Senin, 26 Desember 2011

LAGI-LAGI PKR KELUAR PARTI .....

MAKLUMAT DARI BLOG KERIS PUSAKA....





KUALA LUMPUR: 500 anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Hulu Kelang keluar parti dan menyertai Umno ekoran kecewa dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa tidak menunaikan janjinya.
Mereka menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Gombak, Abdul Rahim Kamarudin di sini, semalam.
Jurucakap kumpulan itu, Mohd Jefry Sallehuddin berkata, beliau dan rakannya keluar parti kerana tidak sanggup lagi ditipu oleh pimpinan pembangkang.
“Saya kenal (Ketua Umum PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim sejak 13 tahun…dua kali saya masuk ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) dan 16 kali saya masuk penjara…tapi mulai 2 Oktober, saya bersama 500 anggota AMK nekad keluar parti untuk sertai Umno,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang berkenaan.
Dalam pada itu, Abdul Rahim berharap lebih ramai anggota pembangkang menyertai Umno kerana perjuangan pembangkang hanyalah sia-sia.
- BERNAMA

Tidak ada komentar:

Posting Komentar