAMKAN PIJAK TANAH FELDA ULU TEBRAU




Penduduk bantah kedatangan Anwar

Oleh AZIZI MAJID
pengarang@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 9 Feb. – ‘‘Cukuplah dia mengguris hati seluruh umat Islam kerana menyokong sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel. Tak perlulah dia datang ke mari untuk memecahbelahkan kami pula,”.

Demikianlah gesaan Ketua UMNO Cawangan Felda Ulu Tebrau, Mohamat Din Baharan yang membantah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim di Felda Ulu Tebrau termasuk di beberapa kawasan di sini Sabtu ini.

Menurut beliau, kehadiran Anwar hanya akan memecahbelahkan masyarakat di Felda berkenaan yang dikhuatiri terpedaya dengan kata-kata Ketua Pembangkang itu.

‘‘Kami mengecam sekeras-kerasnya kenyataan Anwar tentang Israel, sebagai umat Islam sudah semestinya kami rasa terhina.

‘‘Justeru itu, kami berharap agar pihak berkuasa dapat memantau kehadiran Anwar di Felda ini nanti,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini hari ini.

Beliau mewakili 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan dan Rukun Tetangga (RT) dari Felda Ulu Tebrau antaranya Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) cawangan, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) cawangan dan UMNO cawangan Zon Felda Ulu Tebrau membuat laporan polis pukul 6.40 petang.

Anwar baru-baru ini mencetuskan kontroversi berhubung kenyataannya melalui The Wall Street Journal yang dipetik sebagai berkata: “Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel.”

Bagaimanapun, selepas dikecam pelbagai pihak, Anwar mendakwa kenyataannya berhubung isu Israel dan Palestin sengaja diputar-belit oleh media tempatan bagi menggambarkan beliau mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Felda Ulu Tebrau, Md. Rabu Kamat berkata, penduduk Felda berkenaan selama ini menyokong kerajaan yang ternyata membela nasib rakyat berbanding pembangkang yang hanya hanya pandai menabur janji kosong.


KPS: SAMPAI MATI KPS ANTI ZIONIS,,,,KEPADA MANUSIA...SILA ANTI ZIONIS SAMPAI KIAMAT

Tidak ada komentar:

Posting Komentar