Kamis, 12 Mei 2011

SELAMAT ULANG TAHUN PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU @ UMNO YANG KE- 65. KPS TERUS SETIA BERSAMA UMNO.







COPY DARI BLOG PRO-UMNO




SEJARAH UMNO

UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui.

Lahirnya UMNO adalah hasil dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan berbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersetuju mengambil tindakan bersama untuk survival bangsa Melayu. Berhadapan dengan rancangan Malayan Union yang dibawa oleh British selepas Perang Dunia Yang Kedua, pertubuhan-pertubuhan ini dengan sukarelanya membubar diri masing-masing demi membuka jalan kepada sebuah parti politik yang ulung sebagai pernyataan hasrat semua golongan dan lapisan masyarakat Melayu bagi memperjuangkan hak-hak mereka.

Di bawah rancangan British, dasar pro-Melayu sebelum Perang akan dirombak sekaligus, dan orang-orang Melayu sebagai penduduk asal negara ini terpaksa bersaing dengan orang-orang mendatang, iaitu suatu kejadian yang tidak diduga sama sekali oleh mereka kerana sepanjang penjajahan British mereka diberi perlindungan dari ancaman golongan-golongan tadi di samping jaminan bahawa ini adalah negeri Melayu yang diperintah bagi pihak Raja-Raja Melayu.

Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara.

Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato’ Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju.

Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai factor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat.

Semangat kebangsaan Melayu yang baru meletus secara meluas itu perlu untuk menjaga keutuhan masyarakat yang sejak beberapa lama merupakan penduduk asal kepada kawasan ini. Seluruh penentuan hidup di negara ini sekarang ada hubungan langsung atau tidak langsung dengan nasionalisme Melayu.

Tetapi nasionalisme ini bukan suatu yang sempit kerana telah diperluaskan untuk merangkumi lain-lain kaum demi perpaduan dan kestabilan negara. Di peringkat awal pergerakan kearah kemerdekaan adalah disedari tidak mungkin bagi sesuatu kaum memaksakan politiknya dan menolak kenyataan hadirnya kaum-kaum lain yang juga berhak untuk menyertai dalam politik negara. Usaha-usaha dibuat bagi mengeratkan kerjasama di antara kaum sehingga tertubuhnya Perikatan UMNO-MCA pada awal 1952 bila kedua-dua parti ini bertanding dalam pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur. Kemenangan telah diperolehi oleh kedua-duanya dan ini membawa kepada kerjasama yang lebih jauh menjelang kemerdekaan.

Pada tahun 1955 bagi menghadapi pilihanraya umum yang pertama, Perikatan UMNO-MCA-MIC telah diwujudkan sebagai lambang permuafakatan dan kerjasama yang rapat antara kaum-kaum. Dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman Putra, kemenangannya yang cemerlang telah diperolehi. Maka jelaslah kepada pihak penjajah bahawa kaum-kaum di Tanah Melayu adalah bersatu hati dan boleh merdeka.


KRONOLOGI KELAHIRAN UMNO

Satu himpunan besar-besaran yang dikenali sebagai Kongres Melayu Se-Malaya pertama telah diatur oleh Persatuan Melayu Selangor di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baharu, Kuala Lumpur pada 1 hingga 4 Mac 1946 dan seramai 41 Pertubuhan-pertubuhan Melayu telah menghantar wakil masing-masing.

Dato’ Onn bin Jaafar dari Persatuan Melayu Johor telah dipilih sebagai Pengerusi Kongres. Hampir semua wakil pertubuhan telah berucap termasuk dua orang wakil kanak-kanak.

Tiga usul telah dululuskan oleh Kongres seperti berikut:
1. Menubuhkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
2. Membantah pertubuhan Malayan Union
3. Mengadakan Derma Pelajaran Kebangsaan Melayu

Satu jawatankuasa yang terdiri dari Dato’ Onn Jaafar, Dato’ Panglima Bukit Gantang, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Dato’ Hamzah Abdullah dan Encik Zainal Abidin Ahmad (Zaaba) telah dipilih untuk menyediakan draf Piagam atau Perlembagaan UMNO untuk dibentangkan dan diterima oleh Kongres Melayu Se-Malaya kelak.

Walaupun ada bangkangan yang hebat dari kaum Melayu, Kerajaan British tetap meneruskan rancangan mereka dan pada 1 April 1946 mengwujudkan Malayan Union. Orang-orang Melayu dan pertubuhan-pertubuhan Melayu terus membangkang dan tidak memberi sebarang sokongan terhadap Malayan Union. Pada 11 Mei 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Kongres Melayu Se-Malaya ketiga dan perhimpunan agung pertama Pertubuhan Melayu Kebangsaan Melayu Bersatu atau PEKEMBAR (UMNO) telah berlangsung dan Piagam atau Perlembagaan (UMNO) telah diterima dan diluluskan oleh para peserta dan UMNO pun lahirlah secara rasmi.


baca juga kisah pertemuan pejuang-pejuang negara dengan Dato' Onn Jaafar di Besut untuk menubuhkan Umno dan bagaimana Umno ditubuhkan dengan semangat yang ingin membebaskan negara dari cengkaman British di sini http://www.umno-besut.org/ meskipun perjuangan mereka mendapat tentangan hebat dari British.


FASA PEMULIHAN UMNO

Demi membina masa depan dan mendaya bangsa Melayu ahli Umno harus melalui beberapa fasa pemulihan.


· Fasa pertama dan terpenting memperakui kelemahan dan masalah yang hadapi.

· Fasa kedua adalah untuk membuat muhasabah dan mencari penawar mustajab memperbaiki kekurangan.

· Fasa ketiga memulakan gerak kerja.



JASA UMNO KEPADA ORANG MELAYU

Presiden Parti juga menekankan peranan UMNO sebagai parti unggul orang Melayu. Antara peranan UMNO adalah seperti berikut:

* Komited untuk melakukan bukan saja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi rumpun Melayu.

* Merubah orang Melayu daripada bangsa tidak berkesedaran politik sebelum Perang Dunia Kedua kepada bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dengan siasah hujung lidah menundukkan kuasa besar dunia iaitu British.

* Menggerakkan kesedaran nasionalisme, semangat patriotisme dan demokrasi politik.

* Kepemimpinan Umno berjaya menjadi teraju ulung mentransformasikan Malaysia dengan pantas seperti dikecapi hari ini.


UMNO HARI INI




2010 menjadi dimensi baru bagi UMNO Malaysia, yang telah memulakan tahun baru dengan pelancaran program ‘UMNO Juara Rakyat’. Program itu telah dilancarkan oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Mohd. Najib Tun Haji Abd. Razak.

Program ini merujuk kepada hasrat UMNO untuk menjuarai kehidupan rakyat, menjuarai pembelaan rakyat, menjadi johan dalam membangun rakyat dan sentiasa berada di barisan hadapan untuk rakyat.

Ia juga akan bertujuan meletakkan UMNO berada nombor satu di hati rakyat dengan rakyat juga sentiasa berada di tempat utama dalam perjuangan UMNO. Malah jika berlaku malapetaka maka UMNO yang pertama akan datang membantu dan konsep ‘juara’ itu sendiri akan meletakkan pemimpin bekerja dengan lebih keras agar menjadi nombor satu.

Program tersebut bukanlah untuk bermegah atau sombong khususnya apabila menyebut juara, tetapi hakikatnya selama ini UMNO dan BN yang merancang dan melaksana semuanya termasuklah projek pembangunan.

Sememangnya tiada siapa yang dapat menafikan apa lagi memadam hakikat pembangunan untuk rakyat dalam semua bidang termasuk pendidikan, kebajikan, wanita, keluarga, belia, pertanian, pekerjaan, kesihatan, kerohanian dan lain-lain lagi adalah merupakan perjuangan UMNO dan BN yang melaksanakan tetapi ada rakyat yang kurang sedar bahawa yang menjuarai kehidupan mereka adalah UMNO/BN.

Melalui Program UMNO Juara Rakyat, turut disediakan aktiviti seperti Forum Perdana, pertandingan syarahan 1Malaysia, pertunjukan kebudayaan masyarakat Cina dan India, pertandingan nasyid, futsal serta pertunjukan kebudayaan 1Malaysia.

Selain sambutan peringkat negeri, semua 191 bahagian UMNO di seluruh negara telah melaksanakan program tersebut pada skala lebih kecil selama dua hari satu malam setiap bulan.


7 ELEMEN PENTING

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO Ke-61 telah menggariskan tujuh elemen bertema ‘Mendahulukan Rakyat’ sebagai asas pengisian dalam Model Transformasi UMNO untuk persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 serta memastikan kuasa orang Melayu terus dipertahankan.


Tujuh Elemen penting tersebut ialah:

• Perlunya mengamalkan sikap mementingkan pasukan dan bukan kumpulan sendiri.

• Ahli dan pemimpin UMNO pada semua peringkat mesti menentukan maruah dan kepentingan parti lebih besar daripada kepentingan diri.

• Ahli dan pemimpin UMNO perlu memenangi pemikiran, hati dan jiwa rakyat supaya parti dilihat inklusif.

• Mahir teknologi dengan menguasai media baru, terutama laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

• Memberi tumpuan kepada empat juta pengundi baru menjelang pilihan raya umum akan datang.

• UMNO mesti menuju sifar masalah, termasuk mengelakkan pertelagahan pada peringkat bahagian; dan

• Amalan mendahulukan rakyat dalam sebarang tindakan.



Perdana Menteri turut mengingatkan orang Melayu jangan terkeliru dengan dakyah pembangkang kononnya orang lain juga boleh mempertahankan Perlembagaan, walaupun UMNO dan Melayu kehilangan kuasa politik.


AMANAT PRESIDEN KEPADA AHLI


Presiden UMNO,Datuk Seri Najib Razak ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah menekan dan memberi perhatian pada kedudukan orang-orang Melayu masa kini .

Antara saranan dan kupasannya terhadap orang-orang Melayu adalah seperti berikut:

* Melayu abad ke-21 wajib mempersiapkan diri memanfaatkan segala hak dan peluang yang ada.

* Tidak mempersiakan kuota, rizab dan permit yang diperuntukkan. Peluang yang ada sekiranya digadai adalah dalam keuntungan jangka pendek.

* Orang Melayu pada masa ini harus bersifat glokal, mampu bersaing dengan yang terbaik, mampu bertarung dengan yang paling kuat dan mesti menjadi yang terhebat di pentas antarabangsa.

* Anak Melayu jangan menjadikan alasan masih lagi lemah kerana dari kesan penjajahan yang hampir lima kurun.

* Bangsa Melayu jangan menjadi bangsa yang meminta-minta.

* Tidak menjadi bangsa berpuas hati dengan momokan rezeki secupak kerana ia takkan jadi segantang.

* Pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa berilmu, siapa menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran.

* Mengambil jalan mudah dengan bersifat dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding .

* Tidak sekali-kali akan membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang melukut di tepi gantang.

* Bangsa yang menjadi dagang di negeri sendiri








sumber :


http://umno-online.com/?page_id=2883

Tidak ada komentar:

Posting Komentar