SAMSENG P'GAY'R MINTA NYAWA.....DI BAWAH....
SUMBER....SINAR HARIAN...
Berhenti ancam Adam Adli
Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK) memberi amaran bahawa bangkitan anak muda seperti yang berlaku di Indonesia ini bakal berlangsung di Malaysia sekiranya ugutan ataupun kekasaran ke atas pimpinan Legasi Mahasiswa Progressif (LMP), Adam Adli Halim diteruskan.
Pengarah Biro Mahasiswa AMK, Mohd Saiful Mohd Zulkifli berkata, dalam sejarah Reformasi ‘98 di Indonesia, tindakan pemerintah yang mengasari mahasiswa sehingga tiga orang mahasiswa Universitas Trisakti meninggal dunia mengakibatkan kebangkitan anak muda dan rakyat menentang kerajaan yang zalim.
Mohd Saiful berkata, mahasiswa itu perlu dibebaskan dari segala ugutan dan berikan kebebasan mereka dengan mansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Sebelum ini, tindakan Adam Adli menurunkan bendera Perdana Menteri sebagai tindakan protes terhadap sistem pengajian tinggi telah menerima pelbagai ugutan termasuk ugutan bunuh, pukul, ludah dan cacian.
“Ugutan yang dihantar kepada Adam Adli termasuk daripada beberapa blogger Pro Umno, kiriman SMS malah video melalui youtube yang mengugut ingin meludah dan memukul mahasiswa ini.
“Tindakan ini jelas menunjukkan budaya samseng melebar dalam Umno. Umno cuba mewujudkan politik takut, (Politic of Fear) dikalangan mahasiswa dengan membentung mereka untuk terus bangkit," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau mendakwa, Biro Mahasiswa AMK mengingatkan pihak yang mengugut mahasiswa termasuk Pemuda Umno, samseng-samseng dan pihak universiti agar berhenti mengugut dan mengasari mahasiswa jika tidak mahu berhadapan dengan kebangkitan rakyat.
KPS : BUAT BERANI.....TANGGUNG TAK MAU PULAK....BALING BATU TOK SAH SEMBUNYI TANGAN LA...BAYAR SAJA TINGKAP YANG PECAH TU. YANG MAMAT PKR NAK BAGI CONTOH INDONESIA APA CER....??? INGAT ORANG MALAYSIA GENTAR KA SITUASI INDONESIA YANG DIGAMBAARKAN. KAMI HARIMAU MALAYA LA....
APA BARANG ANCAM GUNA NAMA INDON....HARIMAU MALAYA PON TELAN GARUDA...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar