PAS KATA NANTIKAN KEBANGKITAN RAKYAT, RAKYAT NKEDAH BANGKIT DALAM ISU SURAU WAKAF DEPA KETAQ PULAK....SAMPAI SOLAT HAJAT PON DEPA NAK REPORT POLIS....WOI PAS,,,APA PASAI ORANG SEMBAHYANG HAJAT HANG PA NAK REPORT POLIS PULAK????
ALOR SETAR 29 Dis. - Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) akan tetap mengadakan program Munajat Perdana di Madrasah Salihiah di Kancut pada Sabtu ini walaupun Dewan Pemuda Pas Alor Setar membuat laporan polis semalam bagi menghalang program itu diadakan.
Pengerusi BBSMS, Mansor Ahmad berkata, pihaknya juga ingin menjemput Ketua Pemuda Pas Alor Setar, Mohd. Azam Awang yang membuat laporan polis itu serta orang ramai untuk turut serta pada program tersebut.
"Aturcara yang akan dijalankan bermula pada pukul 12 tengah hari hingga 5 petang pada hari itu ialah solat Zuhur, solat hajat dan juga tazkirah.
"Ini bukan himpunan nak buat tunjuk perasaan jadi kami tetap akan jalankan program ini kerana kami ada permit dan orang ramai termasuk Mohd. Azam sila jemput ke program ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Semalam, Mohd. Azam membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk menghalang program yang akan diadakan Badan Bertindak Selamatkan Madrasah Salihiah (BBSMS) pada Sabtu ini.
Mohd. Azam ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kota Setar di sini berkata, perhimpunan BBSNS perlu dihalang kerana bercanggah dengan keputusan Majlis Fatwa Kedah yang membenarkan kaedah istibdal digunakan terhadap tanah wakaf khas madrasah itu.
Menurut Mansor, adalah penting untuk Mohd. Azam dan orang ramai hadir ke program itu kerana pihaknya akan memberikan penerangan mengenai isu yang melanda madrasah itu.
"Kalau Mohd. Azam tidak mahu datang Sabtu ini, dia boleh datang pada bila-bila masa kerana kami bersedia untuk memberikan penjelasan serta menunjukkan bukti-bukti mengenai madrasah ini agar dia tidak buta fakta," ujarnya.
YANG KAT BAWAH NI BOLEH PULAK DAH.....PAS FOR KRONI....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar