Senin, 26 Desember 2011

BLOGER PRO KERAJAAN PEMERINTAH DEDAHKAN POLITIK PAS MENGATASI KESUCIAN ISLAM

SUMBER...kitagempur.com


Kisahnya seorang ahli perniagaan di Tumpat telah mewakafkan tanah miliknya kepada penduduk kampung untuk membangunkan sebuah masjid yang selesa bagi menunaikan solat Jumaat. Namun setelah beberapa lama, tanah tersebut telah terbiar begitu sahaja kerana penduduk kampung tersebut kebanyakannya kais pagi makan pagi.

Walaupun diketahui ramai yang kebanyakan penduduk kampung tersebut tegar menyokong PAS, namun mereka tetap gagal mempengaruhi Kerajaan Negeri PAS Kelantan untuk menyumbangkan sejumlah dana bagi memulakan projek tersebut.

Akhirnya, tuan tanah pun muak menunggu dan memulakan sendiri pembinaan masjid menggunakan duitnya sendiri. Dikatakan para penyokong UMNO turut menyumbang sebahagian bagi memastikan masjid tersebut dapat disiapkan dengan sempurna.


?
Di atas adalah keadaan terkini masjid tersebut yang kini memasuki fasa terakhir pembinaannya.

Namun timbul satu masalah besar apabila para penduduk kampung yang berfahaman khawarij PAS telah mengugut untuk memulaukan rumah ibadat tersebut sekiranya atap gentinganya tidak ditukar. Mereka berpendapat warna biru atap genting tersebut menandakan masjid tersebut didirikan/dikuasai oleh BN.

Walaupun diketahui umum tuan tanah dan pembina masjid tersebut tidak pernah menunjukkan dirinya berada di belah mana-mana pihak, namun kini beliau menjadi mangsa fitnah penduduk kampung yang menyokong PAS semata-mata kerana memilih atap genting warna biru bagi masjid yang beliau sendiri bangunkan. Sudahlah selama ini tidak satu sen pun disumbangkan oleh penyokong PAS mahupun Kerajaan Negeri, kini beliau ditohmah pula atas niat murni yang diusahakan.

Anda nilaikanlah dan jadikanlah iktibar dengan apa yang berlaku di sebuah kampung yang terpencil di Tumpat Kelantan ini. Mana orang Islam tidak dipijak, warna rumah Allah pun boleh dipolitikkan oleh khawarij PAS ini!



kps : SEMUA MAKLUMAT DI ATAS DARI BLOG KITAGEMPUR.COM

Tidak ada komentar:

Posting Komentar