Sabtu, 31 Desember 2011

PERUTUSAN TAHUN BARU 2012 DARI PERDANA MENTERI





NAJIB RAZAK

Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat menyaksikan tertutupnya tirai tahun 2011 dan menyinsingnya fajar baru 2012. Sesungguhnya 2011 merupakan tahun yang amat monumental kepada negara kerana ia telah menyaksikan lengkapnya “roll out” inisiatif dasar kerajaan di bawah payung Dasar Transformasi Nasional (2011-2020) dan dengan itu juga pengenalan siri keempat Rangka Rancangan Jangka Panjang Negara (RRJP) semenjak ia mula diperkenalkan pada tahun 1971. DTN merupakan komponen terakhir dalam usaha merealisasikan Wawasan Kebangsaan untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

DTN mempunyai permulaannya dengan pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) diikuti Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta pelancaran Model Baru Ekonomi (NEM), Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP). Kesemua inisiatif dasar ini bukanlah sekadar pengumuman kosong mahupun tidak berpijak pada bumi yang nyata kerana jika dilaksanakan dengan betul dan mengikut jadual akan menyaksikan kemunculan sebuah Malaysia Baru. Sebuah negara yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi dengan kemakmuran yang dikongsi setiap strata dan segmen rakyat tetapi juga sebuah watan dengan tradisi demokrasi serta perbezaan pendapat yang membina dan membugar.

Kerajaan tetap komited dengan program islah dan pembaharuan dalam semua bidang dan aspek kehidupan bernegara kerana inilah kehendak dan aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka. Inilah usaha demi Generasi masa depan Malaysia yang berhak membesar dalam suasana harapan bukannya kemuraman. Kita tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang mahu menggagalkan matlamat mulia ini.

Di bawah PTP bagi mengimbangkan Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Negara misalnya kita telah memansuhkan tiga proklamasi darurat yang berkuatkuasa semenjak lebih empat dekad yang lalu kerana kerajaan percaya kita tidak mampu membina sebuah Malaysia yang baru jika kita masih teperangkap dengan bebanan sejarah lampau. Dengan semangat yang sama kerajaan juga telah mengumumkan pemansuhan beberapa Akta yang berkaitan Keselamatan dan Ketenteraman Awam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri dan Seksyen 27 Akta Polis yang telah digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menjamin kebebasan individu untuk berhimpun secara aman seperti yang diperuntukkan undang-undang tertinggi negara Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini akan diteruskan dalam sessi Parlimen seterusnya pada tahun 2012 bagi memansuhkan ISA dan membentang rang undang-undang baru yang akan menggantikannya serta meminda AUKU serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Melalui bajet rakyat 2012 pula yang baru diluluskan Parlimen kerajaan hari ini juga telah meneruskan tradisi negara berkebajikan yang telah menjadi amalan kerajaan yang memerintah semenjak merdeka lagi. Kita tidak pernah melupakan nasib warga luar bandar mahupun warga bandar, golongan berpendapatan rendah mahupun kelas pertengahan serta mereka yang berpendapatan tinggi, kita akan sentiasa membela untung nasib seluruh rakyat Malaysia dan akan terus prihatin terhadap denyut nadi dan aspirasi mereka.

Marilah kita bersama-sama kerajaan dan rakyat merealisasikan masa depan yang lebih baik untuk bumi tercinta ini. Ia bukannya sebuah mimpi malahan ia dalam rangkulan kita jika kita sanggup merancang dengan teliti dan bekerja keras bagi mencapainya. Tidak ada yang mustahil jika kita mampu mengimpikannya, sesungguhnya hari-hari yang terbaik kita masih berada di hadapan kita bukannya sudah tinggal dalam lipatan sejarah. Selamat tahun Baru 2012, Dirgahayu Malaysia.

KAKA MASUK ISLAM ???

DARI BLOG AAKJ....

Heboh di dunia maya dan facebook individu-individu berbangsa arab yang mengatakan Pemain bola sepak terkemuka Brazil ini telah memeluk agama islam.

Gambar dibawah dikatakan diambil pada 26./12 baru-baru ni di sebuah masjid di Dubai.Dilaporkan bahawa Kaka ataupon nama sebenar Ricardo kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid tersebut.

Kalau berita ni benar alhamdulillah.
Bertambah lagi umat islam didunia.
Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa.






KPS: HIDAYAH MILIK MUTLAK ALLAH

MAJLIS PEGUAM 'PERTAHAN IMAM MAHDI' ?????




Bebaskan Anwar 901: Sikap Majlis Peguam dipersoal
30/12/2011 5:41pm

KUALA LUMPUR 30 Dis. – Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mempersoalkan sikap berdiam diri Majlis Peguam terhadap rancangan pembangkang mahu mengheret rakyat menjadi pelindung kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menghadapi pertuduhan mahkamah, melalui kempen “Bebas Anwar 901”.

"Kepada Bar Council (Majlis Peguam), mereka perlu ada pendirian. Adakah semua kes yang diheret ke mahkamah seperti kes rogol dan bunuh, tertuduh akan buat perkara seumpamanya (buat perhimpunan sedangkan mahkamah belum membuat keputusan),” katanya kepada Bernama hari ini.

Kempen “Bebas Anwar 901” dilihat sebagai satu bentuk provokasi terhadap kes liwat membabitkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu sebagai tertuduh.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan berhubung kes liwat itu pada 9 Januari ini.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan juga meminta pihak berkuasa keselamatan mengambil tindakan tegas untuk menghalang sebarang perhimpunan seumpama itu daripada berlaku. - BERNAMA

DATO' LAJIM UKIM AKAN KELUAR UMNO ?????? FIKIRLAH YANG TERBAIK DATO'



KPS HARAP BERITA DI BAWAH TIDAK MENJADI KENYATAAN.....

DESAS DESUS semakin kencang, bahawa Datuk Lajim Ukin wakil rakyat Beaufort, Sabah seorang AMT Umno dan seorang timbalan menteri persekutuan akan keluar parti terbesar melayu itu.

Lajim yang mempunyai kaitan dengan penubuhan kerajaan negeri Sabah dibawah naungan BN pada tahun 1994, dikatakan akan mengetuai sebuah parti yang dijenamakan semula.. SABAH FRONT PARTY (SFP).

Tidak diketahui punca dan penyebab sebenar, pemimpin itu akan meninggalkan Umno, kerana sejak kemasukkannya dalam Umno, beliau senantisa mendapat tempat, malah terus menang melalui beberapa pilihanraya umum mahupun parti.

Awal minggu ini di Surat khabar tempatan Sabah telah tersiar dimuka depan, bahawa Datuk Lajim akan keluar parti, namun telah disangkal oleh Setiausaha BN Sabah-Datuk Rahman Dahalan.

SFP yang dijenamakan semula akan dilancarkan tahun depan, kini berpejabat di Bangunan Wisma Milenium, Penampang.

Melihat gerakan parti baru itu, seolah-olah mempunyai kekuatan dari segi kewangan, kerana mampu membaik pulih ruang pejabat tiga tingkat di wisma itu.

Jika benarlah Datuk Lajim akan keluar, ianya akan mencerencat peluang BN mempertahan DUN Klias dan Kuala Penyu serta parlimen Beaufort.

Datuk Lajim daripada suku bisaya, juga mempunyai gelaran daripada sukunya JANANG GAYOH.

AKIBAT TERPENGARUH DENGAN PARTI PALING RASIS DI BIMA SAKTI



PERBUATAN BODOH YANG MENIRU AHLI POLITIK....PARTI MANA ????


KARPAL MENGUTUK PERBUATAN MENGHINA ISLAM......




DAP kutuk tindakan meletak kepala khinzir di hadapan masjid
GEORGETOWN, SABTU, 31 Disember, 2011: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh menyelar tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang meletakkan kepala khinzir di luar pintu Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya, Johor Baharu.

Beliau berkata mereka yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu perlu diberkas dan diberi hukuman yang setimpal kerana tidak mempunyai sensitiviti agama.

"Perbuatan tidak bertanggungjawab ini perlu dikutuk oleh semua rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang mempunyai kepelbagaian agama dan kepercayaan mempunyai hak untuk hidup dalam keadaan aman dan harmoni," katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan hari ini berhubung insiden sembilan kepala khinzir ditemui di hadapan pintu Masjid Al-Falah semalam.

Karpal yang juga anggota Parlimen Bukit Gelugor mahu pihak polis memberi keutamaan terhadap siasatan kes ini.

"Pada malam menjelang tahun baru ini insiden memalukan seperti ini tidak harus berlaku," katanya. - BERNAMA

SIAPA BAKAL KETUA PEMBANGKANG GANTI PAK NUAR YANG RAMAL BN AKAN KALAH PRU-13 ?????

BAKAL KETUA PEMBANGKANG



Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.

Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.

Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.

Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.

Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.

"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak. Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.

Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.

"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui." Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.

Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.

Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.

Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.

Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama. "Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya," dakwa beliau.

"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri. Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.

Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.

"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara." Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara.

Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.

"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu," katanya. Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas.

Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.

Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja.

Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman. -HR-

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2011/12/mahathir-bukan-cerdik-sangat-ku-li.html#ixzz1i4ggzUb1

USTAZ AZIZAN MASUK HOSPITAL....ADA YANG KAITAN DENGAN ISU ROBOH SURAU...ANDA NILAIKAN

KPS TERBACA SEBUAH BLOG PRO KERAJAAN YANG MELAPORKAN BAHAWA MB KEDAH IAITU USTAZ AZIZAN MASUK WAD KECEMASAN KEDAH MEDICAL CENTRE(KMC). USTAZ AZIZAN DILAPORKAN MASIH BERADA DALAM KEADAAN KRONIK DAN KEDUA-DUA MATANYA MENGALAMI KECACATAN.


RAMAI ORANG MENGAITKAN INI DENGAN ISU SURAU YANG INGIN DIRUNTUHKAN OLEH KERAJAAN USTAZ AZIZAN. KPS TERINGAT JUGAK SATU LAGI PERISTIWA. POK NIK PERNAH DOA NAJIB PECAH PERUT, SEBALIKNYA POK NIK YANG MASUK HOSPITAL KERANA SAKIT PERUT.

KPS: ALLAH LEBIH MENGETAHUI

PRO- ASPIRASI INGIN MENGAJAR TIMBALAN MENTERI POLITIK BARU...

PERHATIAN UNTUK TIMBALAN MENTERI POLITIK BARU....

AZWAN ALI MEROYAN KALI KE-2,,,,,



SEBELUM INI SI AZWAN ALI INI PERNAH TWEET PERKARA YANG SAMA, KALI INI DIA BUAT LAGI....JADI APA PENDAPAT KHALID IBRAHIM????

KPS: WOI AZWAN ALI...HANG BERTANDING LA PRU-13....WAKAKAKAK

AMARAN TAHAP JINGGAY : PROKSI YAHUDI BARAT CUBA BUAT ONAR DI DATARAN MERDEKA MALAM INI.


ANDA TAHU APA MAKSUD LAMBANG DI ATAS. APAKAH AKAN BERLAKU MALAM DIAMBANG TAHUN BARU ? APAKAH YANG ANDA PERLU TAHU ?




INI BUKAN BUDAYA KITA. JADI KPS SARANKAN AGAR ANDA JANGAN DEKATI KELOMPOK MEREKA INI. KELOMPOK ACUAN BARAT YANG CUBA MEROSAKKAN.

ANDA BOLEH MELIHAT KUMPULAN INI DALAM PAUTAN DI BAWAH...

http://www.facebook.com/occupydataran

TAPI AWAS JANGAN 'LIKE' KUMPULAN BERKENAAN. HARAP PIHAK BERKUASA DAPAT MENGHIDU PERKARA INI. SUDAH ADA BEBERAPA BLOG PRO KERAJAAN MENGELUARKAN AMARAN UNTUK MALAM INI. DIHARAP ANDA SEMUA AMBIL MAKLUM. KEPADA PIHAK BERKUASA SILA AMBIL TINDAKKAN.

KPS: MEREKA MENGAMCAM NEGARA DALAM ACUAN SONGSANG....

Jumat, 30 Desember 2011

AZIZ BARI TAWAR DIRI JADI CALON PAS, PKR HATTA DAPig SEKALIPUN.....



BAU PERUT DAN LIMPA AZIZ BARI DIDEDAHKAN OLEH BELIAU SENDIRI....MAHU JADI WAKIL RAKYAT...LEPAS NI AMBIGA PON AKAN BUAT PENGUMUMAN KOT...TAPI AZIZ BARI TAK KISAH PARTI MANA PON HATTA DAPig ASALKAN PEMBANGKANG DAPAT TAWAN PUTRAJAYA....MEMANG MEROYAN TERUK NAK JADI YB SI AZIZ BARI NI....

SUMBER: MSTAR ONLINE.....

Abdul Aziz Tawar Diri Jadi Calon Pakatan Rakyat

PETALING JAYA: Pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Abdul Aziz dipetik menerusi kiriman emailnya kepada The Malaysian Insider sebagai berkata, beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.

"Saya tidak ghairah untuk menjadi anggota parti namun sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.

"Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai menjadi calon mereka," katanya.

Beliau yang mengesahkan menerima tawaran tidak rasmi daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bagaimanapun berkata, masih terlalu untuk membuat keputusan mengenai mana-mana parti yang akan disertainya.

Katanya, beliau tidak memilih untuk bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan semua parti itu komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.

"Ia penting bagi mewujudkan sistem dua parti," katanya.

Pada 19 Oktober lalu, beliau menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh unit undang-undang universiti tersebut ekoran kenyataannya yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Sehingga kini, Abdul Aziz masih belum menerima maklum balas daripada pihak pengurusan UIAM berhubung permohonannya untuk meninggalkan universiti tersebut.

Ketika dihubungi mStar Online pada Khamis, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

CERITA PENDEK TENTANG DUA ORANG PAS YANG BERJIRAN

KPS WALAUPUN MENULIS BLOG INI TIDAK SAMPAI SETAHUN LAGI, TAPI DALAM TEMPOH MASA INI KPS SUDAH MERASA BANYAK PERKARA YANG MANIS ATAU PUN YANG PAHIT. KPS SEDAR AKAN USIA KPS YANG BELUM LAGI LAYAK MENJADI PENGUNDI BERDARTAR SEKARANG DAN ADALAH KPS TERLEPAS UNTUK MENGUNDI PADA PRU-13 SEKIRANYA DIADAKAN DALAM SUKU PERTAMA TAHUN INI. TETAPI DALAM USIA INI KPS SUDAH LALI DENGAN POLITIK. ADA PIHAK LAWAN MENGANGGAP KPS BUKAN LAWAN POLITIK TETAPI MEREKA MELAWAN KPS KONONNYA KPS MUSUH ISLAM. PADA MEREKA, PUAK MEREKA SAHAJA ISLAM YANG LAIN KAFIR. INI REALITI. TETAPI KPS KERAP KALI MAKLUMKAN BAHAWA SAMA ADA UMNO ATAU PEMBANGKANG TIADA YANG MAKSUM DAN TIADA YANG SEMPURNA.


KALAU ADA PIHAK MENGHUJAHKAN BAHAWA PARTI PAS SEBUAH PARTI ISLAM MEREKA SILAP. ISLAM ADALAH AGAMA YANG MEMBAWA PENYATUAN BUKAN PERPECAHAN. KENAPA KPS BERKATA BEGITU. KPS TIDAK MAHU MEMBERI CONTOH BIASA DALAM SUASANA POLITIK SEMASA. KPS KECILKAN SKOP KEPADA KEHIDUPAN BERJIRAN. ADA ANTARA PAS INI YANG DUDUK SEBELAH MENYEBELAH RUMAH. SETIAP KALI SEMBANG POLITIK JENGUK DARI PAGAR SAJA. KALAU NAK DENGAR CERAMAH NAIK DUA ORANG SATU MOTOR. HEBAT, BAGAI ISI DENGAN KUKU. TETAPI....ADA TAPINYA.......





ISTERI TAK BERTEGUR SAPA. APAKAH INI ISLAM???? SUAMI RAPAT TETAPI ISTERI MEREKA TAK BERTEGUR SAPA. KALAU TAK BERTEGUR SAPA DALAM TEMPOH 3 HARI BAGAIMANA MENURUT AJARAN ISLAM.? MUNGKIN SESIAPA JUGA BOLEH MENGATAKAN KPS AUTA. SILAKAN. TETAPI SEBAGAI SEORANG YANG MENYAKINI HARI AKHIRAT YANG AKAN DISOAL APA JUA YANG KITA LAKUKAN KPS MENGINSAFI DAN TIDAK AKAN MENULIS BERKAITAN FITNAH. PERKARA INI BENAR-BENAR BERLAKU DI TEMPAT KPS.


KPS: PAS BUKAN AGAMA,,,DAN ISLAM ITU AGAMA YANG SUCI .....

HUJAHAN BALAS ULAMA' UMNO MENGENAI PAK NUAR IMAM MAHDI




HUJAHAN YANG BAIK DAN SANTUN DARI ULAMA' UMNO UNTUK MENENTANG KEMUNGKARAN YANG DIBAWA OLEH GOLONGAN YANG CUBA MENYESATKAN DARI PEMBANGKANG....

EDISI JATUH AIR MATA: DUN KAWASAN POK NIK MAHA TERUK DAN TIDAK TERBELA



SEDIH,,,HAMPA DAN MARAH....MELIHAT VIDEO DI ATAS...APAKAH SUMBANGAN ADUN BERKENAAN DI KAWASAN TERSEBUT...ADUN DI KAWASAN TERSEBUT IALAH POK NIK. APAKAH DENGAN MEMBERI CERAMAH CUKUP MEMBELA RAKYAT DUN SENDIRI. SUDAHLAH POK NIK...BERENTILAH....APAKAH INI TAHAP KEPIMPINAN POK NIK????? ANDA NILAIKAN SENDIRI.

KPS : TEMPAT UMNO PON ADA JUGAK MISKIN,,,,TAPI TEMPAT POK NIK THE LEGEND LAGI TERUK...MOHON POK NIK BERENTI LA..PENCEN....

ORANG KEDAH NAK SOLAT HAJAT, PAS REPORT POLIS TAK BAGI SEMBAHYANG....BAGHAL TAHAP APA INI ???




PAS KATA NANTIKAN KEBANGKITAN RAKYAT, RAKYAT NKEDAH BANGKIT DALAM ISU SURAU WAKAF DEPA KETAQ PULAK....SAMPAI SOLAT HAJAT PON DEPA NAK REPORT POLIS....WOI PAS,,,APA PASAI ORANG SEMBAHYANG HAJAT HANG PA NAK REPORT POLIS PULAK????

ALOR SETAR 29 Dis. - Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan tetap mengadakan program Munajat Perdana di Madrasah Salihiah di Kancut pada Sabtu ini walaupun Dewan Pemuda Pas Alor Setar membuat laporan polis semalam bagi menghalang program itu diadakan.
Pengerusi BBSMS, Mansor Ahmad berkata, pihaknya juga ingin menjemput Ketua Pemuda Pas Alor Setar, Mohd. Azam Awang yang membuat laporan polis itu serta orang ramai untuk turut serta pada program tersebut.
"Aturcara yang akan dijalankan bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 5 petang pada hari itu ialah solat Zuhur, solat hajat dan juga tazkirah.
"Ini bukan himpunan nak buat tunjuk perasaan jadi kami tetap akan jalankan program ini kerana kami ada permit dan orang ramai termasuk Mohd. Azam sila jemput ke program ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Mohd. Azam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk menghalang program yang akan diadakan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) pada Sabtu ini.
Mohd. Azam ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini berkata, perhimpunan BBSNS perlu dihalang kerana bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Kedah yang membenarkan kaedah istibdal digunakan terhadap tanah wakaf khas madrasah itu.
Menurut Mansor, adalah penting untuk Mohd. Azam dan orang ramai hadir ke program itu kerana pihaknya akan memberikan penerangan mengenai isu yang melanda madrasah itu.
"Kalau Mohd. Azam tidak mahu datang Sabtu ini, dia boleh datang pada bila-bila masa kerana kami bersedia untuk memberikan penjelasan serta menunjukkan bukti-bukti mengenai madrasah ini agar dia tidak buta fakta," ujarnya.



YANG KAT BAWAH NI BOLEH PULAK DAH.....PAS FOR KRONI....


RAGBLA JINGGAY TERTIARAP KENA BALUN DENGAN KETUA UMNO PENANG

GAMBAR DARI BLOG SAHABAT BAIK KPS....HEAD BOMB

KATA BERIBU YANG HADIR,,,,BERAPA KERAT SAJA YANG ADA,,,,SEDOZEN(12) PON TAK SAMPAI. SEBAB TU DEPA AMBIK GAMBAQ DEPA SAJA BUKAN DEPAN DEPA....


TAHNIAH KEPADA KETUAN PEMUDA UMNO PULAU PINANG DAH BERSIAP SEDIA YANG MEMBUATKAN ADAM ADLI SAMSENG PLASTIK DN KUMPULAN DEPA BERTERABOK LARI. KALAU DI KL ADA EN ROSLAN...DI PENANG ADA KETUA PEMUDA UMNO....SYABAS...

ANAK MUDA BENCI PERHIMPUNAN JALANAN....




VIDEO ANAK MUDA BANTAH DEMONTRASI JALANAN...DEMONSTRASI JALANAN HANYA MELAHIRKAN SI PEMURTAD UMAT SEPERTI AMBIGA, PEMIMPIN YANG BAHLOL SEPERTI MAT SABU, DAN PELAKON SERBA BOLEH MUMIA ZOMBI....SI SUHARDI......YANG LAIN MENJADI BARUA DAPIig

EDISI KHIDMAT SOSIAL : PTPTN MENGAJAR ERTI TANGGUNGJAWAB...


HARI INI ADA DIKALANGAN PELAJAR SUDAH BOLEH MENIKMATI PTPTN. CUMA SATU PERINGATAN, JANGAN BOROS, BOROS ITU AMALAN SYAITAN....POK NIK KATA BOLEH KAWAN DENGAN SYAITAN MACAM MANA PULAK ????

SELAKU PEMIMJAM KITA HARUS TAHU MEMBAYAR BALIK. KALAU ADA MASALAH, BOLEH BERBINCANG DENGAN PIHAK PTPTN, KALAU DAH ADA PENDAPATAN JANGAN LIAT BAYAQ PULAK. AL-KISAH PENTAKSUB PAS YANG TAK MAHU BAYAQ KONONNYA ITU DUIT RAKYAT. DUIT RAKYAT TU DUIT PENTAKSUB PAS SAJA KA??? OLEH YANG DEMIKIAN, PERANGAI BANGANG SEPERTI ITU HARUS DIKIKIS OLEH MEREKA YANG BERKENAAN. KEPADA ADAM ADLI YANG MEMPERSOALKAN PTPTN, DAN BUKAN ADAM ADLI SAJA, RAMAI LAGI. PTPTN BUKAN PAKSAAN....DIULANG...BUKAN PAKSAAN. SESETENGAH KOS ATAU BIDANG MEMERLUKAN DUIT YANG BANYAK, CONTOHNYA KEWARTAWANAN YANG MEMERLUKAN MEREKA MEMBELI KAMERA. SEBIJI KAMERA SUDAH MENCECAH PULUHAN RIBU. IBU BAPA TIDAK MAMPU, MAKA KERAJAAN PERUNTUKKAN PINJAMAN, KALAU PINJAM AH LONG LAGI TERUK, TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL.

PTPTN BUKAN PAKSAAN, INI KALI KETIGA KPS TEGASKAN. RAMAI YANG MEMERLUKAN PTPTN UNTUK MEMBIAYAI KEHIDUPAN DI TEMPAT BALAJAR. BUKU SERTA APA YANG TERLIBAT MUNGKIN HANYA 1/4 DARIPADA PTPTN DALAM SATU SEMESTER TERSEBUT. KEBANYAKKAN DUIT PTPTN HABIS UNTUK BERFOYA-FOYA. INI FAKTA. TAPI DALAM KES-KES TERTENTU ADA JUGA YANG MENGGUNAKAN PTPTN UNTUK MENOLONG IBU BAPA, ADIK YANG MASIH SEKOLAH....MEREKA INI MEMANG TERBAIK....TABIK SAMA ANDA.


KEPADA ADAM ADLI & THE GANG. APA KEJADAHNYA MEMPERTIKAIKAN PERKARA INI. ADAM ADLI MUNGKIN MEMINJAM JUGA. BAPAK ADAM ADLI MAMPU MEMBELI KEREKA KEPADA ADAM ADLI, KIRA KAYALAH TU. BERAPA RAMAI LAGI YANG BERJALAN KAKI, BASAH DALAM HUJAN, BERPANAS. KEPADA ADAM ADLI, JANGANLAH FIKIR DIRI PANDAI SANGAT.

KPS: PTPTN BUKAN UNTUK DIBOROSI TETAPI UNTUK MENGAJAR KITA ERTI TANGGUNGJAWAB

Kamis, 29 Desember 2011

90 AHLI PKR KELUAQ PARTI DI MELAKA

90 ORANG AHLI PKR CABANG JASIN KELUAR PARTI DAN MENGISTIHARKANNYA DI HADAPAN KETUA MENTERI MELAKA IAITU DATO' SERI ALI RUSTAM. MEREKA INI MENYERTAI UMNO DAN TURUT KELUAR PARTI KEADILAN RAKYAT DAN MENYERTAI UMNO IALAH NAIB KETUA PKR CABANG JASIN.


GAMBAR DAN MAKLUMAT DARI BLOG DOUBLE-Y....



YANG BERDIRI MEMBERI UCAPAN ADALAH BEKAS NAIB KETUA CABANG PKR JASIN YANG MENYERTAI UMNO....


KPS: PENCACAI PAK NUAR SEMAKIN MENYUSUT....

HARAP BUDAK KECIK NI TAK JADI AUTA MACAM PENCERAMAH PAS YANG LAIN.



TAZKIRAH DARIPADA ANAK KETUA DEWAN PEMUDA PAS. TAPI SATU ABANG KPS NAK BAGITAU....BILA BESAQ NANTI JANGAN JADI MACAM MAT SABU ATAU PARA PENCERAMAH PAS YANG SESAT LAGI MENYESATKAN. TAK PAYAH BUAT DUIT DENGAN CERAMAH, CARI LA KERJA YANG BAIK-BAIK, INGAT TU......


KPS: KPS PERTAMA KALI MASUK PERTANDINGAN BERCERITA MASA DARJAH 5 DAPAT TEMPAT KE-3....

PAPA GOMO YANG TERBAIK.....

PAPA GOMO BERBICARA DENGAN MALAYSIA DIGEST....




Malaysian Digest: Sejak bila Papagomo bergiat dalam dunia perang cyber ini?

Papagomo: Saya bermula dari 2007 sebagai pengomen tegar dalam blog Anwar Ibrahim menggunakan nama tiger Malaya. 2008 baru saya start blog. Macam-macam suka-duka dalam dunia blogging ini. Ia bukan semudah yang disangka. Niat kami blogging adalah untuk membantu kerajaan Umno/Barisan Nasional demi agama, bangsa dan negara untuk mematikan langkah pembangkang.


MD: Menjadi blogger tidak semudah yang disangka? Boleh ulas sedikit?

P: Macam-macam cabaran yang kami terima sejak bergelar blogger. Contohnya kami disisihkan oleh blogger yang kononnya ‘elite’. Kita faham blogger zaman Pak Lah cukup hebat, tapi ironinya sekarang ini selepas era 2008, yang kuasai perang cyber adalah street blogger yang mana pembaca terdiri dari semua peringkat sebab kita menulis tanpa protokol, ikut kebebasan bersuara dan blogger elite kena terima hakikat bahawa sekarang adalah zaman street blogger di mana artikel kita tak semestinya memerlukan penulisan yang baik, tapi ayat mudah difahami supaya lebih dekat dengan pembaca.

Kita blogger jalanan bukan seperti blogger pembangkang dan saya ingin tegaskan di sini yang kami tidak dibayar untuk menulis. Kita juga bukan ‘kaki pau’ macam blogger pembangkang yang buat artikel hentam, pergi jumpa minta duit untuk setel. Kita tak pernah buat begitu dan kita tidak pernah setel pon. Saya sendiri tidak pernah tarik semula artikel yang sudah saya post kerana pada saya ini bukan masalah duit, ianya tentang apa yang saya ingin luahkan. Jadi duka itu sebenarnya lebih banyak daripada suka. Ini termasuklah ugutan yang diterima. Kami street blogger ini juga sebenarnya tidak dapat sebarang bajet. Kami keluarkan bajet kami sendiri.

Ada satu kumpulan dalam Umno yang dipanggil Unit Media Baru Umno (UMB) yang dapat peruntukan yang besar. Tapi jika dilihat dari segi impak, pada saya kumpulan street blogger seperti saya yang lebih memberikan impak. Tapi kami sedikit kecewa kerana perkara-perkara seperti ini ramai pemimpin yang tidak hargai. Batul ada yang hargai, tapi masih ramai yang tidak nampak lagi. Masih ada pemimpin Umno yang kata media baru tidak mendatangkan impak besar dan tidak diperlukan. Tapi mereka tidak tahu yang kami mempunyai readers sebanyak 50-60 ribu sehari. Dan harus diingat bahawa pada 2008, pembangkang hebat kerana media baru mereka.


Boleh ulas sedikit tentang ugutan yang diterima?

Soal ugutan ni sebenarnya da lama berlaku. Sejak 2008 lagi. Tapi ianya mula ketara tahun ni apabila saya mencetuskan beberapa isu. Kes pertama adalah apabila saya mendedahkan cerita tentang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selinsing yang ditangkap khalwat. Dalam kes ini saya ada mendapat ugutan ada orang nak ‘kutip’ saya. Selain itu, video seks ketua pembangkang yang saya keluarkan juga telah menjemput pelbagai ugutan ke atas saya.


Berbicara soal ancaman, apakah bentuk ancaman yang Papagomo terima?

Ancaman yang selalu saya terima adalah melalui Facebook, Twitter, panggilan telefon pon ada. Tapi saya tak ambil port sangat kerana pada saya orang yang ugut-ugut ni bodoh yang mana dia tak nampak bahawa ini adalah pertarungan politik. Kalau nak bertarung, bertarung secara politik. Contohnya saya ada video Anwar, mereka keluarkanlah pula video pemimpin BN, kita lawan. Sekarang ni bullet ada pada kami, mereka kena carilah bullet untuk lawan. Tapi masalahnya mereka ni selalunya tiada bullet yang betul, semuanya fitnah. Yang kami keluarkan semuanya mempunyai evidence yang kuat.


Tak takut dengan ugutan yang diterima?

Saya tak gentar pun. Ini kerana ugutan yang saya terima tu sekadar ugutan sahaja. Bagi saya ugutan-ugutan yang saya terima menunjukkan yang pihak tertentu takut dengan kebenaran yang saya dan rakan-rakan blogger yang lain sampaikan.


Tak terfikir untuk membuat laporan polis terhadap ugutan-ugutan yang diterima?

Kami (blogger pro BN) tidak hiraukan ancaman. Kami bukan macam pembangkang yang sikit-sikit buat laporan polis. Tapi dalam masa yang sama mereka yang paling anti polis. Kami tidak buat laporan, kami ignore (ugutan) kerana ianya nothing pada kami.


Baru-baru ini aktivis politik, Amin Iskandar ada membuat laporan polis terhadap Papagomo. Boleh komen sikit?

Dia (Amin) buat laporan polis kononnya saya menyekat kebebasan bersuara kerana mempertikaikan artikel yang beliau buat tentang Datuk Razali Ibrahim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan). Hakikatnya, beliau (Amin) mengkritik lebih dahsyat dari apa yang saya buat. Dia mengkritik perkara yang benar. Berdasarkan penulisannya, dia cuba memperbodohkan dirinya dengan mengiyakan apa yang (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) katakan. Apa yang Razali katakan itu benar. Yang memburuk-burukkan negara bukan Barisan Nasional (BN), pembangkang yang buat. Hal itu terbukti. Kita ada video di mana Anwar pergi ke luar negara dan memburuk-burukkan Malaysia.

Jadi bila dia buat report polis, bagi saya mudah, satu dia gila glamor, dua dia memang dibayar oleh Chegubard. Kerana kalau nak ikut kronologi, dua minggu sdebelum dia buat report tersebut, saya ada post di Twitter kepada budak-budak Chegubard bahawa video dia akan dikeluarkan. Dan video Chegubard ni dia cukup takut sebab karier die dalam PKR akan mati. Ada yang datang jumpa saya minta setel, pada saya ini bukan masalah setel atau tak setel, ini perjuangan yang saya buat. Saya tak pernah dapat duit satu sen pon. Saya hanya mengambil tanggungjawab menjadi ‘anchor’. Kalau bukan saya siapa lagi nak buat?


Tak risau ke laporan polis yang banyak ke atas Papagomo?

Biarlah saya jadi kambing hitam, yang penting rakyat sedar tentang kebenaran. Tentang siapa itu Anwar, apa yang pembangkang buat, sedar yang mereka sudah ditipu. Jadi laporan polis saya tak tau da berapa banyak. Pada saya ia bukan masalah dan saya sendiri sudah disoal siasat oleh SKMM dan PDRM. Sudah lebih 10 soal siasat setakat ini. Dan dalam soal siasat saya tiada kesalahan pon. Kalau betul ada salah, pembangkang perlu dakwa saya di mahkamah dan saya sanggup berdepan mahkamah.





Tidakkah Papagomo pernah berasa tertekan dengan situasi sekarang?

Tekanan ada, tapi saya bersyukur kerana ramai rakan-rakan seperjuangan seperti blogger Parpukari, Gerakan Anti PKR (GAP), Ruang Bicara Faisal (RBF Online), Medan Info Kita, Darul Ehsan Today, Gelombang Rakyat, Gelombang Wangsa Maju dan ramai lagi yang sealiran yang memberi semangat sebab mereka tahu yang saya sudah mendatangkan ketakutan kepada pembangkang sebagaimana Raja Petra mendatangkan ketakutan kepada BN.

Apa pun yang berlaku saya akan terus ke hadapan dan berjuang habis-habisan. Risiko memang ada, tapi saya tidak peduli kerana kita hidup hanya sekali. Cuma kadang-kadang ada terfikir tentang keselamatan keluarga. Inilah masalah yang kami (blogger pro-BN) hadapi. Tapi ini juga membuktikan bahawa pembangkang lebih jahat dari BN sebab kita tidak pernah ugut mereka seperti yang mereka lakukan kepada kami. Bermakna mereka sebenarnya takut dengan kebenaran yang kita bawa. Inilah kebebasan yang kita buat.


Kebebasan dari segi...?

Kalau kita tengok kebebasan blogger pro BN, pemimpin BN salah kita tegur, tak pernah kita tak tegur. Tapi blogger pro pembangkang, mereka bukan sahaja tidak tegur pemimpin mereka yang buat silap, malah menafikannya walhal mereka tahu ia benar.


Pernah tak terfikir untuk berhenti dari menulis blog?

Saya akui pernah terfikir untuk stop. Tapi tak boleh kerana matlamat kami menulis blog adalah kerana pembangkang. Dan di kalangan kami adalah mereka-mereka yang dahulunya adalah penyokong kuat PKR. Mereka ini tidak masuk Umno pon, tapi mereka berjuang menyokong kerajaan.


Bagaimana penerimaan keluarga?

(Gelak) Hari-hari kena bebel. Mak saya di kampung selalu telefon, risaukan saya. Jadi ketakutan kepada keluarga terutamanya isteri saya. Saya juga ada anak. Satu lagi cabaran adalah isteri saya berketurunan Cina, jadi kadang-kadang bila bersembang tentang politik, Chinese is still Chinese, tapi kita kena tegarlah.


Boleh kongsi apa masalah sebenar Papagomo dengan UMB?

Sebenarnya kami tidak mempunyai masalah dengan UMB, masalah kami adalah dengan pengerusinya, Tun Faisal. Tertubuhnya UMB adalah bersama kami blogger-blogger sealiran dengan saya di Putrajaya, boleh minta Tun Faisal sahkan perkara ini. Kami menjadi ahli UMB sebab kami sokong Umno. Tapi masalahnya adalah kalau pemimpin tinggi boleh dengar cakap blogger, kenapa Tun Faisal ni susah nak dengar cakap kami?

Beliau harus ingat iaitu di dalam perang media baru ini biar kami yang berperang keluarkan idea. Kami tahu anda adalah pemimpin, politik sana sini tapi dalam scope perang media baru, anda tidak bijak. Jadi dengar cakap orang yang pandai dalam media baru. Ini masalah Tun Faisal, bukan masalah UMB. Kami berkawan dengan blogger UMB. Yang kita ada masalah adalah dengan Tun Faisal. Andai kata beliau step down sebagai pengerusi UMB, individu yang ambil alih jawatannya boleh bekerjasama dengan kami, tiada masalah. Kami sedia bekerjasama. Dan jika benar saya jahat, da tentu sahabat-sahabat seperti Parpukari, Gerakan Anti PKR (GAP), Ruang Bicara Faisal (RBF Online), Medan Info Kita, Darul Ehsan Today, Gelombang Rakyat, Gelombang Wangsa Maju dan ramai lagi yang sealiran akan hentam saya. Tapi ini tidak berlaku.

Pada saya, isu dengan Tun Faisal ini memang takkan selesai kerana dia terlalu ego. Dengan Tun Faisal ni memang tiada maaf bagimu. Kalau menteri boleh dengar cakap kami, apalah sangat dia tu.


Tidak risaukah satu hari nanti Papagomo akan dianggap sebagai liabiliti kepada Umno?

Ini sebenarnya yang diinginkan oleh pembangkang, ‘Papagomo adalah liabiliti pada Umno’, ‘Papagomo yang rosakkan Umno’, pembangkang memainkan semua ini sebab dia takut apa yang ada pada Papagomo dan rakan-rakan memberikan impak yang cukup besar kepada mereka.

Selain itu Umno juga harus ingat, kerana perjuangan berterusan kami blogger jalanan ini, banyak isu yang kita bongkarkan. Contohnya fitnah ke atas isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, kami yang menjawab dulu, bukan pemimpin Umno. Datuk Seri Rais Yatim punya isu, kami yang pergi jumpa beliau dan mendapatkan orang gajinya yang sebenar. Kalau Umno nak anggap saya liabiliti pon tak mengapa kerana saya bukan dibayar oleh mereka pon. Blog itu blog saya. Saya tiada tauke, kami blogger jalanan tiada tauke. Kita sokong kerajaan. Dan saya ingin tegaskan di sini, walau siapapun yang suruh kami tutup blog, kami takkan tutup kerana itu blog kami. Kami bukannya dibayar.


Sampai bila Papagomo akan terus berjuang?

Saya bermula kerana Anwar, saya menentang ideologi yang beliau bawa. Andai kata beliau dipenjarakan sekalipun, perjuangan saya masih belum habis kerana masalah utama adalah ideologi beliau. Itu yang harus dihapuskan. Beliau ini sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa dan ideologinya ramai orang ambil, PAS, DAP, dua-dua menggunakan ideologi Anwar Ibrahim. Perjuangan menentang ideologinya harus ditentang habis-habisan kerana ia mendatangkan mudarat pada agama bangsa dan negara. Selagi ideologinya ada, selagi itu Papagomo akan ada. Saya akan berjuang sampai mati.





- mD