Selasa, 10 Mei 2011

KELAS BAHASA TAMIL BERSAMA PAK NUAR : "PANDI KUTTY"







Nak kata bodoh tak tergamak, tak mau kata tak kena jugak. Selepas satu, satu yang ditimbulkan oleh papa nurul izzah. Selepas tidak cukup dengan gelaran mr. y, dikaitkan pulak dengan china doll, sedangkan wan azizah dah setaraf korean doll boleh dia tak puas lagi, habis jantan doll serta panadol pulak dikaitkan dengan mr. y ini. Ini semua berkaitan dengan ungkapan 'PANDI KUTTY' yang membawa makna 'anak babi' yang ditujukan oleh papa nurul izzah ini kepada PM najib semasa galak memaki dalam satu ceramah dihadapan masyarakat India di Klang pada ahad lalu. Ini sebenarnya bukan kali pertama, pada awal mac ketika video seks yang dikaitkan kasanova songsang ini tersebar, terpancul dari mulut 'manusia anugerah tuhan'(menurut wan jijah@mama kandung nurul izzah) ini perkataan 'haram jadah' dan beberapa lagi yang sememangnya keji perkataannya. Ini bab Pak Nuar. Sebenarnya mencarut, maki-memaki, kutuk sana- kutuk sini, gelar macam-macam kat pihak lawan telah sebati dengan PR bak kata perpatah seperti 'darah daging'. Sudah lupakah anda akan kenyataan TOK GURU NIK AZIZ (POK NIK) yang menggelarkan ALLAH pun mencarut dan kita dibolehkan mencarut juga. Kepada tok guru ingin saya menegur, ALLAH itu MAHA SEGALA-GALANYA, ALLAH berhak, kita cuma hamba-NYA, APA HAK KITA NAK MENIRU ALLAH dalam perkara ini. Sila rujuk surah AL-IKHLAS Sekian.


VIDEO AKAN DILETAKKAN DALAM MASA TERDEKAT BERKAITAN NIK AZIZ KATA BOLEH MENCARUT.


Untuk pengetahuan semua juga, kisah babi@khinzir ini bukan asing oleh puak pembangkang ini. Malah seorang pemimpim PAS (arwah dan nama tidak akan disebutkan) pernah mengeluarkan kata-kata yang telah menitiskan air mata seorang ibu. Siapakah ibu malang itu dan siapakah pula anaknya yang begitu sabar dalam menghadapi kejian puak pas ini?

KISAH INI MELIBATKAN ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA. KISAH INI TIDAK DITULIS ATAS DASAR UNTUK MENGAITKAN SESIAPA, SEKADAR SEBAGAI PENGAJARAN KEPADA KITA. :-

Kisahnya begini, pernah anda mendengar penyakit JE yang berkaitan dengan nyamuk dan babi yang telah membunuh beberapa rakyat negara ini satu ketika dulu? . KPS pada masa itu sekitar umur 6 atau 7 tahun. Seorang pemimpin PAS telah menyerang menteri dalam negeri(pak lah) ketika itu dengan mengatakan lebih kurang begini “ orang badwi di arab bela unta, tetapi orang badawi di Malaysia bela babi”. Kata-kata ini lantas telah menghiris hati seorang ibu tua. Ibu itu sebenarnya ialah ibu kepada pak lah hingga menitis air mata ibu ini. Tetapi PAK LAH seorang yang berjiwa besar. Semasa kematian pemimpin PAS ini hanya PAK LAH menteri kabinet yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada pemimpin PAS ini( semoga roh beliau dicucuri ilahi).

Sekali lagi saya ulangi, kisah ini bukanlah untuk mengaibkan sesiapa, tetapi untuk teladan kita semua, insya-ALLAH.



KPS: KECIK-KECIK DULU, MAK KATA KLAU MENCARUT TUHAN KERAT LIDAH.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar