Rabu, 21 Desember 2011

PRO-ASPIRASI MENERAJANG 'EGO' SMM DAN BEBAS


PERHIMPUNAN PRO-ASPIRASI LEBIH BERAPI...SMM DAN SATU LAGI KUMPULAN SEBELUM NI KATA DEPA 500 ORANG TAPI YANG MALAYSIAKINI BOK KELUAR ADA KOT DALAM 50 SAJA. TAPI PRO-ASPIRASI MEMANG RAMAI DAN TIDAK MENURUNKAN SEBARANG BENDERA ATAU SESIAPA ANTARA MEREKA TIDAK JUGA HAMPIR DITUMBUK SEPERTI ADAM ADLI.


PUTRAJAYA, 21 Dis ? Lebih 1000 mahasiswa dari pelbagai institut pengajian tinggi hari ini berhimpun di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengecam tindakan segelintir mahasiswa terutama penuntut Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera gambar Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu lalu.

Kumpulan mahasiswa tersebut berhimpun sebagai tindakan balas terhadap sekelompok kecil kumpulan yang kononnya mewakili mahasiswa berarak ke Ibu Pejabat UMNO Sabtu lalu dengan bertindak biadap menurunkan bendera gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Pada perhimpunan di Putrajaya di sini kumpulan mahasiswa tersebut telah menyerahkan dua memorandum iaitu pertama membantah tindakan kurang ajar Adam Adli dan keduanya mendesak Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah meletak jawatan.

Wakil mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Azhar Daniel ketika ditemui pada perhimpunan tersebut berkata pihak berharap agar Kementerian Pengajian Tinggi dapat menggubal akta-akta baru yang boleh membendung agar perkara seperti yang ditimbulkan oleh sekelompok kecil mahasiswa terutama tindakan biadap Adam Adli tidak berulang lagi.

Beliau juga berharap agar tindakan tegas dikenakan terhadap Adam agar tidak memalukan nama mahasiswa lain.

?Biarlah Adam terus berpolitik tetapi tidak membawa nama mahasiswa. Apa yang dilakukan oleh Adam adalah tindakan biadap dan tidak menggambarkan pandangan mahasiswa keseluruhannya?, katanya kepada UMNO-Online.

Beliau juga mendakwa pembangkang telah banyak menaburkan wang kepada mahasiswa dalam usaha memperbodohkan mahasiswa demi kepentingan politik sempit pembangkang.

Sementara itu wakil mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Mohd Farhan Abu Talib pula menjelaskan tindakan Adam bukanlah menggambarkan suara pelajar UPSI kerana majoriti pelajar UPSI sentiasa memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri dan kerajaan apatah lagi kerajaan sentiasa membantu pelajar-pelajar IPT.

?Apa yang berlaku adalah tindakan peribadi Adam dan tidak ada kena mengena dengan UPSI. UPSI sendiri telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat adakah benar apa yang berlaku ada kena mengenai dengan Adam dan sekiranya benar tindakan sewajarnya akan diambil?, katanya.

Memorandum kumpulan mahasiswa tersebut telah diterima oleh Setiasuaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Mohamad Khairi Malik. -MediaUMNO


GAMBAR DARI BLOG DOUBLE - Y













1 komentar: