Selasa, 10 Mei 2011




DALAM BEBERAPA HARI MENDATANG SEHINGGA TARIKH 13 MEI SAYA AKAN MENULIS RENCANA BERKAITAN MELAYU DAN ISLAM. PENTING DICATAT, BUKAN KERANA SAYA RASIS, TETAPI SEKADAR MEMBERI INGATAN TENTANG TRAGEDI 13 MEI, SEBAGAI TIMBAL BALIK KEPADA MEREKA YANG SELALU MELALAK DALAM POLITIK TETAPI 'MANDUL SEJARAH' MUNGKIN INI SEBAGAI TUTORIAL KEPADA MEREKA. SEJARAH JUGA MENGAJAR KITA UNTUK BERTINDAK DENGAN LEBIH BAIK PADA MASA KINI BERBANDING MASA LALU. MAKNANYA TIDAK ADA LAGI STEREOTAIP. KITA BERFIKIR SECARA GLOBAL DAN BUKAN HANYA GLOKAL( TEMPATAN). TRAGEDI BERDARAH YANG BESAR INI WAJAR DIINGATI KERANA DEWASA INI, BANYAK PERISTIWA YANG MEWUJUDKAN KEBARANGKALIAN BERLAKU TRAGEDI YANG SAMA MUNGKIN JUGA LEBIH TERUK.

RUJUKAN SAYA IALAH BUKU TULISAN TUNKU ABDUL RAHMAN (PERDANA MENTERI PERTAMA), TULISAN YB ZULKIFLI NORDIN (KONSESUS BEBAS) DAN BEBERAPA SUMBER YANG DIYAKIN KESAHIHANNYA.

INGATLAH SIAPA YANG MULA 'MENYAPU' AKHIRNYA TERSAPU KEMBALI. BARULAH KITA SEDAR, APA ITU "MENCURAH MINYAK KE DALAM API." INI BUKAN AMARAN TAPI REALITI, 13 MEI SUATU HIKMAH BERGUNA SEBAGAI MASYARAKAT MAJMUK, KITA HARUS SEDAR APA ITU HORMAT DAN APA ITU HAK ORANG. SEKALI LAGI SAYA TEGASKAN, "SABAR ITU ADA HADNYA" DAN BILA MELEPASI HADNYA IA UMPAMA LAHAR GUNUNG BERAPI YANG MELEBURKAN TERUS APA SAJA DI LALUANNYA, SEPERTI TSUNAMI MENGHAYUTKAN SEGALA-GALANYA. SEMOGA KITA MENJADI MENGAMBIL IKTIBAR KEPADA SELURUH KITA. PERTAHANKAN SEMANGAT 1 MALAYSIA. SAYA ADA RAMAI KAWAN YANG BUKAN ISLAM. SAYA BAIK DENGAN MEREKA. SAYA HORMAT MEREKA, MEREKA HORMAT SAYA. SAYA AKAN PERTAHANKAN MEREKA JIKA MEREKA DALAM KESUSAHAN DAN MEMBANTU SEHABIS DAYA. SEMASA MENJADI KETUA PELAJAR, PENGERUSI BADAN BERUNIFORM, MEREKA(KAWAN) INI SAYA YANG MEMBANTU SAYA. SAYA SUKA BERKHIDMAT UNTUK MEREKA DAN MEREKA BAIK DENGAN SAYA. JADI, SAYA BIKAN RASIS, SEKADAR INGIN MENGINGATI SAHAJA. INIKAN KEWAJIBAN SETIAP KITA, INGAT- MENGINGATI.- KPS

Tidak ada komentar:

Posting Komentar