Sabtu, 25 Februari 2012

PAS CADANG LAKSANA HUDUD PADA BADRUL AMIN ????


TERUS PANAS DARI BLOG MELAYU KEDAH TERAKHIR........

Juak-juak Pakatan Rakyat senantiasa melaung-laungkan bahawa mereka adalah pejuang Islam tulen bahkan siapa yang menolak mereka diumpamakan menolak syahadah Islam. Padahal merekalah telah mengkafirkan orang-orang yang bukan menyokong perjuangan palsu mereka dengan istilah kafir.

Baru-baru ini telah heboh satu negara berkenaan Ustaz Badrul Amin telah ditangkap berkhalwat dengan isteri orang. Kejadian berlaku di Swiss Inn, Pahang dan beliau telah ditangkap oleh suami wanita tersebut dan beberapa orang saksi.

MKT bukannya hendak mengulas kembali sejarah hitam bagi Ustaz Badrul Amin cuma MKT hendak menyeru kepada pejuang-pejuang Islam PAS agar laksanakan hukum hudud seperti yang terkandung didalam Draf Hudud PAS. Terpulanglah nak ikut yang mana satupun. Samada Draf Hudud Kelantan ataupun Terengganu. Jangan memberikan pelbagai alasan walhal sudah jelas terdapat empat orang saksi termasuk suami wanita tersebut. Berdua-duaan dengan isteri orang yang memungkinkan pelakuan zina besar. Setakat bagi alasan untuk menghantar minyak urat kepada wanita tersebut tidaklah relevan kerana apakah perlu hingga masuk ke dalam bilik tersebut dan menutup pintunya?

MKT menyeru supaya PAS mendesak PKR untuk melaksanakan hukuman HUDUD kepada Ustaz Badrul Amin. Beliau adalah seorang Islam. Jadi layaklah beliau direjam sehingga mati mengikut undang-undang Hudud.

P/S dari MKT : PAS ada berani ker? Ustaz Badrul Amin tak ingat kepada isteri dan anak-anak ker hingga sanggup berbuat curang? Dengan isteri orang pulak tu...

P/S dari MKT II : Sudah semestinya juak-juak Pakatan Rakyat akan menuduh ianya adalah agenda dai UMNO...ayat stereo type ...


KPS: TAK INGAT ANAK BINI KA ????

1 komentar: