KERAJAAN BARISAN NASIONAL BEGITU PRIHATIN TERHADAP KESUSAHAN RAKYAT. KERAJAAN PEMERINTAH SEDAR BAHAWA PROSES PENDAFTARAN MUNGKIN TIDAK LANCAR SEKIRANYA HANYA BORANG YANG TERPAKSA DIUPLOAD ATAU DIDAPATI DI LHDN SAHAJA. KERAJAAN BARISAN NASIONAL TELAH MENGUMUMKAN BAHAWA BORANG YANG DIBUAT SALINAN JUGA DITERIMA.
Borang fotokopi BR1M sah
IPOH 17 Dis. - Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disalin semula adalah sah untuk digunakan selain borang asal yang diedarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah menjelaskan, borang tersebut boleh digunakan dalam usaha kerajaan mempercepatkan proses pendaftaran dan pengagihan bantuan dalam tempoh yang ditetapkan.
Katanya, sehingga 15 Disember lalu, sebanyak dua juta borang permohonan diterima LHDN dan kesemuanya sedang diproses bagi memastikan pembayaran dapat dijalankan secara berperingkat selewat-lewatnya pertengahan Januari depan.
"Borang fotokopi memang dibenarkan penggunaanya kerana dalam proses pendaftaran yang menyasarkan 5.2 juta pemohon, adalah amat sukar jika kita bergantung kepada LHDN semata-mata.
"Oleh itu, pembukaan kaunter-kaunter di seluruh negara termasuk penglibatan pemimpin tempatan dalam mengedarkan borang tersebut amat membantu bagi memastikan proses tersebut dapat dilakukan dalam tempoh sebulan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar bagi menjelaskan kekeliruan orang ramai berhubung penggunaan borang fotokopi BR1M di Hotel Impiana di sini hari ini.
Ahmad Husni berkata, walaupun penggunaan borang fotostat dibenarkan, orang ramai diminta berhati-hati dengan borang permohonan yang telah ditokok tambah bagi mengelakkan kegiatan penipuan.
Ini kerana katanya, terdapat aduan mengenai borang permohonan tiruan yang meminta orang ramai menyertakan nombor akaun bank.
"Kita minta orang ramai sekiranya didatangi individu yang mahu menjual borang tersebut dan perlu disertakan dengan nombor akaun bank, segera membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dijalankan," katanya.
Mengulas mengenai edaran borang permohonan di kawasan-kawasan terpencil, beliau berkata, beberapa pegawai LHDN dengan dibantu pekerja sambilan akan ke kawasan pedalaman terutamanya di Sabah, Sarawak dan Pahang bagi mengedarkan borang tersebut.
KPS: TERIMA KASIH KERAJAAN BN,,,,WALAUPUN SI PENTAKSUB P[AS TERUS MENGAMBIL BORANG TETAPI TIDAK TAHU ERTI SYUKUR DAN TERIMA KASIH.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar