Sabtu, 01 Oktober 2011

GUAN ENG...LU BOLO PUNYA ORANG...LIDAH ADA CABANG

LIDAH GUAN ENG


Hina Johor: Guan Eng mohon maaf

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my

PULAU PINANG 30 Sept. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan rakyat negeri itu yang tersinggung dengan dakwaan kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP itu masih tetap mahu mempertahankan pendirian dengan menuduh kenyataannya sebelum ini telah disalah tafsir oleh pihak media.

"Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.

"Dalam laporan media, Sultan Johor juga bertitah bahawa baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah Sultan Johor.

"Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional (BN)," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Kenyataan tersebut boleh dilihat di laman blog Guan Eng, http://limguaneng.com.

Menurut Guan Eng, beliau akan tetap membawa perkara tersebut ke mahkamah bagi membuktikan dirinya tidak bersalah.

"Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama," ujarnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika mengulas perkara itu menganggap Guan Eng tidak ikhlas kerana beliau terus menyalahkan pihak lain khususnya 'media Barisan Nasional (BN)' yang didakwa memutarbelitkan kenyataannya.

Menurut beliau, tindakan pemimpin DAP itu menunjukkan perangai beliau yang sebenar iaitu seorang pemimpin yang tidak ikhlas.

"Perangai dia sebenarnya telah mengundang kemarahan seluruh rakyat Johor, khususnya polis, kakitangan kerajaan dan para peniaga kerana dia telah menghina Johor walaupun realitinya kadar jenayah menurun," katanya.

Mohd. Puad berkata, dia sepatutnya bukan sahaja memohon maaf kepada Sultan Johor, tetapi kepada seluruh rakyat negeri ini kerana menuduh kakitangan kerajaan tidak bersih.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Abd. Samad pula menyifatkan permohonan maaf Guan Eng itu menyerlahkan perangainya sebagai pembohong besar.

"Sama ada dia ikhlas atau tidak ikhlas memohon maaf atas keceluparannya, ini bermakna media telah mendedahkan dan melaporkan perkara yang benar. Sekalung tahniah diucapkan kepada media yang berjaya menyelongkar pembohongan seorang pemimpin DAP (Guan Eng).

Shahrir yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru berkata, sebenarnya Guan Eng tidak sedar yang membocorkan perkara itu adalah media asing yang mentertawa dan tidak gemar dengan perangai Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

"Kalau dah mohon maaf, diam-diam sajalah, jangan cuba menyalahkan pihak lain (media)," katanya.

Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Samsol Bari Jamali pula berkata, permohonan maaf Guan Eng bukti jelas bahawa beliau bersalah dan secara sedar telah melakukan sesuatu yang mengguris seluruh rakyat Johor, khususnya Sultan Johor.

AIYAA....KM PALING BOLO...GUAN ENG LIDAH ADA CABANG. MAU MINTA MAAF PON LIDAH MAU ADA CABANG JUGA KA ? LU SENDIRI ADA CAKAP KERAJAAN JUGA ADA SALAH KA? GUAN ENG MEMANG ADA BOLO. LIDAH BERCABANG.

KPS: GUAN ENG....LU BOLO PUNYA ORANG

Tidak ada komentar:

Posting Komentar