Rabu, 18 Mei 2011

13 MEI:ANTARA ZAHIR & HAKIKAT-bahagian 2




BHG 2

PADA BAHAGIAN 2 INI, KPS AKAN TERUS MENDEDAHKAN FAKTA MENGIKUT PADA PANDANGAN PENULIS SENDIRI. UNTUK BAHAGIAN KE 2 INI, KPS AKAN MEMBERI TUMPUAN KEPADA SEGALA PROVOKASI SERTA BUNGA-BUNGA TERJADI PERISTIWA HITAM 13 MEI INI. :-



GENDANG PEPECAHAN MULA DIPALU:-

PADA PANDANGAN KPS, ADALAH MUSTAHAK PERISTIWA PADA MALAM 24 APRIL DIBERI PERKIRAAN YANG BESAR. KEJADIAN PADA KIRA MASA 2 MINGGU SEBELUM PRU PADA 1969 ITU TELAH MENUNJUKKAN BESARNYA KESABARAN ORANG MELAYU DALAM MENGHADAPAI PROVOKASI DARI SUATU PIHAK. NAMUM, APAKAH KESABARAN INI SAMPAI KEPADA HADNYA? SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN.




PADA MALAM 24 APRIL SEKITAR 8.30 MALAM MERUPAKAN HARI TERAKHIR BAGI PERJALANAN HIDUP ENCIK KASSIM BIN OMAR. ARWAH YANG MERUPAKAN PEKERJA PILIHAN RAYA UMNO DALAM PERJALANAN PULANG KE RUMAH. KETIKA SAMPAI DI SUATU KAWASAN DI JELUTONG, PULAU PINANG, DIA TERLIHAT SUATU KEADAAN ORANG RAMAI YANG BERKUMPUL. SEMASA BERTANYA PERIHAL KEJADIAN ITULAH BELIAU TELAH DISERANG DAN DIBUNUH DENGAN KEJAM OLEH BEBERAPA ORANG PEMUDA. LEBIH DASYAT LAGI MUKANYA DILUMURKAN DENGAN CAT MERAH. ADA YANG MEMBERITAHU MAYAT BELIAU BUKAN HANYA DILUMURKAN CAT MERAH DI MUKA SAHAJA, MALAH DI SELURUH BADAN. TUNKU MENYEBUT PEMBUNUH ITU MERUPAKAN AHLI PARTI BURUH. PERKARA YANG KPS INGIN KITA RENUNGI PADA SAAT PENULISAN INI IALAH BERKENAAN CAT MERAH. CAT MERAH INI DIGUNAKAN OLEH SAMSENG POLITIK KETIKA KEMPEN BERLANGSUNG UNTUK MENGECAT PERKATAAN “JANGAN MENGUNDI DALAM PILIHAN RAYA”. CAT MERAH JUGA MERUPAKAN WARNA PARTI KOMUNIS. PIHAK BERKUASA MENYERU PEMIMPIN MELAYU DAN AHLI KELUARGA MANGSA SUPAYA TIDAK MENGHEBAHKAN BERITA KEMATIAN INI. PARA PEMIMPIN MELAYU DAN KELUARGA MANGSA DENGAN JIWA YANG BESAR TELAH BERSETUJU DENGAN CADANGAN INI DAN DAPAT MENGHINDARI MALAPETAKA RUSUHAN KAUM DENGAN LEBIH AWAL SEDIKIT. NAMUN ITU BUKAN JAMINAN, PANAS YANG DIHARAP SEPANJANG HARI, AKHIRNYA HUJAN JUGA DITENGAH HARI. 10 HARI SELEPAS KEJADIAN TERSEBUT, IAITU PADA 4 MEI SUATU KEJADIAN BESAR TELAH BERLAKU DI SELANGOR. PENTING DICATAT, MULAI DETIK INILAH KITA DAPAT MENILAI SIAPAKAH YANG SEBENARNYA DALANG SERTA SYAITAN DALAM TRAGEDI HITAM 13 MEI. KPS TIDAK INGIN MENUDUH SESIAPA DAN PIHAK MANA TETAPI PEMBACA SEKALIAN SILA TENTUKAN.

4 MEI 1969, IAITU 6 HARI SEBELUM PILIHAN RAYA UMUM. MENGAPA TARIKH INI PENTING UNTUK DIINGATI? KERANA IANYA ADA ADENGAN AKSI PERTEMPURAN, ADA KEMATIAN. PIHAK MANA? SIAPA MULAKAN? KPS KUPAS DENGAN LEBIH LANJUT PADA PERENGGAN INI.

PADA PAGI HARI ITU, 3 ORANG MATA-MATA(MUNGKIN PERISIK, MUNGKIN POLIS) TELAH MELAKUKAN RONDAAN DI KEPONG. KETIKA ITU JUGALAH 3 ORANG MATA-MATA INI TELAH TERSEREMPAK SECARA BERDEPAN DENGAN BEBERAPA ORANG PEMUDA SEDANG MENCONTENG DI ATAS JALAN RAYA DENGAN PENULISAN YANG TIDAK WAJAR DILAKUKAN. 3 ORANG MATA-MATA ITU PUN TELAH MENCABAR SEKUMPULAN PEMUDA TERSEBUT DAN BERLAKU SUATU PERGADUHAN DI ANTARA MEREKA. SETELAH ITU SEKUMPULAN PEMUDA TERSEBUT TELAH LARI KE SEBUAH PASAR BERDEKATAN DAN TERCETUS SATU LAGI PERGADUHAN DIANTARA KEDUA-DUA PIHAK INI. OLEH SEBAB KESELAMATAN, SEORANG DARIPADA MATA-MATA INI TELAH MELEPASKAN TEBAKKAN DAN BERJAYA MEMBUNUH SEORANG DARIPADA PENCETUS PROVOKASI TERSEBUT. MENURUT SUMBER DARIPADA PELBAGAI TEMPAT, LELAKI YANG TERBUNUH ITU BERNAMA LIM SOON SENG DAN KETIKA ITU BERUSIA 24 TAHUN. PADA PANDANGAN PEMBACA, APAKAH YANG AKAN DIRANCANG DENGAN KEMATIAN LELAKI CINA INI OLEH PIHAK PENCACAI POLITIK MURAHAN? SETAKAT MANAKAH KEMATIAN INI BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENCETUSKAN REAKSI 'TSUNAMI KEBANGKITAN' PIHAK MINORITI MENGHENYAK MARUAH MEREKA YANG MAJORITI? SUSURI TULISAN INI HINGGA PENAMAT.


DENGAN TERJADINYA KEMATIAN INI, PIHAK PENCACAI POLITIK MENDAPAT BUAH FIKIRAN UNTUK “MENGKAMBING HITAMKAN” KEMATIAN LELAKI CINA INI. PIHAK POLIS TELAH DIMINTA UNTUK MEMBERI PERMIT UNTUK PERARAKKAN PENGEBUMIAN LELAKI CINA INI PADA TARIKH 10 MEI IAITU HARI PEMBUANGAN UNDI. MEMANG BENAR, ADALAH PERLU PIHAK POLIS MEMBENARKAN SI MATI UNTUK DIBERI PENGHORMATAN TERAKHIR SEPERTI KEBIASAANYA, NAMUM PEMILIHAN TARIKH ITU BUKANLAH SUATU PERKARA YANG BIJAK. PIHAK POLIS TELAH MENGHALANG PERARAKAN TERSEBUT, NAMUN SELEPAS BEBERAPA KALI RAYUAN DIBUAT OLEH KELUARGA SI MATI DAN JUGA PEMIMPIN PARTI BURUH DI KEPUNG, PIHAK POLIS TERPAKSA AKUR DAN MEMBENARKAN PERARAKAN ITU DIADAKAN SEHARI SEBELUM TARIKH PEMBUANGAN UNDI IAITU PADA 9 MEI DAN BEBERAPA SYARAT KETAT TELAH DIKENAKAN OLEH PIHAK POLIS. POLIS TERNYATA BERFIKIRAN PANJANG DALAM PERKARA INI NAMUN TETAP RESAH KERANA KEESOKKAN HARI ADALAH HARI MENGUNDI DAN SEBARANG PROVOKASI BOLEH MENCETUSKAN SUATU PERKARA YANG TIDAK BOLEH DIGAMBARKAN MELALUI METAFORA KERANA TERLALULAH AMAT DASYAT.

HARI PERARAKKAN:-

PENTING DIINGATKAN, KPS TELAH MENULIS SEDARI AWAL BAHAWA INI MERUPAKAN RUSUHAN POLITIK DAN BUKAN RUSUHAN KAUM. KEPALA KEPADA PERARAKAN KEMATIAN INI BOLEH DINAMAKAN MEREKA IALAH YAP KAU(AHLI JAWATANKUASA PARTI BURUH CAWANGAN KEPONG), MISS TAN SIEW ENG(NAIB PENGERUSI PARTI BURUH CAWANGAN KEPONG) & SYED HAMID BIN SYED ALI(YANG DIPERTUA PERSATUAN PENUNTUT-PENUNTUT UNIVERSITI MALAYA). DARIPADA 3 NAMA YANG DINYATAKAN JELAS BAHAWA PERARAKKAN INI TELAH DIAMBIL ALIH OLEH SUATU BADAN SIASAH YANG HANYA INGIN MENANGGUK DI AIR KERUH. BANYAK SYARAT YANG TELAH DILANGGAR DAN PROVOKASI YANG TELAH DILAKUKAN OLEH PIHAK INI SEMASA PERARAKKAN TERMASUKLAH MENGHIMPUNKAN LEBIH 10 000 ORANG PADAHAL SYARAT ASAL CUMA 1 000 ORANG. KEBANYAKKAN JALAN TELAH DIUBAH DAN TELAH MENYEBABKAN KESESAKKAN YANG TERUK. PROVOKASI JUGA DILAKUKAN SEMASA SAMPAI DI BANGUNAN UMNO DAN PEJABAT MARA DENGAN PELBAGAI CARA YANG LANGSUNG MELANGGAR TATASUSILA KESOPANAN. MENURUT LAPORAN DARIPADA SEORANG POLIS MENURUT CATATAN TUNKU ABDUL RAHMAN, PIHAK PENGANJUR PERARAKKAN TELAH MELETAKKAN SEJUMLAH SENJATA DI DALAM KERANDA DAN SI MATI DI ARAK DILUAR KERANDA. GAMBAR YANG ADA MENCERITAKAN SEGALANYA, KPS TIDAK MAHU MENGHURAI DENGAN LEBIH LANJUT. UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH LAGI SILA RUJUK BUKU 13 MEI SEBELUM DAN SELEPAS DI BAB 7.



KEPUTUSAN PILIHAN RAYA:-

MENJELANG PAGI 11 MEI, SUASANA BEGITU MURAM BAGI PERIKATAN. PERIKATAN BERJAYA MEMBENTUK KERAJAAN NAMUN TELAH MENJADI GOYAH DENGAN PERTAMBAHAN BILANGAN KERUSI PEMBANGKANG. TUNKU SENDIRI CUMA MENDAPAT MAJORITI SEKITAR 3 000 UNDI BERBANDING KEBIASAANNYA 11 000 LEBIH. KESELURUHANNYA PERIKATAN TELAH KEHILANGAN 13 KERUSI BERBANDING PRU PADA TAHUN 1964. KEPUTUSAN IALAH SEPERTI BERIKUT.

PERIKATAN-76 MANAKALA PEMBANGKANG 37 KERUSI.
PECAHAN KERUSI PEMBANGKANG:-

DAP-13
PAS-12
GERAKKAN- 8
PPP-4

APAKAH KESAN KEMENANGAN INI KEPADA PIHAK PEMCELAKA POLITIK? JELAS MEREKA HILANG PEDOMAN DAN KEWARASAN LANGSUNG TIADA LAGI DALAM DIRI. KPS DAPAT MENYIMPULKAN RUSUHAN INI TELAH PUN BERMULA SEJAK 12 MEI 1969 BERDASARKAN PROVOKASI YANG TELAH DILAKUKAN OLEH PENCELAKA POLITIK. APAKAH YANG BERLAKU PADA 12 MEI 1969? SAUDARA-SAUDARI PEMBACA SENDIRI BOLEH MENGAGAK.

PADA 12 MEI 1969.......

DR. TAN CHEE KHOON DARI PARTI GERAKKAN TELAH MENANG BESAR DI KAWASAN BATU DAN MERANCANG PERARAKKAN KEMENANGAN BELIAU. HARUS DIAMBIL PERINGATAN BAHAWA PERARAKKAN BERKAITAN PERKARA INI BELUM PERNAH BERLAKU. PIHAK BERKUASA MEMBENARKAN TETAPI BERSYARAT. SEPERTI BIASA, SYARAT CUMA TINGGAL SYARAT. LANTAS JALAN YANG SEPATUTNYA DILALUI TELAH DIUBAH DAN BERLAKU KESESAKKAN YANG AMAT SANGAT DAN LEBIH PARAH KUMPULAN INI TELAH MEMASUKI KAMPUNG BARU YANG MERUPAKAN KUBU KUAT UMNO DAN MEMPUNYAI LEBIH KURANG 30 000 ORANG MELAYU DI KAWASAN INI. APAKAH PROVOKASI YANG TELAH DILAKUKAN OLEH KUMPULAN INI? SETINGGI MANAKAH TAHAP KECELAKAAN PERLAKUAN TERSEBUT? TERUSKAN MEMBACA.

PROVOKASI:-

KIRA-KIRA 20 ORANG TELAH BERHENTI DI BALAI POLIS JALAN TRAVERS DAN SEORANG DARIPADANYA MELAUNGKAN “MATI MELAYU” DAN MENUNJUKKAN KEMALUANNYA KEPADA POLIS SERTA KELUARGA YANG BERADA DI BALAI ITU. PERKARA INI TELAH DILAPORKAN OLEH MATA-MATA YANG MEMBUAT PENGINTIPAN. DI JALAN MOUNTBATTEN MEREKA TELAH MENAHAN KERETA ORANG MELAYU DAN MENCERCA DENGAN NIAT INGIN MENJATUHKAN MARUAH. ANAK PEREMPUAN KEPADA OCPD SENDIRI YANG BERUSIA 17 TAHUN DIANCAM UNTUK DITONYOH MATANYA SAMBIL MEREKA TERPEKIK-PEKIK MELAUNGKAN “ENGKAU MELAYU BODOH”, “TIDAK BERKUASA”. SEORANG PEMUDA MELAYU JUGA MEMBUAT LAPORAN POLIS BAHAWA DIA DIPUKUL OLEH 3 ORANG CINA DI FOCH AVENUE. UNTUK MENGESAHKAN PIHAK INI BETUL-BETUL TERLIBAT, FAKTA INI MUNGKIN BOLEH DIMAJUKAN KETIKA INI. ENCIK YEOH TECK CHYE DARI PARTI GERAKAN TELAH MEMOHON MAAF DISEBABKAN MASALAH YANG TELAH DITIMBULKAN OLEH PENYOKONG MEREKA. ENCIK YEOH TECK CHYE TELAH MENANG BESAR DI KAWASAN BUKIT BINTANG. BELIAU MEMBUAT PERMOHONAN MAAF INI PADA 13 MEI 1969 IAITU PADA HARI SELASA. NAMUM..........KAUM MELAYU TELAH MERASAI LUKA YANG TERAMAT SANGAT.......



13 MEI 1969..........

PERAKKAN OLEH ENCIK V. DAVID DARI PARTI GERAKKAN YANG TELAH MEMENANGI KERUSI PARLIMEN DI PULAU PINANG DAN DEWAN UNDANGAN NEGERI DI SELANGOR. ENCIK V. DAVID TELAH KE PARKING HOTEL DI JALAN BRICKFIELD DENGAN 200 ORANG PEMUDA INDIA SEDANG MENUNGGU. ENCIK DAVID TELAH MENGHUBUNGI POLIS NAMUM GAGAL. BELIAU TERUS MENELEFON TUNKU PADA JAM 12.05 PAGI 13 MEI. ENCIK DAVID TELAH BERUNDING SUPAYA FRU TIDAK DIHANTAR, LANTAS TUNKU TIDAK SEPENDAPAT DENGAN BELIAU. ENCIK DAVID MENGHABISKAN PERBUALAN DI TELEFON DENGAN BERKATA “PERGI BERAMBUS FRU, KAMU ANAK HARAM” DAN TERUS MELETAKKAN TELEFON.


NANTIKAN BAHAGIAN KETIGA.............ADALAH TERLALU PANJANG UNTUK MENANGANI SEMUA FAKTA DI BAHAGIAN YANG KEDUA INI.

KPS: NANTIKAN SAMBUNGANNYA.............

Tidak ada komentar:

Posting Komentar