DI BAWAH MUNGKIN CERITA LAMA,,,TAPI IMPAKNYA MASIH BARU....AKAN ADA LAGI GELOMBANG KELUAR PARTI DI PIHAK PEMBANGKANG....MUNGKON ADA SORANG DUA PEMIMPIN ATASA....????
KEPALA BATAS 25 Dis. - Insaf dengan nasib dan masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, seramai 42 ahli Pas dari Kampung Bakau Tua dekat Penaga di sini mengambil keputusan keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO hari ini.
Tindakan itu diketuai Mohd. Subhie Yaakob, 50, yang turut digelar Mat Sabu Bakau Tua yang mengakui Pas kini terperangkap dengan permainan politik DAP yang ingin menguasai negara ini.
Menurut Subhie, dia telah lama memikirkan mengenai nasib orang Melayu yang sering ditindas oleh pentadbiran DAP namun hanya kini dia memiliki kekuatan untuk keluar daripada Pas dan berjuang bersama-sama UMNO.
"Tindakan saya ini tidak dipengaruhi oleh sesiapa malah tidak dijanjikan apa-apa oleh UMNO namun menyedari hanya parti keramat orang Melayu ini yang mampu menjaga masa depan orang Melayu.
"Oleh itu saya mengambil keputusan untuk keluar daripada Pas dan menyertai UMNO serta menyokong Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang untuk merampas kembali Pulau Pinang," katanya yang menjadi ahli Pas sejak 40 tahun lalu.
Subhie menyerahkan borang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Penaga, Datuk Azhar Ibrahim pada majlis yang turut dihadiri Ketua Pemuda UMNO Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO.
Subhie menambah, tindakan itu juga tidak dipengaruhi dengan kemelut yang melanda Pas melibatkan Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa dengan pimpinan dalam Pas.
Sementara itu, Reezal Merican berkata, penghijrahan 42 ahli Pas tersebut adalah susulan daripada penyertaan 37 pemuda Pas ke dalam UMNO dua bulan lalu.
"Penghijrahan ahli Pas ke dalam UMNO hari ini bukannya modal untuk kita mendabik dada dan berbangga namun memberi kesedaran bahawa ada sesuatu yang tak kena di dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam dan Melayu itu.
"Senario ini adalah 'kesan bebola ais' yang akan menarik lebih ramai ahli Pas untuk menyertai UMNO pada masa depan dan mengukuhkan kedudukan kita menjelang pilihan raya nanti," ujarnya.
Tambah beliau, senario itu juga membuka ruang kepada UMNO Kepala Batas dan Pulau Pinang untuk kembali menjadi kubu kuat parti itu pada pilihan raya umum akan datang.
Pemimpin Pas Felda Kemahang 3 masuk UMNO
TANAH MERAH 25 Dis. - Timbalan Ketua Pas cawangan Felda Kemahang 3 di sini, Mohd. Ramli Deramin, 54, semalam meletakkan jawatan yang dipegangnya sejak tiga penggal lalu kerana hilang keyakinan terhadap parti pembangkang itu.
Katanya, sebahagian besar daripada 304 peneroka di tanah rancangan itu yang menyertai Pas sebelum ini juga akan mengikut jejak langkahnya untuk menjadi ahli UMNO dalam tempoh terdekat.
''Langkah itu diambil kerana mereka berasa dianiaya pemimpin Pas yang tidak turun padang untuk bersama-sama mereka menghadapi pelbagai masalah dan kemelut melanda peneroka di kawasan tersebut,'' katanya ketika ditemui pada majlis ramah mesra bersama Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad di sini, semalam.
Menurutnya, dulu dia pernah menjadi ahli UMNO tetapi berjaya dipengaruhi parti pembangkang itu yang memberi pelbagai janji manis.
Namun, katanya, selepas tiga penggal dan melihat sendiri kegagalan Pas, dia dan ahli lain hilang keyakinan dan kepercayaan kepada parti tersebut.
''Keputusan saya keluar Pas kerana yakin UMNO berpegang pada janji untuk menunaikan tanggungjawab apabila sering datang menjenguk dan bertanya khabar peneroka di sini biarpun pada pilihan raya lalu mereka kalah," katanya.
Sehubungan itu, katanya, dia dan ahli Pas lain berazam akan bersama-sama UMNO pada masa akan datang kerana mendakwa hanya parti itu yang benar-benar dilihat mampu memperjuangkan nasib orang Melayu terutama dalam kalangan peneroka seperti mereka.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar