KPS WALAUPUN MENULIS BLOG INI TIDAK SAMPAI SETAHUN LAGI, TAPI DALAM TEMPOH MASA INI KPS SUDAH MERASA BANYAK PERKARA YANG MANIS ATAU PUN YANG PAHIT. KPS SEDAR AKAN USIA KPS YANG BELUM LAGI LAYAK MENJADI PENGUNDI BERDARTAR SEKARANG DAN ADALAH KPS TERLEPAS UNTUK MENGUNDI PADA PRU-13 SEKIRANYA DIADAKAN DALAM SUKU PERTAMA TAHUN INI. TETAPI DALAM USIA INI KPS SUDAH LALI DENGAN POLITIK. ADA PIHAK LAWAN MENGANGGAP KPS BUKAN LAWAN POLITIK TETAPI MEREKA MELAWAN KPS KONONNYA KPS MUSUH ISLAM. PADA MEREKA, PUAK MEREKA SAHAJA ISLAM YANG LAIN KAFIR. INI REALITI. TETAPI KPS KERAP KALI MAKLUMKAN BAHAWA SAMA ADA UMNO ATAU PEMBANGKANG TIADA YANG MAKSUM DAN TIADA YANG SEMPURNA.
KALAU ADA PIHAK MENGHUJAHKAN BAHAWA PARTI PAS SEBUAH PARTI ISLAM MEREKA SILAP. ISLAM ADALAH AGAMA YANG MEMBAWA PENYATUAN BUKAN PERPECAHAN. KENAPA KPS BERKATA BEGITU. KPS TIDAK MAHU MEMBERI CONTOH BIASA DALAM SUASANA POLITIK SEMASA. KPS KECILKAN SKOP KEPADA KEHIDUPAN BERJIRAN. ADA ANTARA PAS INI YANG DUDUK SEBELAH MENYEBELAH RUMAH. SETIAP KALI SEMBANG POLITIK JENGUK DARI PAGAR SAJA. KALAU NAK DENGAR CERAMAH NAIK DUA ORANG SATU MOTOR. HEBAT, BAGAI ISI DENGAN KUKU. TETAPI....ADA TAPINYA.......
ISTERI TAK BERTEGUR SAPA. APAKAH INI ISLAM???? SUAMI RAPAT TETAPI ISTERI MEREKA TAK BERTEGUR SAPA. KALAU TAK BERTEGUR SAPA DALAM TEMPOH 3 HARI BAGAIMANA MENURUT AJARAN ISLAM.? MUNGKIN SESIAPA JUGA BOLEH MENGATAKAN KPS AUTA. SILAKAN. TETAPI SEBAGAI SEORANG YANG MENYAKINI HARI AKHIRAT YANG AKAN DISOAL APA JUA YANG KITA LAKUKAN KPS MENGINSAFI DAN TIDAK AKAN MENULIS BERKAITAN FITNAH. PERKARA INI BENAR-BENAR BERLAKU DI TEMPAT KPS.
KPS: PAS BUKAN AGAMA,,,DAN ISLAM ITU AGAMA YANG SUCI .....
Tidak ada komentar:
Posting Komentar