Senin, 16 Mei 2011
BILA ISLAM DIPERMAINKAN........
JOHOR BAHRU: Empat beranak yang berperwatakan alim dengan berjubah dan memakai kopiah serta bertakbir, tiba-tiba bertukar menjadi ‘syaitan’ apabila masing-masing bersenjatakan parang menyamun stesen minyak di Bandar Permas Jaya, kira-kira jam 1.30 tengah hari, kelmarin.
Dalam kejadian itu, empat beranak yang pernah menyamun di premis sama sebanyak dua kali Jumaat lalu, bertindak lebih ganas apabila cuba mengelar leher pengusaha stesen minyak berkenaan ketika menghalang perbuatan mereka.
Lebih pelik, bukan saja bapa berusia 49 tahun membawa parang, malah tiga anaknya berusia 15, 14 dan lapan tahun turut membawa senjata sama ketika kejadian, manakala isterinya berusia 37 tahun yang berada di dalam teksi bersama anak perempuan berusia 12 tahun dan bayi berusia lapan bulan dikatakan turut berparang.
Menceritakan detik mencemaskan itu, pemilik stesen minyak berkenaan, Sulaiman Che Kutty, 45, berkata, dia yang berada di masjid bergegas ke stesen minyak selepas isterinya yang berada di rumah, dihubungi seorang pekerja memaklumkan kejadian itu.
“Akibat bimbangkan keselamatan pekerja, saya ke stesen sebelum melihat tiga individu berparang menetak meja kaunter dan kotak gula-gula.
KPS: SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, JIKA ANDA TELAH TERPENGARUH DENGAN JUBAH PUAK PAS LANTAS ANDA MENGECOP MEREKA SEBAGAI ISLAM DARI SEGI PAKAIAN, SEBENARNYA ITU TIDAK LEBIH DARI PAKAIAN SAHAJA. TAKBIR SETAKAT DI MULUT, DALAM HATI SIAPA YANG TAHU BAK KATA PEPATAH "KARAM DI LAUT BOLEH DITIMBA, KARAM DI HATI BILAKAN SUDAH." MESEJ KPS DI SINI JELAS, PAKAIAN SAHAJA BUKAN BOLEH DIJADIKAN ASAS SESEORANG ITU BAIK ATAU TIDAK TETAPI IMAN SESEORANG ITU YANG MENJADI PENANDA ARAS. JANGAN JADIKAN SUNNAH SEBAGAI JENAYAH. CONTOH YANG JELAS MEMAKAI JUBAH UNTUK MENCURI. ITU DALAM GAMBAR. PADA SUDUT POLITIK PULA, JANGAN GUNAKAN AGAMA UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN POLITIK. BILA POLITIK DICAMPURKAN DENGAN AGAMA AKAN MENJADI AGAMA FANATIK, TETAPI KLAU POLITIK BERPANDUKAN AGAMA KITA SELAMAT.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
pak lebai.. pak lebai.. hampeh punya pak lebai...
BalasHapus