KUALA LUMPUR, 13 Feb – Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata pemberian wang RM500 menerusi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sepatutnya disyukuri semua rakyat dan tidak terpengaruh dengan tohmahan pembangkang.
Tegas beliau lagi rakyat juga tidak sepatutnya dengan mudah termakan hasutan pembangkang kononnya pemberian bantuan tersebut adalah tanggungjawab kerajaan semata-mata.
“Contoh sebuah keluarga, adalah tidak wajar dan kurang ajar bagi seorang anak itu mengatakan bahawa adalah tugas ibu dan bapa memberi kepadanya wang. Konsep ini sama juga dengan pengagihan BR1M daripada kerajaan.
“Kerajaan mampu lakukan ini kerana kerajaan BN mentadbir negara dengan baik, berkemampuan dan bijaksana. Sebab itu kerajaan boleh memberi bantuan kepada rakyat?, katanya.
Malah jelas beliau sekiranya negeri yang dikuasai pembangkang pun mentadbir dengan baik, mereka pun boleh buat, tetapi malangnya mereka gagal.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata pemberian kepada rakyat berpendapatan kurang daripada RM3,000 tanpa mengira lapisan masyarakat dan perbezaan idealogi politik, nyata menjadi buah mulut pembangkang dan menimbulkan keresahan di kalangan mereka.
Senin, 13 Februari 2012
KALAU HANG PA KATA NI TANGGUNGJAWAB, AWAT HANG PA TAK BUAT???? UMNO SAJA YANG BUAT, PEMBANGKANG KERJA NGANGA
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar