UMNO CAW. TEBUK PULAI, DUN SABAK BERNAM, BHGN. SABAK BERNAM.
Nama ahli : ABDUL AZIZ BIN BARI. NO. KP BARU 590822106465. NO. KP LAMA 5744268 ***NO. AHLI UMNO 02236293***
UMNO CAW. TEBUK PULAI, DUN SABAK BERNAM, BHGN. SABAK BERNAM.
Nama ahli : ABDUL AZIZ BIN BARI. NO. KP BARU 590822106465. NO. KP LAMA 5744268 ***NO. AHLI UMNO 02236293***
"KUALA LUMPUR 10 Feb. - Kes saman fitnah Dr. Abdul Aziz Bari terhadap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd., ekoran tindakannya mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 dan 25 September depan.
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof di kamar beliau ketika pengurusan kes saman itu hari ini.
Abdul Aziz memfailkan saman itu pada 22 Disember 2011 setelah mendakwa, kata-kata fitnah itu secara langsung merujuk kepadanya kerana nama dan jawatannya ketika itu disebut secara spesifik.
Artikel yang bertajuk, ‘Zulkifli Noordin sahut cabaran Aziz Bari’ itu disiarkan pada 17 Oktober tahun lalu.Abdul Aziz selaku plaintif menamakan Zulkifli, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan syarikat akhbar itu masing-masing sebagai defendan pertama sehingga ketiga.
Menurut Abdul Aziz, kata-kata tersebut amat jahat sama ada atas kapasiti peribadinya atau atas jawatannya yang ketika itu bertugas sebagai pensyarah Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa.
Peguam Rohanidah Shafie yang mewakili syarikat akhbar itu dan juga Ketua Pengarangnya memberitahu pemberita, pihak-pihak dikehendaki memfailkan ikatan dokumen, fakta dan isu yang dipersetujui untuk diserahkan sebelum pengurusan kes pada 17 April depan. - UTUSAN"
Datuk Seri Azizan Abdul Razak menempelak pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari sambil menegaskan bersedia berdepan dengan apa jua tindakan oleh Pakatan Rakyat termasuk dipecat sekiranya bersalah.
Menteri Besar Kedah ini mengulas desakan Aziz semalam agar Pakatan Rakyat mengambil tindakan tegas terhadap beliau kerana mengambil tindakan ke atas lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tahun lepas.
Menyentuh soal prinsip Buku Jingga yang mahu memansuhkan AUKU, Azizan (gambar) menegaskan “Buku Jingga bukan al-Quran” yang harus dipatuhi sepanjang masa.
“Ada perkara boleh laksana dan ada perkara yang tidak boleh...kena lihat pada keadaan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
“Kalau Pakatan Rakyat nak ambil tindakan terhadap saya, ambillah...ini urusan universiti, saya tidak campur tangan (dalam soal tindakan tatatertib),” tambahnya.
Mei lalu, lima mahasiswa kolej universiti tersebut dibicarakan dan digantung pengajian kerana didapati terlibat dalam demonstrasi yang bertujuan untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan Sekolah Insan Bestari yang diadakan di kediaman Ar-Razi, KUIN.
Mereka membantah pembinaan di kawasan tersebut kerana dilihat tidak strategik dan akan mengganggu proses pengajian dan pembelajaran mahasiswa tahfiz.
Mereka yang dikenakan tindakan gantung pengajian ialah Mohd Faiz Mohd Arshad, Mohd Azlan Mat Zain, Ahmad Remi Mohd Arof, Zukhilatif Marzuki dan Muhamad Aiman Che Abd Razak.
Ekoran penggantungan itu, kelima-lima mahasiswa itu mengambil tindakan perundangan mencabar keputusan KUIN itu.
Kes itu akan disebut pada 12 Mac depan.
Azizan turut menyifatkan Aziz “buta undang-undang” dan tidak bersikap seperti tokoh akademik.
“Macam mana beliau (Aziz) suruh saya campur tangan dalam hal pentadbiran universiti? Yang kedua perkara ini sudah dibawa ke mahkamah...jadi buat apa nak bising, tunggu sahaja kes bermula.
“Sekarang nak suruh saya buat macam Umno pula, semua perkara di bawah urusan KUIN...saya tidak campur tangan, biar pihak pengurusan dan pentadbiran yang buat,” katanya.
Beliau menambah: “Kalau beliau pakar perlembagaan patut tahu bila dah bawa ke mahkamah buat apa nak bising. Beliau dangkal, belajar perlembagaan tapi tidak tahu prosedur.”
Azizan turut menegaskan AUKU telah dilaksanakan di KUIN sejak sekian lama dan ia tidak mendatangkan sebarang masalah.
“Saya anak AUKU, tiada masalah...KUIN adalah hak Kedah, bukan pusat. Jadilah rasional, ‘gentleman’ sikit.
“Undang-undang di KUIN sebelum saya masuk sudah ada. Di Selangor ada tak AUKU? Universiti di Selangor ada AUKU tak? Kami universiti swasta, teori lain...amalan lain,” katanya.
Beliau menambah segala urusan KUIN dilaksanakan pentadbiran universiti bukannya beliau yang memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah KUIN.
“Tanggungjawab di bawah urusan pentadbiran, kita ada rektor, ada kakitangan KUIN bukan saya.
“Kalau Pakatan Rakyat nak pecat, pecatlah...ingat mudah,” katanya.
PAS akan meminta Azizan memberikan penjelasan berhubung penggantungan lima mahasiswa KUIN pada 12 Februari ini semasa mesyuarat bulanan PAS pusat di ibu pejabat parti Islam itu.
Abdul Aziz Tawar Diri Jadi Calon Pakatan Rakyat
PETALING JAYA: Pakar perlembagaan Profesor Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Abdul Aziz dipetik menerusi kiriman emailnya kepada The Malaysian Insider sebagai berkata, beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat.
"Saya tidak ghairah untuk menjadi anggota parti namun sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus.
"Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai menjadi calon mereka," katanya.
Beliau yang mengesahkan menerima tawaran tidak rasmi daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bagaimanapun berkata, masih terlalu untuk membuat keputusan mengenai mana-mana parti yang akan disertainya.
Katanya, beliau tidak memilih untuk bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan semua parti itu komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan.
"Ia penting bagi mewujudkan sistem dua parti," katanya.
Pada 19 Oktober lalu, beliau menerima surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh unit undang-undang universiti tersebut ekoran kenyataannya yang didakwa mempertikaikan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
Sehingga kini, Abdul Aziz masih belum menerima maklum balas daripada pihak pengurusan UIAM berhubung permohonannya untuk meninggalkan universiti tersebut.
Ketika dihubungi mStar Online pada Khamis, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
Perlembagaan: ‘Pandangan paderi tidak salah, Perkasa jangan cabar’, kata Aziz Bari
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
December 26, 2011
KUALA LUMPUR, 26 Dis - Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari mempertahankan seorang paderi yang didakwa mempersoalkan Artikel 153 Perlembagaan dalam rumah ibadat sambil menambah tiada sebarang unsur hasutan dalam ucapan sempena sambutan perayaan Krismas semalam.
Selain itu, menurut Abdul Aziz (gambar), tiada pihak termasuk Petubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) perlu mengeluarkan sebarang bantahan atau cabaran terhadap paderi itu Rev. Dr Eu Hong Eng, seorang pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF).
Beliau turut menasihatkan semua pihak supaya matang dalam mengemukakan hujah dan bukan membangkitkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan kaum.
"Jadi ia agak tidak betul untuk Perkasa mengeluarkan cabaran dan membangkitkan peristiwa 13 Mei 1969. Ini kerana paderi itu tidak mempersoalkan dasar atau apa-apa yang berkaitan dengan Artikel 153, beliau hanya mengeluarkan pendapat tentang bagaimana artikel itu dilaksanakan. Ia boleh diterima, tiada unsur hasutan tentang perkara itu.
"Semasa kita memasuki kemerdekaan negara yang ke-55, kita seharusnya matang untuk berhujah dan mengemukakan pandangan-pandangan, malah segala apa yang berlaku dan isu seperti ini memberi kesan kepada negara. Kita mesti ingat bahawa dasar-dasar dan peruntukan di bawah Artikel 153 dibiayai , sesuatu yang memberikan kita semua hak untuk memberikan komen tentang apa yang berlaku," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.
Semalam Perkasa melalui Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali menyelar tindakan Eu yang mempersoalkan Perlembagaan 153 dalam rumah ibadat sempena sambutan perayaan Krismas.
Syed Hassan berkata perkara sedemikian tidak pernah berlaku dalam mana-mana khutbah di masjid sama ada ketika sambutan perayaan Aidilfitri mahupun Aidiladha.
Beliau turut menegaskan peruntukan berkaitan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah disentuh oleh imam-imam semasa menyampaikan khutbah.
“Nampaknya serangan terhadap Perlembagaan 153 sudah ditahap kemuncak bila ketua agama lain juga mempersoalkannya,” tegasnya.
“Lebih menyedihkan, ia dipersoalkan di dalam gereja oleh ketua agama, Perkasa berpendapat paderi tersebut tidak faham Fasal 153 Perlembagaan Negara itu atau sengaja mahu timbul ketegangan,” tegasnya lagi.
Kata Abdul Aziz, Artikel 153 diwujudkan untuk menjaga hak rakyat negara ini dengan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab melindungi peruntukan-peruntukan itu.
"Seperti yang kita lihat bahawa istilah Artikel 153 (1) adalah bertujuan mencari perpaduan dan kesepakatan berdasarkan peruntukan Perlembagaan itu bahawa menjadi tanggungjawab Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi di Sabah dan Sarawak serta kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.
"Saya merasakan apabila Perlembagaan mengatakan bahawa Agong mempunyai kuasa untuk melindungi peruntukan itu, namun sila perhatikan Majlis Raja-raja yang mana mempunyai hak rundingan mengenai dasar yang diperbuat oleh kerajaan tentang Artikel 153 (1) seperti yang ditetapkan oleh Artikel 38(5) bahawa Raja juga perlu memastikan tidak ada mana-mana pihak yang memiliki kuasa secara mutlak," katanya.
Menurut laporan dalam lidah rasmi pakatan haram sebentar tadi 10:48 pm. Peguam Aziz Bari memaklumkan bahawa Aziz Bari harus melapor diri ke dekan fakulti undang-undang esok?!!! Adakah ini bermakna Aziz Bari dibenarkan bertugas semula?!!!
Amat kesal dengan tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia yang tidak berbincang dahulu sebelum bertindak
~Suara Mahasiswa Uia~